Rujukan terakhir sebelum berangkat.
Info khusus untuk journey saya mengikut lokasi tempat tinggal.
Alamat:
City Marque Oxford House Serviced Apartments
Flat 18, Scala House
21 Tottenham Street W1T 2AW
Getting There:
1. Turn left upon exiting The Goodge Street Underground Station
2. Find Tottenham Street by taking the street on your first left
3. After a short walk, you will find the building on the left-hand side.
Important Website for reference.
Untuk mengetahui jadual underground transportation check link di bawah.
Lapar tapi malas masak atau takde mood nak keluar?  Just order online. Plenty of international choices.
Nearest Stations : Euston, Tottenham Court Road and Goodge Street
UK ITINERARY FOR QUICK REFERENCE

01. 23/12/14 Landed in London arrival (16:15 local time). Transfer to hotel by Exclusive Airports. Free time nice and easy.
02. 24/12/14 London Free and Easy. 12PM Magical Ice Kingdom at Winter Wonderland Hyde Park. 7.30PM London Night Sightseeing Tour. Meeting point: Green Park next to Ritz Hotel by Evans Evans Tours.
03.  25/12/14 Enjoying Christmas in town. Just do whatever your heart desires… which is, maybe a lots.
04. 26/12/14 Boxing Day Sale struggle. Why? so many people’s will be there (esp oxford, Bond and Regent Street) eager to part with their money to shop like crazy. Night: Arsenal Football Game.
05. 27/12/14 London – Edinburgh by British Airways. Gatwick Airport. Airport transfer 03:20AM. Arrive 08:20AM take the Hop-On-Hop-Off bus to tour the city. Around 1PM go to Edinburgh Castle. 7PM Murder and Mystery Walking Tour of Edinburgh. Stay over night at Novotel Edinburgh Hotel.
06. 28.12/14 Edinburgh – Manchester by train. 3PM Old Trafford Museum and Stadium Tour. Check-in at The City Warehouse Aparthotel. Go to HRC. Free and Easy.
07. 29/12/14  Manchester Piccadally – Euston London. Manchester city walks around before departure at 5:30PM.  Back to City Marque. Free and Easy.
08. 30/12/14 London. Chelsea Stadium. Lily White. Harrods. Free and Easy.
09. 31/12/14 London. Free n Easy. New Year Celebration at Trafalgar Square. 
10. 01/01/15 Happy New Year Londoners!. Last Day Shopping Spree at Oxford Street etc. Night : Packing.
11. 02/01/15 London Heathrow Airport Terminal 4. ETD 10:30AM. Airport transfer 6AM.
12. 03/01/15 Kuala Lumpur. Jetlag for few days. Hi Hi Hi.

Note: Sorry NO ole-ole. Ringgit turun ooooooh and luggage allowance only 30kg. Winter clothes ja da penuh bags.

And note to SELF : Sight-seeing and taking pictures ONLY okayyyyyyyyyy!!!!!!

Bloomsbury London

Bloomsbury is an upmarket residential area of London. Although administratively, it is largely part of the borough of Camden (with only a small part lying within the City of Westminster), it is generally regarded as a Central London district.
This is a vibrant historic district made most famous by a group of turn-of-the-century writers that included Virgina Woolf and EM Forster (the Bloomsbury Set), economist John Maynard Keynes and the artist Roger Fry. It is also the location of the British Museum, the British Library, the campus of University College London, The School of Oriental and African Studies (SOAS) and numerous historic homes, parks, and buildings. Bloomsbury forms the southernmost part of the London Borough of Camden. 
HOW TO GET IN
By Tube

Bloomsbury can be easily accessed from several convenient tube stations as follows:

  • Euston Square (Circle, Metropolitan and District lines)
  • Goodge Street (Northern line)
  • Holborn (Central line)
  • Russell Square (Piccadilly line)
  • Tottenham Court Road (Central and Northern lines)
  • Warren Street (Victoria and Northern lines) 

By Train

Within walking distance of King’s Cross, Euston and St Pancras mainline rail stations.

 SHOPPING

Tottenham Court Road is the centre for electronics retailers in London. If you are visting the city and need to buy or replace an electronic item, you will not find a better selection nor better prices than here. Explore both sides of the street to the north of Tottenham Court Road station.
With University College London being a dominant presence in Bloomsbury, it is no surprise that there are a lot of bookshops. The area around Marchmont St and The Brunswick Centre (north of Russell Sq) has claims to be the bookshop capital of London. 
 

UK ~ Aku Datang Lagi

Kali terakhir di kota Inggeris ini  23 Jun (2014) lalu. Dan akan kembali lagi exactly 6 months after pada tanggal 23rd December. Kebetulan atau sudah ditakdirkan? ya mungkin keberuntungan bagiku kerana bermakna aku layak lagi membeli jenama handbag kegemaranku : CHANEL. Itupun jika bajet mencukupi. Oya, polisi Chanel di London, setiap individu (1 passport) hanya layak membeli 2 Chanel dalam masa setiap 6 bulan. Katanya untuk fair kepada semua customers. jangan hanya seorang memborong semuanya kali ya….. hahahhaha…. (saya lihat kalau di sini customer nya kebanyakan dari timur tengah).
Inshaallah Inshaallah Inshaallah.
Kalau dulu travel solo, nantinya ber-4. Maksudnya? Yahooooo… kali ini pasti bisa berfoto banyak-banyak. Ada tukang ngetik klik klik klik.
Menginap di City Marque Oxford House Serviced Apartments. A 2 bedrooms Apartment.  Untuk 10 malam semuanya dalam RM17,800++ begitu. Letaknya di Central London dan dekat saja dengan Oxford Street. Area West End gituuuuu. Aduhai… di kota besar yang menjadi tumpuan pelancong ini, mana ada yang murah, tambahan masa peak time seperti Christmas dan New Year ni. Ramai pelancong dari seluruh dunia berkunjung ke sini.

 
 
 

 Versi gambar yang di advertised kan. Adakah nanti seindah rupa sebenar? Tunggu review iols ok?

 Dan ~

Aktiviti apa ya? hmmmm… tertumpu di kota London dan sempat ke Edinburgh dan Manchester sahaja. Tentu sahaja lebih kepada sight-seeing dan shopping di Boxing Day Sale kan… kan?

 

Dan akan ke sini juga.

Nah, selengkapnya, akan di update lagi setelah kembali dari liburan. Semoga saja hasil potret nya bagus dan cantik ya.

Bila Saya Berkelana

Huhuhu….. masih adakah yang faham maksud berkelana? Saya pasti old school macam saya pasti tahu tetapi Gen XYZ mungkin “kurang yakin dengan jawapan mereka”. 
Nah… pembaca yang budiman, berkelana maksudnya merantau atau terma sekarang boleh juga digunapakai sebagai “Jalan-Jalan Makan Angin”. Untuk lebih jelas lihat mykamus di link berikut:
Seperti mana yang ramai yang dah tahu, hobi saya adalah berkelana di rantauan. Bukan sekadar untuk makan angin tapi lebih dari itu, saya sangat teruja melihat dunia ini di luar dari kotak pandangan sebagai “Malaysian”. Sedari kecil, saya memasang angan-angan untuk merantau di negara orang, ingin melihat budaya mereka, berkenalan dan yang paling saya suka menyaksikan sendiri landskap dan senibina serta sejarah sesebuah tempat yang saya lawati. Inshallah, sedikit masa lagi, saya akan cetak siri perjalanan saya dalam bentuk buku sebagai koleksi peribadi (sahaja).
Ada kata pepatah mengatakan bahawa hidup ini seumpama sebuah buku. Jika kita tidak pernah keluar dari kelompok persekitaran kita, maknanya kita hanya membaca satu chapter sahaja. Sedangkan, mungkin “buku” kita mempunyai puluhan, ratusan chapter. Dan semakin banyak chapter yang kita baca, sudah tentu semakin banyak ilmu dan pengalaman baru yang kita dapati. 
Ramai yang berkata, “Sayapun minat jalan-jalan bah tapi duit dan masa tiada”.
Ya saya akui. Untuk berkelana ke mana jua pun, perlukan ongkos dan masa. Saya perlu bersyukur kerana, di akhir2 kehidupan saya ini, saya berkesempatan untuk merantau lebih jauh ~ ke tempat2 yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.
Walau bagaimanapun, bak kata pepatah : Hendak Seribu Daya, Kalau Tak Nak Seribu Dalih Juga. Jika memang mahu, kita boleh menabung sikit2 lama2 jadi cukup. Kannnnn? Hi Hi Hi.
Macam saya. 
Bila saya teringin untuk ke suatu destinasi saya akan “search” maklumat tentang tempat tersebut. Habis seluruh dunia maya saya terjah. Maklumat di hujung jari sahaja bermodalkan modem streamyx dan RM100++ per month. Di akhir pencarian maklumat itu, mungkin info saya lebih up-to-date dari penduduk localnya. Hebat tak hebat…….
Biasanya, saya rancang setahun sebelum saya ke suatu tempat. Cari route terbaik untuk ke destinasi pilihan, daftar untuk dapat email alert airlines yang menawarkan tawaran harga rendah. Tentukan aktiviti yang hendak kita lakukan semasa berada di tempat itu dan cari penginapan yang berdekatan dengan apa yang kita nak tuju untuk kurangkan kos pengangkutan. Kemudian cari geng yang berminat untuk “jalanjalan” bersama anda. Jika tiada? Oh… bagi saya tiada masalah kerana saya boleh berkelana sendiri (baca nanti panduan saya untuk travel solo).
Eh eh… selamatkah? awak tu perempuan! You travel alone? Soalan ini biasa kita dengar kerana budaya berkelana solo (esp perempuan) belum menjadi trending di Malaysia.
Pengalaman saya selama ini ok jerrr… Yang penting kita gunakan mulut kita sebaik-baiknya untuk bertanya jika Sesat Jalan! Wahahaha… orang tua2 kita dahulu sudah pesan awal-awal : Kalau sesat jalan tanya supaya dapat balik ke pangkal jalan (jumpa destinasi). Saya pernah tersesat di Kota London. Gara-gara tersalah naik Central London Red Bus. Saya terbawa sehingga route terakhir. Tapi janganlah panik. Bertanyalah. Akhirnya saya naik bus lain untuk balik ke pangkal jalan. Saya juga tersesat balik ke hotel penginapan semasa di Barcelona. Lebih padah  kerana bila saya bertanya, local jawab saya dengan bahasa Catalan. Nah ambik kau…. kau faham? Ha Ha Ha. Last2 hail cab. Naik teksi balik hotel. Tak matipunnnnnnnn…….. wahahaha. Bila kenang kembali tergelak sakan juga. Barcelona ni macam Venice juga. Banyak lorong2 kecil (Calle) yang mengelirukan terutama di Gothic Area seperti Hotel Barcelona Katedral tempat saya menginap.
Pengalaman saya pertama kali naik train sorang-sorang dari Salzburg ke Vienna (Austria) juga agak melucukan. Saya kurang arif kedudukan stesen2nya so saya asyik bertanya kalau saya perlu turun ke stesen itu? Sampai one passenger cakap, “This must be your first time”. I said yes. Tak matipunnnnn…. wahahaha.
Memang dalam masa kita meneroka, kita tidak akan menguasai navigation sesuatu tempat selagi kita tidak “tersesat”. Semua setback tu akan menjadi warna-warni perjalanan kita, dan menjadikan kita lebih waspada dan “makan garam”. Amboi….
Jangan terlebih masin sudahlah.
BTW ~ ini planning saya untuk tahun depan dan seterusnya. Inshallah jika masih ada umur, kesihatan dan keupayaan ekonomi.
Saya akan menjelajahi negara Balkan pula. Terutama di Montenegro dan Crotia. Saya akan menjadikan Istanbul sebagai “base” kemudian, menyeberang ke Greece. Menjadi idaman hati saya untuk menikamati sunset di Oia Santorini. Dari Athens fly ke Dubrovnik…….
Till then. Semuanya sudah tercatat dalam buku merah kembara saya. Beberapa penerbangan sudah saya beli (kerana tawaran murah dari Pegasus Airline). Hotel juga sudah saya book lebih 6 bulan sebelum untuk mendapatkan harga lebih murah. Dan agar saya tidak terbeban mengeluarkan ongkos sekaligus!

Gambar bawah:- Benua ini juga menjadi anganan untuk diteroka. Tapi mustahil untuk tahun hadapan. Cukuplah yang di atas dulu untuk benua Eropah. Nilai mata wang MYR sedang merudum dan sangat tidak kompetitif.
Tapi jika berpeluang, saya inginkan St. Petersburg!

Aura Vladamir Putin menarik perhatianku dan sudah tentulah kerana St. Petersburg antara yang tercantik!

Jom. Sama-sama kita bermimpi untuk keluar dari tempurung dan melihat dunia luar untuk menikmati ciptaan tuhan. Hasilnya, sama ada kita menjadi citizen yang lebih bersyukur atau lebih beriltizam untuk memajukan negara (mendapat ilham).
XOXO