Sabtu, 09 Julai 2016 (Eid ke 4)

Kerana hari ini between airport terminals sahaja, saya pakai paling sempoi!




Sekitar jam 2PM ke airport KKIA. Tak perlu kelam kabut kerana sudah online check-in. Tinggal lagi drop bag. Sampai di kaunter barisan sangat panjang. Mungkin kerana dah raya ke-4, ramai yang dah nak balik ke rumah masing-masing setelah bercuti (balik kampung). Berbaris di line drop bag….rupa2nya salah. Untuk drop bag check-through harus berurusan di kaunter.




Kenapa Day 0? Kerana kami belum sampai destinasi. Penerbangan kami dengan pesawat tambang murah AIRASIA (pada hal mahal juga) pada 3.25PM dan selamat mendarat di KLIA2 jam 06.10PM waktu tempatan. Bagasi sudah check-through ke Siem Reap so, kami tidak perlu menunggu lama untuk exit. Penerbangan ini layover satu malam di KL.


Okay. Bye KK.



Landed Safely. Hello KL.

Terus saja ke Tune Hotel yang bersambung dengan KLIA2 untuk check-in. Untuk ke sana ~ Naik Lift ke LP3 dan keluar ke kiri pintu lift. Selepas itu anda akan nampak sign anak panah <- Tune Hotel. Untuk keselesaan, ikut saja anak panah itu, jangan pandai2 buat route sendiri. Hi Hi Hi.

Selepas check-in (pantas kerana awal2 hotel sudah charged credit card saya untuk bayaran 2 bilik), kami berehat sekejap. Buat apa yang patut. Selesai solat etc, kami pergi lagi ke Terminal untuk makan malam dan nantinya ke Jaya Grocer untuk beli makanan ringan (dibawa ke Siem Reap). Putar punya putar akhirnya decide makan di Bumbu Desa aras departure (3rd floor). Lepas makan, kami buat urusan sendiri. Ada yang mula shopping dan saya pula membeli groceries. 

Ahaha…nomnomnom.


Ini sudah bagus. Pedas dan sedap. Beli 3 paket terus.

Selesai urusan, terus kembali ke bilik untuk berehat kerana harus bangun jam sebelum jam 4 pagi. Penerbangan kami ke Siem Reap esok jam 6:10 pagi… Aduiiiiii… Sudahlah bilik Tune kecil ja, kami pula tidur bertiga satu katil. 

Langsung tak dapat tidur sampai pagi!

Jam 4 pagi dengan mata lebam-lebam sembab kami mula bergerak ke dalam airport. Kena pergi awal kerana KLIA2 ni luas dan untuk GATE penerbangan international sangat jauh… so pandai2 bajet masa. Biar awal jangan kelewatan. Lagipun kononnya saya mahu masuk ke ruang menunggu supaya dapat tidur sekejap. Boleh ke? Tungguuuuu….


Jumpa nanti di entri hari ke-2 ya.
Hi lagi. Tanggal 23 July 2016 (Sabtu)

Rupa2nya sudah masuk hari Sabtu. Lamanya saya menulis dari hari Jumaat. Tetiba datang semangat “rajin” untuk update.

Baiklah. Seperti biasa, sebelum kita tengok2 gambar saya di Siem Reap, saya kongsi dulu kos lawatan kali ini ~ untuk hotel, pengangkutan dan makanan.

Kos Pengangkutan

1. Flight Airasia (BKI – Siem Reap) transit di KL satu malam untuk 4 orang MYR4650 (beli seat, makan dan 20kg). Sorang lagi dari KL – Siem Reap dalam MYR500++

2. Kos pengangkutan untuk ke :(from and back to hotel) 

Angkor Thom i.e Angkor Wat + Bayon + Ta Promh = USD25
Tonle Sap Lake + Landmine Museum = USD40
Hotel to Airport = USD10

Untuk transportation saya guna service teman saya di sana. Jika berminat saya bagi link di bawah. Terutama untuk turis muslim, sangat bagus kerana mereka ini juga beragama Islam. Jadi urusan makan tentu terjamin.


Mr Safy Sen +855 81 989 18

3. Kos pengangkutan dari hotel ke Smile Of Angkor theatre (Return) = USD10

4. Tuk Tuks = USD25

Kos Accommodation :

1. Satu malam menginap di KLIA2 Tune Hotel ambil 2 bilik kosnya MYR450++

3. Hotel di Siem Reap pula namanya Royal Crown Hotel selama 4 malam untuk 3 bilik deluxe kos nya USD486 (almost MYR2000)

Kami ber hari raya di Siem Reap

Gambar bilik nanti ya…. ntah tersorok di mana foto nya..ngeh..ngeh. 

Oh…sudah jumpa. Inilah bilik saya. Spacious juga dan bersih. Cuma bilik ini (401) betul2 sebelah construction yang sedang buat bangunan. Seawal jam 7 pagi sudah bising!


Pintu almari tidak boleh ditutup rapat!

Tours

1. Angkor Wat  USD20 X 5 pax  = USD100
2. Smile of Angkor Dinner and Show = USD240 (5pax)
3. Tonle Sap Boat Ride =USD75 (5pax)

Foods aka Jalan2 Cari Makan for 5 hari (no restriction | masih mood Raya bahhh

Lebih kurang USD350 – USD400

Extra : Massage for 5 pax = USD120

Ini namanya 4 hands massage. 2 orang urut sekaligus. 90 minit USD52 with oil.
Psssttt ~ Kos shopping tidak termasuk.

Till next posting.

Setiap negara yang saya lawati, saya dalami sejarahnya. Untuk apa merantau jika sekadar suka-suka kan? Sedikit sebanyak kita perlu tahu latar belakang tempat berkenaan.

Jom ke Cambodia. 

Di manakah Cambodia
Juga dikenali sebagai Kemboja.

Sejarah awal.
Pada abad-abad ke-3 hingga ke-5, negeri-negeri keindiaan iaitu Funan dan pewarisnya Chenla bertaut di wilayah yang kini menjadi Kemboja dan Vietnam barat daya. Selama lebih 2,000 tahun Kemboja menyerap pengaruh dari India dan menurunkannya ke atas tamadun-tamadun Asia Tenggara lain yang kini adalah Thailand dan Laos. Tidak banyak lagi yang dipastikan akan negeri-negeri ini, tetapi Funan dan Chenla ada tertulis dalam babad-babad dan rekod peruftian Cina. Adalah dipercayai bahawa wilayah Funan mungkin merangkumi pelabuhan yang dikenali oleh pengkaji bumi Yunani terkemuka Claudius Ptolemy sebagai “Kattigara“. Babad-babad Cina menandakan bahawa kemangkatan Raja Jayavarman I dari Chenla sekitar 690 M disusuli oleh pergolakan yang menyebabkan terbahaginya wilayah Chenla kepada Chenla Darat dan Chenla Air yang dipimpin oleh raja-raja yang lemah di bawah naungan Jawa.

Dari tinggalan negeri Chenla ini bangkitlah Empayar Khmer yang mantap pada tahun 802 apabila Jayavarman II (memerintah c.790–850) mengisytiharkan kemerdekaan daripada Jawa dan menobatkan dirinya sebagai Dewaraja. Baginda bersama para pengikutnya menubuhkan agama dewaraja dan melancarkan penaklukan demi penaklukan yang membentuk sebuah empayar yang gemilang di wilayah berkenaan pada abad ke-9 hingga abad ke-15. 

Ketika pemerintahan Jayavarman VIII, empayar Angkor diserang oleh tentera Mongol pimpinan Kublai Khan, tetapi baginda dapat membeli kedamaian. Sekitar abad ke-13, datangnya sami-sami dari Sri Lanka yang memperkenalkan agama Buddha Theravada ke Asia Tenggara. 

Agama Buddha tersebar dan akhirnya menggantikan agama Hindu dan agama Buddha Mahayana sebagai agama terulung di Angkor, tetapi hanya dijadikan agama rasmi pada tahun 1295 apabila Indravarman III mengambil alih tampuk kuasa.

Empayar Khmer merupakan empayar terbesar di Asia Tenggara pada abad ke-12. Pusat kekuasaannya ialah Angkor di mana terbinanya ibu kota demi ibu kota pada kemuncak kegemilangan Empayar tersebut. Pada tahun 2007, usaha sebuah pasukan penyelidik berbilang bangsa yang menggunakan gambar-gambar foto satelit dan teknik moden sebagainya mencapai kesimpulan bahawa Angkor adalah kota praindustri terbesar di dunia dengan rebakan bandar seluas 1,150 batu persegi (3,000 km2). 

Kota Angkor yang mampu menampung sejumlah sejuta orang penduduk serta Angkor Wat selaku kuil keagamaan yang paling terkenal dan paling elok terpelihara masih dijadikan peringatan akan zaman lampau Kemboja selaku kuasa utama serantai. Biarpun dalam kemerosotan, Empayar Khmer kekal sebagai kuasa unggul di Asia Tenggara sehingga kejatuhannya pada abad ke-15.

Kemboja menjadi negara beraja berperlembagaan di bawah Raja Norodom Sihanouk. Apabila Indochina Perancis merdeka, Kemboja putus harapan untuk menguasai semula Delta Mekong yang dikurniakan kepada Vietnam. Delta tersebut yang dahulunya di bawah taklukan Empayar Khmer sudah dikuasai oleh bangsa Vietnam sejak 1698 apabila Raja Chey Chettha II merestui pendudukan bangsa Vietnam di kawasan terbabit berpuluh-puluh tahun sebelumnya. 

Hal ini masih merupakan titik pertikaian diplomatik di mana masih terdapat lebih sejuta orang kaum Khmer (iaitu Khmer Krom) yang tinggal di kawasan tersebut. Khmer Rouge cuba menyerang berkali-kali untuk menuntut semula Delta Mekong yang sedikit sebanyak menyebabkan Vietnam menyerang Kemboja lalu menjatuhkan Khmer Rouge.

Pada 1955, Sihanouk turun takhta untuk memberikan laluan kepada ayahandanya untuk menyertai politik lalu dipilih menjadi perdana menteri. Ekoran kemangkatan ayahandanya pada 1960, Sihanouk sekali lagi menjadi ketua negara tetapi bergelar putera raja. Sementara Perang Vietnam berlaku, Sihanouk merasmikan dasar berkecuali dalam Perang Dingin. Sihanouk membenarkan komunis Vietnam untuk menjadikan Kemboja tempat suaka dan laluan bekalan untuk persenjataan dan lain-lain bentuk bantuan kepada angkatan bersenjata mereka yang berjuang di Vietnam Selatan. Dasar ini dipandang malu oleh ramai rakyat Kemboja.

Pada Disember 1967, wartawan Washington Post bernama Stanley Karnow melaporkan titah Sihanouk bahawa jika Amerika Syarikat mahu mengebom suaka komunis Vietnam, tentu baginda tidak membantah melainkan rakyat Kemboja dijadikan korban. Pesanan ini disampaikan kepada utusan Presiden AS iaitu Chester Bowles pada Januari 1968.
Akan tetapi Sihanouk secara umumnya menafikan hak Amerika Syarikat untuk membedil Kemboja dan pada 26 Mac Putera Sihanouk bertitah bahawa “serangan-serangan jenayah ini mesti dihentikan dengan segera dan muktamad…” Pada 28 Mac diadakannya sidang akhbar di mana Sihanouk merayu kepada media antarabangsa supaya menghebahkan ke seluruh dunia “pendirian Kemboja yang jelas sekali, iaitu bahawa beta walau dalam apa jua keadaan tetap akan menentang semua bentuk pengeboman di wilayah Kemboja atas sebarang dalil.” Apapun rayuan Sihanouk tidak diendahkan, maka pengeboman diteruskan.

Hasil daripada carian di internet.


Putera Norodom  kondem golongan yang belot (sokong Amerika) atas perjuangannya dengan mengatakan “Cash is King”. And of course the cash is in USD denomination. LOL.

Rentetan perang.

Mula2 kawtim dengan askar Laos
US Operative di Laos, Kemboja and Vietnam
Budak 10 tahun sudah direkrut
Sihanouk loved by his people


Untuk mempastikan Cambodia selamat dari kesan Perang Vietnam – America, Sihanouk berkawan sama dorang. 

Charles De Guille
Sukarno
Mao Tse Tung
Denouncing US action killing innocent ~ Vietnam VS America war
Justifying the reason to bomb Cambodia ~ secretly
Saya sendiri tidak tahu bila US mahu bom….. tiba-tba gedebommmmm
Ini Nixon punya kerja ni


Fast Forward.


TAPI saya hanya melawat Siem Reap yang bermaksud “Kekalahan Siam” (dalam perang berpanjangan). Pada fikiran saya, Kemboja ataupun Cambodia ini adalah mangsa dalam perang Vietnam – Amerika dan penderitaan rakyat tidak berdosa disebabkan kebobrakan golongan yang mahu berkuasa; seperti regim khmer rouge yang dikatakan telah membunuh lebih kurang 1.7 juta rakyat dengan pelbagai cara dalam masa singkat mereka berkuasa (1975 – 1979).

Saya harap sedikit sebanyak anda mendapat gambaran tentang Cambodia ini. Seterusnya, ikuti kisah perantauan saya di sana dalam beberapa posting nanti.

Sampai jumpa.
Entri akan datang : Angkor Wat
Salam and Hi! to all.

Baru-baru ini, saya telah merantau ke Deli Siem Reap. Nah, sila tonton dulu teaser nya di youtube ya. Nanti malam saya update lagi.


Harap semua suka. Kalau tak suka subscribe aja youtube saya hihihi……
Love & Kisses.

Salam Syawal 2016

Salam buat semua pembaca yang sudi singgah di blog ini. Sengaja, atau tersesat tatkala “blog-walking” di alam maya ~ saya tetap mengalu-alukan kalian dan berharap di follow saja yuk? Mungkin saya dapat mengongsi pelbagai cerita dan pengalaman saya semasa kembara keliling dunia (inshaallah).

Dalam masa yang sama, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat eid-fitri, salam lebaran kepada semua pembaca muslim. Sama-sama bermaafan meskipun tidak saling kenal tapi mungkin dalam penulisan saya ada yang menggangu fikiran dan emosi ~ MAAFKAN SAYA.

OOTD Hari Raya saya tahun ini.

Pertama sekali kad raya untuk kawan2.

Di pagi raya

Saudara mara

Saudara mara dan cucu-cucu. Gambar diambil di kampung

Ala-ala muslimah di pagi raya

Santapan raya dan OOTD

Raya ke-3

 15/07/16 ~ Raya ke berapa eh?

Bersama my mum….. tercinta

1st day raya 06.07.16


Tamat cerita raya.

So.

Seperti yang sering saya janjikan di last posting saya dulu, nantinya saya akan mula “meng-update” beberapa siri kembara saya yang belum juga dapat direalisasikan. Mungkin ianya tidak akan mengikut urutan kerana saya akan tulis mana-mana entri yang tetiba menarik perhatian, terlebih dahulu.

Salam kasih sayang. Tunggu yahhhh….

ADVENTUROUS JAYNE: Interlude ~ I’m Leaving On A Jet Plane:

Hi All…. I will not be able to updates for awhile.

19 April 2016 ~ Kota Kinabalu.

Hari ini kembara ku ke Eropah bermula. Jadinya, amat mustahil bagi ku untuk updates blog ini nanti kerana aku tidak membawa laptop (minimise weight). Pergerakan ku berpindah rendah so tidak mahu memberatkan diri.

Semoga kita ada kesempatan bertemu lagi di sini. Bismillahi ~ doakan semoga saya selamat berangkat dan kembali.


Cinta Yang Melimpah Buat Kalian.


Leaving On Jet Plane


Terletak di daerah Penampang lebih kurang 16KM dari pusat bandar Kota Kinabalu. Smooth drive dari KK ikut jalan Putatan. Guna Waze lagi senang.

Tempat ini sesuai dilawati bagi mereka yang hanya ada masa sehari di KK dan mereka yang berminat mengenali tokoh2 lagenda tempatan dan cara hidup masyarakat kadazan-dusun di zaman lampau.

Diusahakan oleh waris Monsopiad. Ada museum Monsopiad, guided tours provided, persembahan tarian folklore tempatan dan beberapa artifak. Entrance masuk RM45 dewasa untuk semua di atas. International tourist RM55.

Jom lihat beberapa keping gambar yang ada di HP saya. Gambar lain belum diproses. 

Mula2 disajikan tarian traditional di dewan ini. 

Cewek dengan pakaian tradisi memainkan alat music yang dipanggil Gong


Sempat bergambar kenangan dengan penari

Another

Touring dengan Si Eve Ashley – Sejenis lesung yang digunakan pada zaman dahulu untuk menumbuk padi bagi mendapat beras.

Masa kecil saya pernah cuba ni.

Ha…. Jangan coba2 tipu sa…. Ini pedang boleh penggal kepala tau!

Jom menyeberang ke kampung sebelah cari sumandak…. Hihihi.

Dikenali sebagai “Jambatan Gantung”

Nah….. Guide kami. Botol itu rice wine. RM15 sebotol. Boleh dijadikan minuman aramaiti…tapi ramai juga yang menggunakannya untuk masak dengan ayam terutama ibu-ibu baru bersalin.

Jadi… Tak kan sumandak ja kamu mahu tengok?

Wahaha. 

Selesai ronda2 dan borak terus balik KK tapi singgah juga di HRC KK di Oceanus. Aku nak belikan T-Shirt kawan aku di Belanda dan Germany. Next week kan aku balik kampung ku di Europe. Ki Ki Ki. 

Senja di Kinabalu

Banyak gambar lagi cantik tapi di kamera lain

Seharian tak makan lapar pula. Order Char Kuey Tiaw. Masin sedikit

Tadaaaaa……


Ok bye. 

Baca lagi di website aku. Klik ja link di bawah.

Almost setahun setengah kemudian. Ini kali yang dinamakan “janji melayu”. Tapi bukan disengajakan….aku terlupa update di blog ini. Main blog aku www.jaynesaidin.com dan disana aku lebih sering menulis.

Lagipun, apa mungkin blog picisan ku ini punya pengunjung? Ha ha ha… rasanya ngakk ada!

So, sekadar mengimbau kenangan, aku akan share gambar kami liburan di Kota London pada musim sejuk di akhir tahun 2014 to 2015.

Begitu pantas masa berlalu. Rasanya baru bangun dari celebrating New Year 2016, tau-tau sekarang sudah masuk akhir bulan April. Memang dunia ini semakin tua dan tanda-tanda akhir zaman sudah melambai-lambai… Subhanallah!

Gambar secara random. 

Bergambar di Ice Castle 

Comel Tak Kak Ton? Wahahaha
Melawat Hyde Park Winter Wonderland

Oxford Street Boxing Sale Day
Terbang ke Edinburgh
Boxing Day
Edinburgh Novotel Hotel Lobby

Projek Cuci Mata
Christmas Day di London… boring kedai semua tutup

Gambar mula2 landed di Heathrow T4
My Team

Edinburgh Tour at Night



With love. Lot’s of.
16 April 2016 ~ Sabtu di Kota Kinabalu.

Hari ini hatiku berdegup kencang lebih dari biasa. Sesekali, mata melirik ke bag Tumi bersaiz sederhana yang ku beli murah (daripada biasa) di Outlets LA tahun lalu. Iyalah… manakan tidak, tiga hari lagi kalau tiada aral melintang, empunya diri akan terbang merentasi beberapa lautan demi memenuhi hobi…..

Proses packing ku sudah bermula sejak 2-3 hari lalu. Kenalpasti benda penting saja yang dibawa. Teringat petua seorang packing guru di Youtube : 3 bottoms, 5 tops, 3 shoes…..scarfs, etc…. etc.

Nak ke mana?

ITINERARY  : KUL-LONDON (TRANSIT) – AMSTERDAM (4 DAYS) – NICE (5 DAYS) – MONACO – GENEVA (2 NIGHTS) – ANNECY (3 NIGHTS) – GENEVA – LONDON – KUL

Kali ini, Holland sekali lagi menjadi destinasi pilihan. Sudah beberapa kali menjejakkan kaki di kota yang indah ini, namun kali ini destinasi utama ialah ke Keukenhof Garden (KG) yang terkenal di seantero dunia dengan jutaan bunga tulips yang terletak di daerah kecil Lisse.

Perancangan ku untuk ke KG ini sudah bertahun. Namun selalu saja tidak terlaksana kerana kekangan musimnya. Biasa KG akan dibuka pada pertengahan Mac hingga 20 Mei setiap tahun. Masa terbaik untuk melawat adalah sekitar minggu ke-2 bulan April bila mana bunga-bunga tulips mula berkembang dengan cantik. Bagaimana pun, ini jangkaan saja kerana, biasa terjadi, bunga-bunga itu terkadang awal terkadang lewat juga untuk berkembang. Indikasi paling utama untuk dijadikan ukuran adalah faktor cuaca. Jika cuaca musim sejuk cepat berlalu, biasanya, bunga2 itu akan mekar lebih awal. So untuk selamat, aku set time lawatan ku sekitar 19 April.

Nikmati gambar di bawah… indah bukan? sesungguhnya kecantikan bunga-bungaan tiada taranya. Apalagi aku ni “flowerporn”!

BTW, gambar ini diambil oleh tulipsinholland.com beberapa hari yang lalu. Pokok, bunga semuanya sedang mekar, seolah menanti kedatangan ku ke sana…. amboi…. (sosek-sosek: baru nampak gambar che ta di KG di instagramnya…. nampaknya ITI aku kali ini sama dengan Che Ta…lol)



Tuuuu…. dia. cantikkan? teruja hati keperempuanan ku melihatnya. Tunggulah pula gambar empunya diri ini ya…. 4 hari dari sekarang saya pula yang bakal bergambar sakan di KG ni.
PERSEDIAAN SEBELUM BERTOLAK

Seperti biasa, aku marathon buat research trip aku ni. Tiket kapal terbang aku dah lama beli time MATTA FAIR bulan Sept 2015 dengan Sedunia Travel.Time tu aku dapat price RM2760++ gitu. MAS Airline – Kul – Ams – CDG – Kul. Malangnya route ni dah di abolished oleh MAS so aku diberi route baru yang semakin jauh dan gila. Transit di London dan berkejar ke T5 pula untuk ke Amsterdam dengan British Airways.

Nasib baik aku dah biasa dengan Heathrow Airport dan pernah fly dari T5 yang agak jauh juga dan terpisah terminal dengan T4. Kalau novice traveler…. pasti terkedu juga. Time different untuk flight seterusnya hanya 2 jam 30 minit.

Untuk flight return, dari CDG ke Heathrow T1…. alahai time different juga hanya 2 jam 30 minit. Ini aku tak boleh terima. Time-frame terlalu singkat so untuk selamat, aku beli tiket sendiri dari Geneva ke Heathrow (dalam RM300++). Lagipun, kos itu sama ja kalau aku beli tix train dari Geneva ke Paris. Aku malas dah ke Paris, kecuali kalau boleh merayau beberapa hari. Sekadar transit…. no no no!

Okay…so ikut plan…aku akan landed di Schipol airport around 10.30 pagi pada 20 April nanti. Dari situ belum ada plan. Bukan terlepas pandang tetapi sedang menunggu feedback dari host aku di Holland nanti. Oya… lupa cerita.  Di Holland aku akan tinggal dengan rakan CouchSurfing aku di Zoetermeer South Holland. Dengan baiknya, dia juga telah membelikan aku entrance tix ke KG… Thanks Milan…. (balasannya aku janji masak kan family dia curry ayam)….hi hi hi.

Hari ke lima di Eropah, aku akan terbang ke Nice Perancis dengan Air France. Penerbangan ambil masa dalam 1.40 minit. ETD 9:30am dan ETA di Cote d’Azur sebelum 12PM. Dari airport boleh naik train, bus or taxi ke hotel yang aku book di sekitar Plaza Massena berdekatan dengan Old Town.

Di Nice ini juga beberapa kenalan sedang menunggu ku dan berjanji kalau ada masa terluang akan bawa aku ronda-ronda. Kebetulan, seorang gadis Italy dari Venezia juga akan berada di sana pada masa yang sama dan kami sudah janjian untuk bertemu. Tapi untuk hari pertama, aku memilih untuk berjalan sendirian menelusuri sudut dan lorong kota Vieux Nice ini (old town) sebelum santai petang menikmati pemandangan  di Promenade des Anglais. Beachfront. Cuci mata lettew! Jangan jeles.

Akan berada di French Riviera selama 4 malam. Kos hotel Euro630. Dari sini, aku dah plan untuk buat Day Trip ke Monte Carlo. Yeahhhh… Monaco. Dah lama idamkan untuk melawat negara terkecil ini (selain Vatican City). Untuk detail… tunggu lah review aku nanti ya.

Hari ke-9. Terbang ke Geneva. Why Geneve? nothing special. Mulanya takde niat. Tapi aku nak ke Annecy France so bila dibandingkan semua route, paling mudah dan dekat adalah dari Geneva. By train or bus. Boleh fly juga kalau mahu. Saya cadang guna bus saja. Jauh Annecy ni dari Geneva hanya 40KM saja.

Why Annecy?

Inipun tunggu cerita kembara aku nanti. 


Lake Annecy

Berbaloi bukan?


Ha…. ini route angan2 ke Chamonix…. Montblanc…. banyak angan2 aku ni pada hal limited time





Complicated sangat! Tunggu lah sampai dulu baru aku beli tiket!

Buses From Geneva To Annecy

Akan tidur semalam di Geneva. Hotel dekat dengan Cornavin Train Station. Mak aiiii… mahalnya di Geneva ni. Hotel Single kecil seciput pun RM777 semalam. Macam tidur di Grand Hyatt KL saja!

Esoknya baru bertolak ke Annecy.

Most probably by bus dari Station Gare Routiere.

Urusan membeli tix from Geneve to Annecy ni masih dalam proses.

Tiga malam di Lake Annecy. Dan akan bermalam di Geneva sebelum fly back home route : Geneve – London – Kul.


Wow…. happy sangat. Semoga menjadi realiti untuk si Independent Traveller ini.

Kbai.

Cuti2 Sabah ~ Monsopiad Cultural Village

UK December 2014 Getaway

Day 1. Kota Kinabalu – Kuala Lumpur
21/12/2014, Ahad.
Kembara bermula. Dari Negeri Di Bawah Bayu ke Tanah Semenanjung. Awal ke airport kerana ikut jadual orang tukang hantar. Lagipun mahu berurusan di kaunter untuk siasat kalau2 tiket KL-London boleh di-upgrade.

Terbayang-bayang sakit belakang kalau tak boleh baring untuk 13++ jam di udara. I kan ada slip-disc… alasan paling ampuh.

Hmmmm…. biarlah tolak kos shopping untuk keselesaan. Lagipun, bag I dah penuh kerana kataku – I bukan nak shopping apa2 .. inilah tangisan dalam senyuman.
Kali ini I bawa rice cooker tau. Masak  sambal bilis kaw2 pedas. Dan rempahratus untuk masak. Haha travel berempat di UK ni bisa koyak dompet ooohh… kos makan RM1000 sehari tu boleh soping macam2 juga kalau sekadar di Primark .
The Journey Begin
 
Full Body Picture. The luxury of non-solo traveller. Hihihi. Selalunya I bergambar SELFIE jerrr. Tapi ketara jugalah kekurangan diri tu kan? Jelas kelihatan ke”gebu“an (sebut gemuk) sana sini. Hmmmm…
Dalam bag ada sambal bilis hihihi
Coffee? slurp slurp
While waiting for our flight. Ber-selfie juga dulu. Inilah yang dikatakan gaya hidup mandiri namanya. Tidak perlukan orang lain untuk bergambar. Apa lagi dengan adanya “Monopod”…. Thank you so much!
 
 
 
Ada aku kisah? Kata Diva AA (tak faham sudah!)
Boleh ba kalau kau…….  
Sabar lah…. cerita ini akan berterusan sehingga kembara ini tamat.
**********************************************
Sambungan…
Day 2 : 22 Disember 2014 – Monday
Damansara Perdana.
Setelah berehat semalaman,  sekitar jam 2PM kami keluar ke Curve. Tujuan mencari extra £££. Hmmmm…. dapat 5.54. Bila la nak turun ya? Tapi € agak murah berbanding masa I travel  June lalu. Tukar lah juga. Takut emergency pula masa kat sama. Emergency nak shopping la tu… Mana tau time boxing day ada yang terlebih berkenaan lerrr.
Helloooo
Ada Orang Sangat Gembira Jumpa Artis Pujaan
Eezaleeza With Fazura
 
 
Follow Me
 
Jom Cari Pound kat Ikano
 
Maybe my last entry before coming back…..
Sabor Sabor Tunggu Updates Holiday Sakan Kitorang