Sabtu, 24 Sept
Sepatutnya, selepas melawat Grand Palace, kami terus ke Wat Pho di mana ianya terkenal dengan Sleeping Buddha. Sebenarnya bukan tidur. Cuma baring-baring saja. Panjang Buddha itu sekitar 45m dan paling sesuai ambil gambar dari kakinya supaya nampak full body ~ which is ~ bukan senang kerana ramai pengunjung.
Tapi tiada parking! so boy detour bawa kami ke Wat Arun terlebih dahulu. Dia turunkan kami di sebuah bus stop dan katanya “wait here, I go park the car”. Hampir 30 minit kami menunggu dalam cuaca panas walau pun terlindung.
So selfie2 sementara menunggu.
30++ minit kemudian, munculah Boy. “come” katanya. “We go Wat Arun”. Rupa2nya dia parking jauh.
Menaiki bot menyeberangi sungai chao Phraya untuk ke tapak Wat Arun Temple. Tambang 1 Baht sahaja sehala.
Di wat Arun juga kami tidak masuk ke dalam.
Setelah hampir sejam mundar-mandir, kami kembali ke seberang untuk melawat wat Pho pula.
♥JM
Sawadhi Kharp ♥
24 Sept Sabtu hari kedua kami di kota smiling city ini. Hari ini seharian memang diperuntukkan untuk melawat landmarks sekitar bandar Bangkok. Memandangkan masa terlalu singkat, namun tidak mahu pulang tanpa melihat beberapa mercu point of interest kota ini, saya mengambil keputusan untuk sewa kereta dengan driver sekali. Untunglah Boy (driver) boleh berbahasa Inggeris sedikit. Itupun kadang2 bercakap macam ayam dengan itik.
Landmark pertama yang kami lawati ialah Grand Palace. Namun kami tidak masuk ke dalam kerana entrance fees nya agak mahal ~ 300 Baht per orang. Kami mahu jimat duit untuk shopping. Tukar duit MYR2000 sahaja.. mana cukup…selera shoppingnya melampau!
Lihat foto-foto dulu ya. Pokoknya sekarang sudah 4:02am…. AM tau! saya lagi ngantuk dan tidak punya idea untuk berkarya..apa lagi mengingat-ingat sejarah di abad 18 dahulu kala….hihihi.
Yang paling nyata, seawal jam 9:30am pun sudah ramai turis local (anak2 sekolahan) dan turis luar yang kelihatannya seperti dari China. Kagum dengan PRC ni ~ ke mana pun saya pergi, hingga ke ceruk Timisoara di Romania pun, group mereka ada. Salah satu sebabnya kerana mereka punya uang untuk jenjalan. Dan mungkin sifat suka merantau itu sudah mendarah-daging pada diri mereka. Sememangnya pun semenjak dulu mereka suka berkelana. Kalau tidak, masa kan di mana sahaja ada Chinatown. Mereka ada bermukim di seluruh dunia tau!
Ok. Noted. Hi Hi Hi.

Ready To Go
The famous Emerald Buddha ada di dalam istana. Kami tak bayar entry fees so tak dapat tinguk lah. Tak apa lah kan… Nanti kita tengok Buddha tidur…… 😀

Sawardhi Kharp!
Kali ini saya ingin kongsi cerita perjalanan saya ke Bangkok dalam siri kembara singkat 3H2M.

Tunggu flight ~ KLIA Departure
Perjalanan hujung minggu dan secara tiba2. Kali ini benar2 tanpa niat dan perancangan. Berangkat petang Jumaat sekitar 1320 dengan pesawat Thai Airways. Semua perancangan dan pembelian tiket dan booking hotel penginapan dibuat pada petang Khamis. Olalala…..
Setelah membandingkan harga tiket (MAS, Malindo dan Airasia) ~ akhirnya mendapat harga termurah di Thai Airways. Ada makan dan percuma 30kg bagasi (kami hand carry saja). Untuk returns dapat harga MYR540/pax all included. Pergi 24 Sept (Jumaat) dan balik ke KL pada 25 Sept (Ahad). Ini kali pertama saya menaiki pesawat Thai Airlines…. Dan pertama kali ke Kota Bangkok…
Ah…. tetiba teringat lagu One Night In Bangkok… (too much! too much!)
One night in Bangkok makes a hard man humble
Hotel
Setelah berputar-putar di alam maya, akhirnya saya memilih untuk booking hotel Ibis Bangkok Siam (ada beberapa chains Ibis Hotel di Bangkok) kerana beberapa sebab seperti:-
- Lokasi Ibis Bangkok Siam Hotel terletak di CBD Bangkok dan just few steps away dari BTS (Sky Train) National Stadium Stesen (Silom Line). Kedudukan yang strategik ini memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa memandangkan masa kami di Bangkok, kalau dikira hanyalah sehari untuk ronda2.
- Harga berpatutan. MYR600++ untuk 2 malam tapi without breakfast. Rasanya saya boleh dapat harga lebih murah jika book lebih awal (kan?). Advantage ~ Dalam hotel itu ~ area lobby ada kedai 7~Eleven so kalau lapar boleh turun beli breads etc.
- Saya tahu reputasi Ibis. Telah menginap beberapa kali di Ibis Jakarta, Surabaya, Perth dan di Annecy. Ia bukan tergolong hotel 4-5 bintang tapi ianya bersih dan nyaman. Paling penting bagi saya adalah tilam dan bantalnya empok! Nyaman tidur.
- Hotel ini dikelilingi mall -mall besar yang dihubungkan dengan Sky Walk dari Nasional Stadium Station. Ada 8 mall besar di sini dan kami tidak sempat pergi semuanya. Hanya sempat gila sebentar di Siam Discovery Mall (Madamme Tussaud), Siam Center Mall dan Paragon Mall. Wow……sungguh lumayan tempat ini. Saya sangat suka. Semuanya terhidang menarik. Display nya cantik. Saya melihat local produknya (baju) cantik2….. aduhhhh… Hard Rock Cafe juga terletak tidak jauh tapi kami tidak pergi (habis baht nya!!!!). Selain mall mega, ada juga MBK ~ mall sederhana (seperti Sungei Wang) dan di sini ada kedai “halal foods” di tingkat 5 dan 6. Cuma kalau malam, awal tutup. Sepatutnya tutup jam 10 malam tapi by the time kami sampai sekitar jam 08:40 malam, sudah banyak yang tutup. Kedai makan pun dah tutup (kami akhirnya makan Japanese Food : Unagi).
Slide di bawah menunjukkan Ibis Bangkok Siam Hotel dan sekitarannya.
Transportation
Pada hari ke-2, menyewa kereta dengan pemandu untuk sehari keliling kota Bangkok dan melawat landmarks utama sekitar bandar (sahaja). Kos sewa kereta 3500 Baht tapi dapat discount 500 Baht. So dalam MYR300++.

4Wheel drive + English Speaking Driver ~ Sewa dari Tour Provider di Hotel
Selebihnya kami berjalan kaki dan menggunakan Public Transport i.e Airport Rail Link (ARL) dan TBS (Sky Train). Keadaan traffic di Bangkok tidak kalah macetnya seperti di KL jadi lebih praktikal naik TBS or MRT.

Selalu terpaksa berdiri tapi tak apa ada tiang tempat berpaut
Itinerary
Day 1 Hello Bangkok!
Damansara —-> KLIA by uber RM70++ —->Bangkok by Thai Airways MYR540++ —-> Ibis Bangkok Siam Hotel by ARL till Payathai —-> change line (BTS) —–> To National Stadium (change line at Siam Station) —-> Ibis.
Sampai di hotel sekitar jam 4 lebih (petang). Check in. Bayar full so x perlu deposit. Urus sewa mobil. Selepas itu naik ke bilik. Makan something sebagai pengalas perut lepas itu, tanpa membuang masa meneruskan misi round2 sekitar hotel. Of course ~ Shopping Mall.
Terpesona. Duit ja tak cukup. Tahu lah, high-end punya mall. Saya tak masukpun butik2 jenama di dalamnya. Local produk pun sungguh cantik!
Sempat round2 Discovery Mall, Siam Center, Paragon Mall dan akhir sekali MBK Mall untuk cari makanan halal tapi tutup awal. Akhirnya Japanese food. Agak mahal.
Day 2 ~ City tour with driver
Hotel pick-up. Kemudian ke Grand Palace. Tapi tak masuk dalam.Mahal 300 Baht/pax. Cuma ambil gambar di luar sahaja.
Selepas GP, ke Wat Arun Temple. Lokasi landmark ini tak jauh jarak antara satunya. Hanya menyeberangi sungai Chao Phraya dengan bot dengan kos 1 Baht one way.
Satu lagi destinasi kami ialah Wat Pho Temple ~ The Sleeping Buddha. Entrance fee 100 Baht/pax. Kira bolehlah.
Lunch. Tanya Boy (driver) restaurant halal. Katanya di Ratchada area. Masjid Aman ada di sini.
After lunch ~ kami minta dihantar ke Asiatique. Rencananya minta drop saja dan nantinya balik naik taxi.
Day 3 Bye Bangkok
Flight balik jam 4:40 petang. Kerana penat kelmarin, sengaja lewat bangun. Checkout jam 12PM. Terus heret bag jalan2 ke MBK cari FM sebelum ke airport. FM mahal. Mungkin lain waktu ya kalau ada rezeki kepingin datang lagi kesini. Pokoknya asyik!
Tips
-
Perjalanan dari National Stadium (BTS dan ARL) ke Suvarnabhumi Airport mengambil masa lebih kurang 1 jam. So, rancang perjalanan anda dengan baik. Untuk flight international, peruntukkan at least 2.30 jam untuk urusan check-in, imigrasi dan passport control.

Tiba waktunya untuk kembali ke Malaysia
Ikuti kisah selanjutnya secara terperinci dalam posting akan datang.
♥JM
Best Vid of Osaka. Thank you.
One of the city that we will explore when we visit Japan later this year. All the planning has been done. Watching vid (real life experiences) helps to get my bearing of places more realistic.
Aduh… rasa tidak sabar.
Tidak dapat ku ingat pasti tahun berapa pertama kali aku menjejakkan kaki ke Surabaya, ibu kota Jawa Timur (negeri kedua terbesar di Jawa) ini. Mungkin sekitar 2007 – 2008 begitu. Sebagai perkongsian saja, setelah yang pertama ini, aku ke Surabaya lagi sebanyak 8 kali. Buat apa sih sering main ke Surabaya? Jadi, kenapa baru sekarang mahu menulisnya?
Ntahlah…. Nostalgia mungkin? saya sedang terpesona mendengar Iwan Fals mendendangkan “Manusia Setengah Dewa”. Berkeluh-kisah tentang political struggles dan kesempitan hidup rakyat marhaen Indonesia. Iwan ini, salah seorang penyanyi Indo yang saya gemari. Ah…. sekarang ini dia sedang merayu ku pula ~ Katanya “Sayangku ~ Izinkan Aku Menyayangimu”.
Lol.
Surabaya. Dulu pernah ku dengar nama itu tapi sinonim dengan “Kebaya Surabaya” saja. Rupa-rupanya ia Kota Pahlawan! Punya peran yang besar dalam perjuangan memerdekakan Indonesia di zaman revolusi. Saya tidak heran. Rata-rata warga Surabaya yang aku kenal, punya jiwa yang kental, nasionalis namun santun.
Seharusnya, aku bisa menyebut beberapa nama, tapi ingatan ku tidak lagi bersahabat. Memory obsolete kalau istilah sekarang. Mungkin data overload, terpaksa deleted some memory! Maaf ya, kamu tetap saja menjadi sebahagian dari lembaran sejarah dalam hidupku. Cerita bersama kamu, tetap disebut, saat aku bercerita tentang Surabaya.
” Jayne…. mari temani aku ke Surabaya”
Kakak sepupuku mengajak. Aku masih ingat masa itu aku sedang online membaca cerita bagaimana Tun M gagal jadi perwakilan ke PAU di zaman Pak Lah menjadi PM.
“Ah… mendadak amat…. aku lagi kering ni”
“Ngak apa2…. aku taksir kamu…temani aja….kita lawat makam Wali Songo!”
Wali Songo? Iya. Itulah. Kakipun jejak di Bandara Juanda International.
Kami disambut oleh supir taxi dari Bluebird. Orangnya kelihatan keren juga dan sangat santun. Namanya Bachirul. Setelah menanya-nanya apa makanan ciri khas Surabaya, dibawanya kami mampir di satu gerai…”terkenal bu… biar gerainya kecil tapi selalu penuh. Para celebrity juga banyak yang makan di situ. Tumpuan artis”. Katanya harus coba rasain “Rawon Setan”. Makanan trademark di situ.
Ahh… rawon setan ini, lebih kurang macam sup tulang | daging tapi kuah sup nya agak pekat hitam. Boleh dikatakan sedap juga. Seusai makan, kami dihantar ke hotel penginapan ~ Grand Hyatt Surabaya untuk check in. Setelah check-in, kami minta di bawa pusing2 keliling kota. Yang saya ingat, masuk ke lorong “Locality”. Lebih kurang macam redlight area. Sarang pelayanan di mana perempuan2 (pelbagai peringkat usia, rupa paras, saiz badan dsb) dipamerkan dibalik rumah kaca. Ada yang cantik tidak kurang juga yang cuma layak jadi pembantu kali ya. Ceritanya, ramai juga menjadi mangsa pemerdagangan dan juga tertipu dijanjikan pekerjaan rupa2nya dijebakkan jadi pelacur.
Ah….. btw Locality itu kini telah dirobohkan. Tiada lagi.
Cuba untuk terus mengingati. Iya. kepada Bachirul kami nyatakan tujuan kami untuk melawat Makam Wali Songo yang amat terkenal itu. Entah apa di hati Bachirul bila mendengar hasrat dan melihat penampilan kami. Pasti dalam hati kecilnya berbisik…..agak kontrasssss….. Hmmm… kenapa saya fikir begitu? saya tahu bukanlah niat dia untuk memperkecil niat kami. Tapikan, siapapun bisa kefikiran….
SUNAN AMPEL
Makam pertama yang kami lawati ialah Sunan Ampel yang terletak di Ampel (harus melalui pasar Ampel untuk sampai ke Masjid Ampel). Sunan Ampel bernama asli Raden Rahmat, keturunan ke-19 dari Nabi Muhammad, menurut riwayat ia adalah putra Ibrahim Zainuddin Al-Akbar dan seorang putri Champa yang bernama Dewi Condro Wulan binti Raja Champa Terakhir Dari Dinasti Ming. Nasab lengkapnya sebagai berikut: Sunan Ampel bin Sayyid Ibrahim Zainuddin Al-Akbar bin Sayyid Jamaluddin Al-Husain bin Sayyid Ahmad Jalaluddin bin Sayyid Abdullah bin Sayyid Abdul Malik Azmatkhan bin Sayyid Alwi Ammil Faqih bin Sayyid Muhammad Shahib Mirbath bin Sayyid Ali Khali’ Qasam bin Sayyid Alwi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alwi bin Sayyid Ubaidillah bin Sayyid Ahmad Al-Muhajir bin Sayyid Isa bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Ali Al-Uraidhi bin Imam Ja’far Shadiq bin Imam Muhammad Al-Baqir bin Imam Ali Zainal Abidin bin Imam Al-Husain bin Sayyidah Fathimah Az-Zahra binti Nabi Muhammad Rasulullah. Sunan Ampel umumnya dianggap sebagai sesepuh oleh para wali lainnya. Pesantrennya bertempat di Ampel Denta, Surabaya, dan merupakan salah satu pusat penyebaran agama Islam tertua di Jawa. Ia menikah dengan Dewi Condrowati yang bergelar Nyai Ageng Manila, putri adipati Tuban bernama Arya Teja dan menikah juga dengan Dewi Karimah binti Ki Kembang Kuning. Pernikahan Sunan Ampel dengan Dewi Condrowati alias Nyai Ageng Manila binti Aryo Tejo, berputera: Sunan Bonang,Siti Syari’ah,Sunan Derajat,Sunan Sedayu,Siti Muthmainnah dan Siti Hafsah. Pernikahan Sunan Ampel dengan Dewi Karimah binti Ki Kembang Kuning, berputera: Dewi Murtasiyah,Asyiqah,Raden Husamuddin (Sunan Lamongan,Raden Zainal Abidin (Sunan Demak),Pangeran Tumapel dan Raden Faqih (Sunan Ampel 2. Makam Sunan Ampel terletak di dekat Masjid Ampel, Surabaya ~ sumber Wikipedia).
Di pasentren ini kami luangkan masa untuk membaca Surah Yasin dan bermunajat. Berdoa untuk apa2 hajat.
MAKAM SUNAN GIRI
Ziarah kami seterusnya adalah ke Giri. Sunan Giri. Sunan Giri memiliki beberapa nama panggilan, yaitu Raden Paku, Prabu Satmata, Sultan Abdul Faqih, Raden ‘Ainul Yaqin dan Joko Samudro. Ia lahir di Blambangan tahun 1442, dan dimakamkan di desa Giri,Kebomas, Gresik.
Untuk sampai ke makam ini, anda terpaksa menaiki ratusan anak tangga kerana makam Giri terletak di atas bukit. Saya ingat2 lupa, tapi masjidnya tidak terlalu besar dan terkawal. Anda tidak boleh mengambil apa2pun dari tempat itu hatta walau sebutir batu pun kerana menjadi kebiasaan para fanatik yang menjadikan nya sebagai “azimat” (kecenderungan khurafat). Makam Sunan Giri tidak terletak di Masjid itu tapi di sebuah rumah kecil atas sebelah timur. Semasa kami menaiki rumah (makam) tersebut, memang sentiasa ramai yang berkunjung. Untunglah kami dapat tempat untuk duduk. Semasa di sini, ada keajaiban yang saya lihat. Seperti yang saya katakan, ruangan makam ini kecil sahaja tetapi orang ramai tidak putus2 naik untuk ziarah dan membaca surah2. Yang musykil, entah kemana duduknya pengunjung2 yang baru naik tadi sedangkan ruangan itu sudah penuh? Mashallah.. Allah knows best.
MAKAM SUNAN GRESIK
Makam Maulana Malik Ibrahim yang dikenali Sunan Gresik adalah makam ketiga dan terakhir yang kami lawati. Semasa sampai di makam ini, tercium semerbak haruman yang sungguh wangi.
Maulana Malik Ibrahim adalah keturunan ke-22 dari Nabi Muhammad. Ia disebut juga Sunan Gresik, atau Sunan Tandhes, atau Mursyid Akbar Thariqat Wali Songo . Nasab As-Sayyid Maulana Malik Ibrahim Nasab Maulana Malik Ibrahim menurut catatan Dari As-Sayyid Bahruddin Ba’alawi Al-Husaini yang kumpulan catatannya kemudian dibukukan dalam Ensiklopedi Nasab Ahlul Bait yang terdiri dari beberapa volume (jilid). Dalam Catatan itu tertulis: As-Sayyid Maulana Malik Ibrahim bin As-Sayyid Barakat Zainal Alam bin As-Sayyid Husain Jamaluddin bin As-Sayyid Ahmad Jalaluddin bin As-Sayyid Abdullah bin As-Sayyid Abdul Malik Azmatkhan bin As-Sayyid Alwi Ammil Faqih bin As-Sayyid Muhammad Shahib Mirbath bin As-Sayyid Ali Khali’ Qasam bin As-Sayyid Alwi bin As-Sayyid Muhammad bin As-Sayyid Alwi bin As-Sayyid Ubaidillah bin Al-Imam Ahmad Al-Muhajir bin Al-Imam Isa bin Al-Imam Muhammad bin Al-Imam Ali Al-Uraidhi bin Al-Imam Ja’far Shadiq bin Al-Imam Muhammad Al-Baqir bin Al-Imam Ali Zainal Abidin bin Al-Imam Al-Husain bin Sayyidah Fathimah Az-Zahra/Ali bin Abi Thalib, binti Nabi Muhammad Rasulullah
Ia diperkirakan lahir di Samarkand di Asia Tengah, pada paruh awal abad ke-14. Babad Tanah Jawi versi Meinsma menyebutnya Asmarakandi, mengikuti pengucapan lidah orang Jawa terhadap As-Samarqandy.[2] Dalam cerita rakyat, ada yang memanggilnya Kakek Bantal.
Maulana Malik Ibrahim memiliki, 3 isteri bernama:
1. Siti Fathimah binti Ali Nurul Alam Maulana Israil (Raja Champa Dinasti Azmatkhan 1), memiliki 2 anak, bernama: Maulana Moqfaroh dan Syarifah Sarah
2. Siti Maryam binti Syaikh Subakir, memiliki 4 anak, yaitu: Abdullah, Ibrahim, Abdul Ghafur, dan Ahmad
3. Wan Jamilah binti Ibrahim Zainuddin Al-Akbar Asmaraqandi, memiliki 2 anak yaitu: Abbas dan Yusuf.
Selanjutnya Sharifah Sarah binti Maulana Malik Ibrahim dinikahkan dengan Sayyid Fadhal Ali Murtadha [Sunan Santri/ Raden Santri] dan melahirkan dua putera yaitu Haji Utsman (Sunan Manyuran) dan Utsman Haji (Sunan Ngudung). Selanjutnya Sayyid Utsman Haji (Sunan Ngudung) berputera Sayyid Ja’far Shadiq [Sunan Kudus].
Maulana Malik Ibrahim umumnya dianggap sebagai wali pertama yang mendakwahkan Islam di Jawa. Ia mengajarkan cara-cara baru bercocok tanam dan banyak merangkul rakyat kebanyakan, yaitu golongan masyarakat Jawa yang tersisihkan akhir kekuasaan Majapahit. Malik Ibrahim berusaha menarik hati masyarakat, yang tengah dilanda krisis ekonomi dan perang saudara. Ia membangun pondokan tempat belajar agama di Leran, Gresik. Ia juga membangun masjid sebagai tempat peribadatan pertama di tanah Jawa, yang sampai sekarang masjid tersebut menjadi masjid Jami’ Gresik. Pada tahun 1419, Malik Ibrahim wafat. Makamnya terdapat di desa Gapura Wetan, Gresik, Jawa Timur.
Inilah kisah kami kali pertama trpanggil ke Surabaya. Selain kembara rohani, kami sempat juga berkunjung ke Plaza Tunjungan, Pusat Grosir Jambatan Merah, Pasar Ampel, beberapa Mall lagi dan ke Sidoarjo. Di sini juga lah saya mula mencicipi makanan di Restaurant Bumbu Desa. For your info my dearest readers, makanan di Surabaya ini sangat sedap. Sesuai rasa selera Malaysia.
Diakhir perjalanan, kami ketahui bahawa Bachirul ini sebenarnya seorang siswazah. Dulunya sebelum kemelesetan era 2004, merupakan seorang pejabat yang punya kedudukan bagus. Dijadikan cerita, akhirnya kami beranggapan sebagai saudara. Sekarang sudah lost contact, tapi kali terakhir kami di Surabaya, berjaya hubungi dia dan ketemuan dengan isterinya yang cantik dan anak2 yang comel.
Semoga suatu masa jika saya berkunjung lagi ke Kota Pahlawan ~ Kita bertemu lagi saudara ku.
*P.S Maaf tiada photo. Ntah mengapa aku tidak punya.
Tanggal 27 Ogos (Sabtu)
Hari kedua di Beijing. Hari ini melawat Forbidden City dan Tiananmen Square. Rasa teruja sangat. Maklumlah, antara tujuan melawat Beijing adalah ke sini selain Great Wall Of China.
Setelah siap turun untuk sarapan. Sayangnya, mata, mulut dan tekak menolak makanan yang ada. Akhirnya makan telur rebus dengan garam dan pepper. Sangat sesuatu uols.

Lepak di lobi tunggu yang lain
Tanggal 26 Ogos (Jumaat).
Bertolak dari KLIA 1 menaiki Cathay Pacific pada jam 1325. Seperti biasa, transit di Hongkong selama 2 jam. Keadaan kapal ok. Kerana kami penumpang berkumpulan (23 orang), tempat duduk terletak nun jauh di belakang. Range seat dari no. 67 – 70. Penerbangan ini akan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Makanan Muslim Foods awal2 sudah ditempah.
Penerbangan lancar. Suasana tadinya yang agak bising kini reda. Mungkin telah kenyang setelah makan dan mata pun mula mengantuk. Ada yang tidur, ada yang membaca, ada yang main game dan ramai pula yang ambil kesempatan menonton movie kegemaran (seperti saya).

Tak sabar
![]() |
JM KE JAPAN |
![]() |
Hi… handsome tak saya? hihihi…nak cerita sikit tentang JR Pass ya. |
![]() |
Kelayakan Membeli JR Pass |
I purchased my JR Pass at:
Japan Travel Bureau (M) Sdn Bhd16th Floor, Amoda Building,
Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan.
Phone: 03-2141 6866
![]() |
Salah satu sebab utama turis beli JR Pass kerana boleh guna Shinkansen (Bullet Trains) ke mana-mana. Jimat kos |
![]() |
Boleh check jadual perjalan guna aplikasi Hyperdia |
![]() |
Ini lah rupa JR Pass yang anda beli. Dinamakan Exchange Order. Sampai Japan baru tukar ke real JR Pass |
![]() |
PALING PENTING ADA PASSPORT |
![]() |
IKUT SAYA TUKAR DAN AKTIFKAN EXCHANGE VOUCHER NI BELUM TUKAR DAN ACTIVATE TAK BOLEH GUNA |
![]() |
JOM CARI JR AGENCY TERDEKAT |
![]() |
SEPERTI BIASA ISI BORANG |
![]() |
SETELAH SELESAI ISI BORANG SERAHKAN SEMUA DOKUMEN KEPADA PETUGAS DI KAUNTER |
Sambil tersenyum sapalah ~ no harm to be nice
Konnichiwa ~ Hello / Good Day
Ohayō gozaimasu ~ Good Morning
Konbanwa ~ Good Evening
Oyasuminasai ~ Good Night
Arigatō gozaimasu (pron. gozaimas) ~ Thank You!
![]() |
SEBELUM KELUAR CHECK MAKLUMAT |
![]() |
BERIKAN TARIKH DAN MASA ANDA BERTOLAK. TRAIN APA BIASANYA HIKARI ATAUPUN KODAMA |
![]() |
CHECKLIST TIME TABLE BOLEH CHECK DI HYPERDIA |
![]() |
JOM BELAJAR BAHASA JEPUN ~ THANKS ME WITH SHARING THIS ARTICLE 😛 |
Contoh Reserved Seat.
Maksudnya~
DARI NAGOYA KE SHIN KOBE DENGAN TRAIN HIKARI 461. BERTOLAK DARI NAGOYA JAM 9:10 DAN SAMPAI DI SHIN-KOBE 10:18. CAR NO 8 SEAT 12-B.
![]() |
CARI LAH MAKLUMAT TRAIN ANDA DI BILLBOARD INI YA |
![]() |
STESEN2 YANG AKAN SINGGAH DISPLAY DI SINI |
Hi….dia lagi hihihi….
![]() |
Tak apa…just board to the next available train for free |
- Rule number one ~ you must know your destination.
![]() |
Check Your Route Here |
- Check how much it cost to go there from your intended departure station. This is important later on.
![]() |
Fares ~ Depending on which station you will depart |
- Then purchase your ticket from the machine. Some machine display Japanese and English. But sometimes only in Japanese. What to do? Super easy. Remember what I told you earlier? Remember the name of the station or how much is the fare.
![]() |
OMG… No English Machine? What I Gonna Do? Panic Strike!!! |
- No worry!. Just insert your money then wait
- If you are in hurry or did not know the right fare to the station you are heading to -no worry ~ just buy the cheapest fare available / display. When you reach your destination ( you won’t be able to get through the automatic gate) ~ Don’t panic…be cool..or pretend to be..all you need to do is to insert your original ticket adjusment ticket machine (adjustment fare machine next to the gate). It will show on screen how much different you have to pay. Done.
![]() |
The Fare Adjustment Machine |
![]() |
Insert Your Tix..Pay The Different and take out ~ Ready to use |
![]() |
The Amount You have To Pay More |
- JR West operates a dense network of local train lines in the Osaka area. The most prominent line is the Osaka Loop Line, the equivalent to Tokyo’s Yamanote Line. JR also operates lines to the Kansai Airport, Kobe, Kyoto, Nara and to the Universal Studios. The shinkansen (bullet trains) stop at Shin-Osaka Station.
- Subways are often the most convenient means of getting around central Osaka. The city has eight subway lines that cover especially the area inside the Osaka Loop Line. The subway offers the quickest connection between Osaka’s two main districts Kita and Minami and is of great value to foreign visitors in general.
- Nankai Railway connects Namba to Kansai Airport, Wakayama and Mount Koya (Koyasan).
- Hankyu Railway connects Umeda Station with northern Osaka, Kobe and Kyoto.
- Kintetsu Railway connects Osaka with many destinations in the southern Kansai Region, including Nara, Kyoto, Asuka, Yoshino, Ise and Nagoya. Lines start at Namba (Osaka-Namba Station), Tennoji (Osaka-Abenobashi Station) and Nagata Station.
- Hanshin Railway connects Osaka with Kobe. The lines start at Umeda and Namba Stations.
- Keihan Railway connects central Osaka with central Kyoto and Uji. The lines start at Yodoyabashi and Nakanoshima Stations.
Special Tickets
-
Osaka Amazing Pass (1-day: 2300 yen, 2-days: 3000 yen)The Osaka Amazing Pass (formerly: Osaka Unlimited Pass) provides unlimited use of subways and city buses within Osaka City on one or two consecutive calendar days, plus free admission to many of Osaka’s popular tourist attractions such as Osaka Castle and the Umeda Sky Building. The one-day pass additionally covers non-JR trains in central Osaka. Sales locations include tourist information centers and travel agencies. The pass is a very good deal if visiting several of the tourist attractions covered.
-
Osaka One-Day Pass (800 yen on weekdays, 600 yen on weekends and public holidays)Unlimited use of subways, city buses and the New Tram (but excluding the OTS Line) on one calendar day. The pass also provides discounts on admission to designated sightseeing spots. It can be purchased at subway stations and kiosks. The pass is a good value and easily pays off, especially on weekends and if visiting spots with discounted admission.
Recent Comments