
Pada 16 Disember 2016 dengan rasminya, perkhidmatan MRT fasa pertama telah berjaya memulakan perkhidmatan dengan jayanya. Bagi meraikan pencapaian terbaru dalam sejarah pengangkutan negara, kerajaan telah bermurah hati untuk memberikan perkhidmatan secara percuma selama sebulan (16|12|2016 – 16|01|2017) kepada orang ramai.
The 12 stations currently opened are: Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Datuk Ismail, Phileo, Pusat Bandar Damansara and Semantan.
The first phase involves 21km of elevated tracks between the Sungai Buloh and Semantan stations in Bukit Damansara.
Kebetulan saya berada di ibu kota maka saya tidak melepaskan peluang untuk menaiki MRT yang dikatakan bekal mengubah scenario transportasi ibukota yang sentiasa sesak. Mudah-mudahan. Tahniah kepada kerajaan (yang baik kita puji). Kami menaiki train dari Station Mutiara Damansara (SMD) hingga ke Semantan dan balik semula ke SMD. Di stesen ini disediakan MRT Feeder Bus untuk kemudahan anda.
Pengalaman ini menarik. Memandangkan saya baru balik seminggu dari Jepun dan berpengalaman menaiki sistem pengangkutan negara matahari terbit ini yang dikatakan terbaik di dunia, saya boleh katakan saya berbangga dengan MRT! Tentu saja kita tidak memiliki stesen2 secanggih di sana tapi apa yang saya lihat, service yang diberikan adalah sama.
Lol… cuba lihat feed (pengalaman I kat bawah). Just for fun ya.

MRT Feeder Bus

Kat Mutiara Damansara Station

Mengukir Sejarah Tersendiri

Manis dan Pahit : 16/12/2016
Kami menaiki train sekitar jam 12PM. Masa tu masih kurang orang. Tahulah hari bekerja dan ramai muslimin menunaikan Solat Jumaat. Tapi selepas itu semakin ramai dan kebanyakannya mereka yang sedang lunch time dari office.

Tour By Miss MRT Engineer Herself *Condolonces : On The Same Day Her Father Passed Away (16/12/2016)
Thank You Girl

Prasarana Staff Helping The Public

Excited

Follow Us

Sampai Platform

Tunggu Train

Ini Macam Gate Train Untuk Shinkansen Di Jepun : Berpagar

Navigation Map

Phase 1 Routes

Signage

Commuters

Yay…. Finished Tour
Verdict : YAY

Baru Balik Dari Jepun.
Bila ~ 24th Nov – 8th Dec (14 Hari).
Dimana ~ Tokyo, Osaka, Hiroshima, Miyajima, Kyoto, Nara.
Alhamdulilah. Mimpi telah jadi kenyataan. Akhirnya keinginan ku untuk memijakkan kaki di bumi matahari terbit termakbul. Tiket penerbangan telah dibeli 6 bulan lebih awal dan semenjak itu tak henti-henti mengumpul maklumat dari blog para travellers dan juga travel guide di negara Jepun i.e Japan Guide, Odaigo dan sebagainya. Manakan tidak. Hati tersangat risau kerana dari pembacaan ku, rata2 mengatakan travelling ke Jepang ini lebih rumit dari biasa. Dari rintangan komunikasi hingga kepada kerumitan memahami sistem transportasinya yang dikatakan sangat membingungkan. Bayangkan, Station Shinjuku yang mengendalikan penumpang sehampir 4 juta sehari! Dapat bayangkan?
Ha ha ha. Tak perlu bayangkan. Terjah sahaja. Tersesat. Tersalah platform. Tersalah train. Itu semua hampir pasti akan anda alami ketika di sana (Jepun). Bagaimanapun, ianya merupakan pengalaman yang memberi pengajaran. Memang benarlah, perkara yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana navigasi anda semasa berada di sini. Seperti kata orang, taxi adalah mahal (saya tak guna taxi). Jadi jika option adalah public transportation seperti bas, metro dan train maka anda kena study dan take note starting point dan tujuan nak ke mana (exit juga sangat penting diketahui supaya tidak tersesat). Pastu, gunalah khidmat Hyperdia untuk mencari “line” apa dan “platform” mana anda perlu naik dan turun.
Harus diingat, station di Jepun sangat besar. East, West, North Wing entrance|exit akan membawa anda ke arah yang berbeza. Contoh. Bayangkan saja. Station Shinjuku mengendalikan hampir 4 juta penumpang sehari. Belum masuk lagi Shopping Mall bertingkat2 berada dalam station itu. Tapi jangan risau. Tenang saja ada cara untuk memudahkan pergerakan anda dan gerenti tidak sesat.
Entri kali ini adalah summary tentang Jepun, mengikut pengamatan saya. Kisah perjalanan akan dimasukkan dalam entri yang akan datang.
Bagi saya, Jepun ini adalah negara yang punya landscape yang menarik. Di kota besar seperti Tokyo, selain mempunyai beberapa Park yang cantik, susun atur architecture bangunan pencakar langitnya juga sungguh menarik. Tersusun dengan cantik memberikan nuansa skyscraper yang unik dan mengkagumkan. Saya paling suka taman-taman (Japanese Garden) yang dijaga dengan baik.
Yang paling terpuji adalah sikap masyarakatnya yang begitu berdisiplin, penuh etiquette dan bersedia membantu. Paling ketara adalah sifat pembersih mereka. Di mana-mana Public Places di Jepun, amat sukar untuk menemukan tong sampah namun tiada satu pun sampah bertebaran di mana-mana. Kerana orang Jepun, terdidik untuk tidak membuang sampah merata-rata. Jika ada sampah, disimpan di poket dulu atau di bag. Bukannya main buang di mana-mana seperti kebiasaan masyarakat kita (Pada hal tong sampah bertaburan di merata tempat). Satu lagi, jarang sekali saya melihat orang Jepun makan sambil berjalan. Jika makan, mereka duduk dan buang sampah di tempat mereka makan.
Dan paling win ~ paling saya suka adalah tandas mereka! sentiasa bersih, tisu sentiasa ada dan nyaman!
BEBERAPA TIPS SEMASA DI JEPUN
Saya akan senaraikan yang basic saja mengikut pengalaman saya.
- Membeli IC Cards ~ Suica/Pasmo (Tokyo) amat berbaloi dan menjimatkan masa. Ada sedikit diskaun harga bagi pengguna IC ni dan tidak perlu buang masa berbaris beli tix.
- Tangga di station-station di Jepun bertingkat2 dan banyak! Elakkan membawa bag besar2. Benar2 membebankan, terutama jika anda travel seorang. Saiz hotel juga amat kecil. Tiada ruang untuk menyimpan/meletak.
- Jika kurang tahu/faham Line dan Platform mana anda harus ikut ~ Tanya sahaja kepada petugas beruniform yang berada di sebelah gate masuk/exit.
- Masalah komunikasi ~ hahaha…tidak mengapa guna sahaja bahasa isyarat.
- Sumimasen (excuse me) … perkataan paling berguna untuk menarik perhatian.
- Anda boleh tinggalkan bag anda beberapa hari di hotel jika anda ada booking kembali lagi bermalam di hotel tersebut (contoh: saya tinggalkan bag saya di Ryumeikan Hotel Tokyo selama 5 hari untuk ke Kansai area tapi kembali lagi menginap di hotel yang sama untuk semalam sebelum balik ke Malaysia. Tapi booking itu harus sudah ada dalam sistem mereka.
….. ngantuk dah…esok sambung

Tuesday, 22/11/2016
A powerful earthquake off the northeast Japanese coast on Tuesday sent residents fleeing to higher ground and prompted worries about the Fukushima nuclear power plant destroyed by a tsunami five year ago.
Lines of cars were seen snaking away from the coast in the pre-dawn hours after authorities issued a tsunami warning and urged residents to seek higher ground immediately. The warning was lifted nearly four hours later.
The magnitude 7.4 earthquake struck in the same region that was devastated by a tsunami in 2011, killing some 18,000 people.
On Tuesday, tsunami waves were recorded along the coast. The highest one was 1.4 metres in Sendai Bay. A tsunami advisory was eventually lifted at 12.50pm local time.
The Fukushima Dai-ichi nuclear power plant in Okuma, Fukushima Prefecture CREDIT: AP

Respect!
Vehicles make a line as they flee following a tsunami warning in Iwaki, Fukushima prefecture CREDIT: AP
For more info klik here
NYTIMES.COM ~ TOKYO — A powerful earthquake triggered a tsunami off the coast of Japan early Tuesday, near where three nuclear reactors melted down at a plant in Fukushima after a quake and tsunami in 2011.
Tuesday’s quake quickly brought evacuation warnings along the coast that was ravaged just over five years ago. For about 90 minutes, fears of the 2011 nuclear disaster were raised as a cooling system in one reactor in another nearby plant shut down. It was restored without incident.
The public broadcaster NHK exhorted residents of Fukushima Prefecture to leave coastal areas immediately. “Please move as far away from the shoreline as possible,” the announcer said. “Please remember the Great East Japan earthquake.”
A tsunami wave of about 55 inches hit the port of Sendai in Miyagi Prefecture about an hour and a half after the quake hit, and NHK said minor injuries had been reported. The first tsunami waves hit the coast at Onahama in Fukushima Prefecture at about 23 inches. At the Fukushima nuclear plant, the tsunami waves rose to about three feet. No deaths were immediately reported.
The Japanese weather service reported a preliminary magnitude of 7.4 and issued a warning of a tsunami of about 10 feet. (The United States Geological Survey reported a lower magnitude, 6.9.)
The warnings were lifted in the early afternoon, and people were allowed to return to their homes.
The Tokyo Electric Power Company, or Tepco, reported that a cooling system in one of the reactors at Fukushima Daini, a nuclear facility not far from the ruined Daiichi plant, had stopped but said there was enough water in the reactor to keep the 2,544 spent fuel rods cool in the short term. But the utility later said the system had resumed operations after 90 minutes.
The Fukushima Daini power station, about seven miles south of Daiichi, has not produced electricity since the 2011 calamity, in which it suffered earthquake damage. Most of Japan’s nuclear power plants have been shut down since soon after the disaster amid public concern about their safety. Fukushima Daini’s reactors are turned off, but the plant still has uranium fuel in a storage pool that must be kept cool by pumping water through the reactors.

9 Hours Airport Narita ~ Capsule
Ha?????????
Terperanjat beruk bila cuba web check-in through email prompt. Flight dari KK ke Jepang re-schedule? Kenapa saya belum dapat notification?
Saya berangkat sepatutnya jam 7.30 pagi pada —- tapi rupanya diubah (lebih awal) ke 12:50am. Aduina…. jam begini membuatkan aku terlepas flight suatu masa dahulu. Hmmmm… maksudnya harus ke airport sehari sebelum…..penerbangan….hahahaha.
Dijangka mendarat di Narita (inshaallah) jam 7:30 pagi. Awalnya! Rosak semua planning. Malas berfikir panjang, saya terus search penginapan dalam airport Narita untuk tidur seketika. Terus ke Tokyo pun boleh tapi ralat….. check-in time hotel jam 3PM onwards.
Decide untuk mencuba capsule hotel yang terletak di Narita Aiport Terminal 2. Linknya aku dah letak kat atas tu. Namanya 9 Hours Airport Narita. Ha …jom cuba tidur macam dalam keranda. Dah book online tadi. From 9am to 14:00(PM) cost me JPY3150 (lebih kurang RM127 gitewww). Takpe lah. Yang penting akhirnya dapat merasa tidur dalam Capsule. Tapi dapat tidur ka?
Yet to be known.
Narita International Airport Terminal 2, 1-1 Furugome, Narita-City, Chiba 282-0004 Japan
“nine hours Narita Airport” capsule hotel with 24-hour reception and check in.
This is a useful facility for customers leaving on early morning flights, as well as those needing a place to stay after or in between flights.
The hotel also caters to the needs of customers needing a few hours during the day to nap and shower, or who simply want to use the shower.
Direction:
Directions from the Terminal/Multistory Car Park P2
Directions from Airport Terminal 2 Station
* Only between 23:10 and 5:00
At other times, please refer to “Directions from the Terminal/Multistory Car Park P2”.
Till then. Tunggu review nanti ya.

Salam semua.
Jom Sertai Bloglist seperti yang berikut : http://www.aerillhassan.com/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
Just for fun dear! Untung2 dapat kawan baru. Dan another blog to “blogworking”!
Seronok baca pengalaman semua orang.
Makasi ya.
OMG!
My trip to Japan getting nearer and I’m getting nervous. Dug Dag Dud Dag bunyi jantungku. kayak orang baru pacaran mahu ketemu buah hati. LOLs.
Tiket JR Pass yang aku order through their official website sudah ku terima. Laju sekali penghantarannya lewat pos express. Now…. mahu pelajari pula cara menaiki shinkansen (bullet train). Tidak mahu sesat2 lagi.
Jom belajar dari Youtube.
300 miles an hour…wow…super fast.
Tips:
~ Kalau nak lihat pemandangan Mount Fuji (Tokyo – Osaka) ambil window seat Line E
~ Jika bag bagasi besar ambil Tail Seat (inform dengan JR staff masa reserve seat) kerana di Tail Seat ada sedikit ruang untuk letak bag.
~ Jika anda pertama kali menaiki Shinkansen (esp dari Tokyo Station) disarankan get familiar dulu dengan suasana train ini. Khabarnya, sangat membingungkan.

Oh my heavy backpack!

Orang Jepun pun bingung
*The best ways to find your way is by asking. Open your mouth… geeezzzzzz….
Follow the sign – itu mantra pengembara seperti kita tapi sign saja tidak bermakna jika kita tidak tahu maksudnya. Untuk Shinkansen, ada dua sign yang boleh kita rujuk.
Follow The Sign! But Which one is my bullet train?

Blue or Green? Tell me the difference!
Bedanya, warna menunjukkan syarikat pengendalinya. Dan juga destinasinya.

East Japan

Osaka and West JR
Sekiranya tiket anda untuk train warna biru, masuk entrance color biru juga.
…… okay…tbc… (out for awhile)

Assignment : Naik Public Transportation (Tram).
Tercungap-cungap aku. Maklumlah, bukan tahu sangat naik tram di KL ni. Selalu naik Taxi saja atau Grab atau Uber.
Hmmmm…boleh survive ke? kikiki…. kikiki lagi. Inilah yang dikatakan pergi ke tempat orang tahu, tempat sendiri seperti budak baru belajar
- Dari Bukit Bintang ke Masjid Jamek (Sultan Abdul Samad Building) ~ Naik Monorail dan change Rapid KL di Hg Tuah Station untuk meneruskan perjalanan ke station Masjid Jamek. Verdict… berjaya cuma tersalah ambil lane di Hang Tuah station. Nasib mulut ringan bertanya.
- Dari Bukit Bintang ke KLCC.. hahahahaha….panjang ceritanya. Dan perjalanannya pun panjang. Ini gara2 tersalah lane juga ni. Terpaksa ikut sampai ke KL Central makan angin. Sepatutnya turun di Bukit Nenas Station untuk change ke Kelana Line. BTW ~ jauhnya berjalan untuk tukar train tu! Verdict ~ pandai sudah. Hahahaha.
Nanti I attach gambar.
♥JM

21 Sept – 08 Oct 2016
Kali ini agak lama di KL. Ada kursus berkaitan kerja. Dalam pada itu, seperti yang telah dinukilkan sebelum ini, sempat juga lari sekejap ke Bangkok! Memang dasar “penjalan” kan?
Entri kali ini cerita selepas selesai course…. ada lah masa jenjalan dengan geng sebelum balik ke rumah. Ada geng “orang putih” kami yang kepingin makan dimsum..lol..chinese food katanya. Mula-mula, saya ada bawa ke Hutong di Lot 10..tapi alamak…. non-halal semuanya… mana boleh dia ja santap yang kami nengok saja kan? No..No..No…
So pigi lah ke Grand Millennium (GMKL). Kebetulan saya member di sana so dapat diskaun yang baik (50% jika 2 pax). Chinese restaurant di sini buka mula jam 12PM ya. Kami sampai awal so terpaksa duduk hampir 2 jam di lobby. Sebenarnya sempat jika mahu jenjalan ke Pavilion or Fahrenheit tapi malas menjeremuskan diri nanti terbeli benda yang tak sepatutnya.
Soalnya jika terpaksa menunggu kita biasanya buat apa? takkan tidur di sofa kot?

GMKL LOBBY

SELFIE?

GMKL RESTROOM

AKHIRNYA

TUNGGU MAKANAN

LAPARNYA

NYONYA SOSILITAS

ART

MUKA LAPAR

CEPAT MASAK CHEF!

BELAJAR PAKAI CHOPSTICK OIIII

YUMMY

YESSSS

MY FAV

FAV JUGA

DAP DAP DAP
Kenyangnya……
♥JM
Kalau ditanya ~ apa dan di mana pengalaman paling menarik semasa di Bangkok, tentulah tanpa ragu saya akan bilang ASIATIQUE!
Segala-galanya ada di sini. Pemandangan yang menarik, moden namun masih terlihat ciri-ciri Thai. Terletak di riverbank sungai Chao Phraya area Chareonkrung Soi 74-76. Ia menggabungkan dua pengalaman shopping yang memberangsangkan (menggembirakan) iaitu konsep bazaar dan mall. Dulunya ia merupakan pelabuhan perdagangan antarabangsa yang diubah menjadi satu hub shopping ala night market (hanya beroperasi bermula jam 5PM – 11PM). Ia nya direkabrentuk seperti sebuah warehouse yang menempatkan 1,500 kedai dan 40 buah restaurant.
Kebanyakan produk yang dijual di sini adalah buatan local dan tidak terlalu mahal. Jika anda berminat menyaksikan persembahan Muay Thai ~ ada. Calypso ladyboy cabaret ~ ada. Mahu beli souvenir cute dan murah2 juga ada. Pokoknya, di sini semua ada dan yang paling penting, rasa selamat tidak seperti night market biasa.
Lantas, bagaimana mahu ke sini? Jalan paling mudah adalah dengan menaiki bot. Setiap 15 minit ada service bot percuma at the end of pier. Jika anda menaiki BTS, turun di Saphan Taksin Station dan jalan menuju ke Pier (ikut petunjuk). Note: kalau tak sabar tunggu bot atau barisan penumpang terlalu panjang, ada saja bot berbayar. Tambang 20 Baht per orang. Ambil masa lebih kurang 10 minit from pier to pier.
Nanti kalau ada masa saya cerita lagi.
Sekarang, lihat dulu gambar2.
Sememangnya di sini sangat meriah!
Nak datang lagi!
Recent Comments