Happy New Year 2017

Tuesday, 03 January 2017.

Belated wishes.

Nah. Bagaimana tahun baru anda? Sudah tentu macam2 reactions. Ada yang gembira, ada yang sedikit dukacita dan mungkin ada juga yang tak rasa apa2. Bagi saya, mungkin ada rasa terkilan juga, namun terubat dengan keberadaan bersama keluarga. Buat pertama kalinya, kami berjaya buat family reunion walaupun tidak semua adik-beradik dapat berkumpul. Ada yang masih dalam pantang. Ada yang missing in action. Ada yang ada komitmen sendiri.

Setahun (2016) berlalu, bermakna usia meningkat lagi. Ahhhh….. biarlah. Lets age gracefully. Syukurlah. Bukan semua sempat merasai tua. Semoga saja, bukan hanya angka yang meningkat tapi akal merudum. Semoga, hati tidak banyak meminta. Rasa tidak perlu merintih. Tapi….. kaki ku ini biarlah terus melangkah dan melangkah.. sejauhmana pun. Mata ini biarlah luas terbuka. Aku ingin melihat bukan hanya dengan mata ku yang semakin kabur tetapi juga dengan intuisi rasa.

15741009_1844555232482558_6810516387310159531_n

Gambar 01.01.2017

15823598_1844555229149225_1014518773840032466_n

First Selfie on 1st Jan 2017

♥♥♥

Untuk acara reunion hujung tahun 2016 ~ kami memilih Kudat sebagai lokasi. Tinggal di North Borneo Biostation. Tidak jauh dari Pantai Bak Bak Kudat. Tempatnya agak tersorok dalam hutan….well…. itulah kelebihannya. Tempat untuk relax dan lari dari bunyi hiruk-pikuk kota yang dicemari bunyi macam2. Di sini, hanya kedengaran deruan ombak dan bunyi cengkerik serta dentuman air hujan.

15747647_1843538235917591_2715923460280954070_n

30th Dec 2016 ~ Ready To Go. 3 hours drive from KK

15726670_1843578199246928_1324416002611178388_n

Reach Kudat ~ Rumah Rehat Kerajaan. Under Repurbishment 

15781376_1843990889205659_2499960853340778332_n

The Chalet at North Borneo Biostation Kudat

15726478_1843665365904878_5524353329688892947_n

My Chalet ~ Facing Seaview

15740884_1844540809150667_5690779216425982254_n

Good Night ~ Peaceful Sleep

Day 1 – Walks around at the beach

15825798_1843989882539093_4436891816145710226_n15781062_1843989775872437_6436946986415935829_n15726599_1843727305898684_7373840588473092518_n

Angan2 mandi tak kesampaian kerana hujan

Sabtu, 31 December. Paginya pergi ke Simpang Mengayau ~ Tips Of Borneo. Kira2 21KM dari Biostation.

15825950_1844062932531788_4793338068737545304_n15822623_1844062919198456_6659239260598297474_n15822791_1844062852531796_2995165838448890665_n15822967_1844063005865114_1496926026269093345_n

Pastu ke pekan Kudat beli ikan dan chicken wings untuk BBQ malam nanti.

Acara malam: BBQ dan bual2 smbil main Sahiba dan ular2. No contdown. 98% guests di sini dari Europe. Resort ini dimiliki orang Russia.

15822769_1844123932525688_2454094830509986978_n

Rehat sekejap

15726956_1844225315848883_1884782808927341908_n

Setup dining table 

15781155_1844225339182214_4927967848054912286_n

Jom bakar-membakar

15726269_1844224949182253_8502468002384865865_n

15727209_1844224975848917_4401083220150630729_n

Maklumlah dalam hutan. Lipan pun ada. Hampir2 ikut ter-BBQ hihi

Gambar2 resort nanti di-upadte.

Wink2.

Osaka, Khamis 01 December 2016.

Pagi ini aku berjaya bemalas-malas. Tidak perlu bersiap terlalu awal kerana program ku santai sahaja. Putar-putar sekitar Osaka-shi. Sarapan pagi dihantar sekitar jam 8:30 pagi (pada hal minta jam 9am). Hmmmm.. memang ironi betul. Time buat research dulu bukan main lagi baca macam2. Rancang macam2. Sampai buat tentatif day to day punya itineraries tapi bila sudah sampai ke destinasi, hanya 50% sahaja dipatuhi. Selebihnya tinggal kenangan. Ada beberapa faktor penyebab.

  • Kekangan Masa. Time buat ITI kita tidak dapat menjangka masa yang perlu kita luangkan di tempat2 yang kita pilih
  • Pilihan. Bila sampai destinasi baru kita tahu benda-benda  menarik yang boleh kita redah. So, bye2 ITI.

Okay lah. Merapu pula. Bagaimanapun, ITI itu sangat penting untuk dijadikan panduan, apatah lagi kalau tiba-tiba tersesat di hujung jalan. Lols.

Posting Aku Tentang Osaka Dulu time gigih nak cari info. Terima kasih lah Mr Google dan Ms Yahoo banyak tolong aku hingga tak cukup tidur terpaksa gentayangan di alam maya. Paling banyak membantu adalah blog2 otai Jepun seperti Kaki Berangan  Janggel Trekking dan lain2. Thank You for sharing pengalaman korang kembara di Jepun. Much appreciated.

Aku pula kalau pasal menulis pengalaman ni kurang cun. Macam tiada idea. Kekadang lama termangu memikirkan kata2 yang sesuai.

So kawan2 ~ untuk pagi ini saya set untuk ke Osaka Castle dan sebelah petang pula ke Dotonbori di Chuo Ward. Seperti biasa, sebelum ke station saya check the best direction untuk ke sana. Pastilah menggunakan JR Train sahaja kerana percuma dengan JR Pass di tangan. Ke mana pun, berapa kali pun. Lagi pun, menggunakan JR Lines ni mudah. Tak payah bingung2. Hihihi. Pssssssttt…. pada hal kelmarin semasa nak ke USS Osaka, salah2 juga naik train… hahahahaha. Bingung!

Nanti saya cerita lagi ya. Jom tengok gambar2 dulu. Tiada kata2 yang dapat menceritakan tentang sesuatu berbanding gambar.

15697689_1842743262663755_2853368281265649997_n

Tak Sempat Sewa Kimono ~ So Dalam Kartun Pun Jadilah

Routes : Osaka Station JR Line —-> Osakajo-Koen Station

Dari Osakjo-Koen Station anda kena berjalan dalam 15 minit untuk sampai ke ground Osaka Castle. Just follow the sign. Anda tidak akan sesat. Jauh juga lah sebenarnya nak menapak tu, I’m lucky time ni cuaca sejuk dan sedap mata memandang warna-warna autumn yg menawan. Kalau jalan ala marathon mesti cepat sampai. Tapi aku jalan lenggang2 kangkung sambil memotret. Semuanya ternampak indah. Cuma aku tidak punya skill photography. Kamera juga tidak canggih. Di rumah sebenarnya ada few kamera…DSLR pun ada… tetapi malas bawa. Berat. So, berbekalkan Iphone dan Samsung Note  7 opps 5……. lihatlah. Biar gambar berbicara.

img_0860

Burung Yang Jinak dan Kaki Ku

15241339_1829338797337535_1867037297371006848_n-1

La La La… terror tak aku selfie dengan monopod

15193681_1829330094005072_823632438667900828_n-1

Osaka Castle and I

15203235_1829327867338628_7836540447066586383_n-1

Finally

…eeee… rehat jap.

Ok sambung.

Setelah 15 minit berjalan maka dari kejauhan terlihatlah puncak Istana Osaka yang tersergam megah di atas bukit. Sungguh gah sekali ditambah lagi dikelilingi canal (sungai) dan daun-daun “koyo” berwarna-warni. Aku yang sungguh teruja tak habis-habis menggambar ~ padahal objek yang dipotret itu—–> itu2 saja. Aduhai. Adakah aku ter”golong” jakun? Hmmmmm…. kalau iya maka ramai jemaah ku. Semua pengunjung buat perkara yang sama. Ntah di mana kedudukan saf ku. Hahahahaha. Rata2 pengunjung berwajah Asia. Satu sifat orang Jepun yang harus dipuji adalah semangat patriotik mereka. Dari budak sekolah sampai orang tua ~ merekalah pengunjung utama pusat wisata yang saya lawati. Mereka amat menghargai dan bangga dengan sejarah dan monumen2 tinggalan zaman lampau. Mungkin itulah yang menjadikan jatidiri orang Jepun ini amat kuat. Kalau adapun berwajah Pan Asean, di rambut saja lah seperti aku. Alamak…. mesti ramai kondem rambut karatz I kan? takpe lah…buatlah apa yang buat kamu happy ya. Mengutuk dibenarkan dalam hati saja tau?

Memilih untuk masuk ke istana… so kena bayar.

Osaka Castle is a Japanese castle in Chūō-ku, Osaka, Japan. The castle is one of Japan’s most famous landmarks and it played a major role in the unification of Japan during the sixteenth century of the Azuchi-Momoyama period.

Info Lanjut Di Sini.

Note: Semua Gambar adalah milik jauhmerantau.com

img_0948img_0947img_0946img_0945img_0944img_0943img_0939img_0938img_0937img_0935img_0934

img_0931

Peraturan Untuk Dilanggar

img_0917

Views From 8th Floor Of Osaka Castle. Untuk Naik ada lift tetapi untuk turun kena guna tangga hingga ke tingkat 2. Bayaran masuk dalam JPY600.

img_0916img_0914img_0913img_0912img_0911img_0910img_0908

img_0855img_0902img_0901img_0900img_0899img_0898img_0897img_0896img_0878img_0879img_0880img_0881img_0883img_0884img_0888img_0894-1img_0869img_0870img_0871img_0872img_0875img_0876img_0865img_0864img_0862img_0861img_0857img_0856img_0851img_0850img_0852img_0848img_0845

Setelah puas round2 di dalam dan sekitar istana, saya pun perlahan-lahan balik semula ke Station Osakajo-Koen untuk melanjutkan perjalanan ke destinasi seterusnya untuk hari ini. Tunggu Part 2 ya.

Merry Christmas 2016

15726658_1842743125997102_3967404829018615917_n

May the melody and spirit of the holidays fill your home with love and peace. I wish you all the best and happy New Year too!

 

We may differ in our religious belief but as human, we are the same. Childrens Of The Al-Mighty.

Have a blast festive celebrations and Happy Holidays!

Sending Love.

Lotsa……  ♥♥♥

Tokyo, Rabu ~ 30th Nov 2016.

Pagi ini saya akan melanjutkan kembara Jepun ke Kansai Region. Tokyo dan Osaka adalah pusat kegiatan ekonomi di Jepun. Both cities are industrial and the center of business. Ada beberapa cara untuk ke Osaka dari Tokyo.

Jika anda ingin sampai dengan cepat, maka anda boleh memilih flight yang mengambil masa 1 jam 30 minit. Penerbangan Tambang Murah ~ Peach and Jetstar menawarkan perkhidmatan ini dari Tokyo Narita Airport (NRT) dan Kansai International Airport (KIX).

Roughly, tambangnya seperti berikut.

Fares (one way) (all taxes/surcharges included)

Peach – Weekday fares from 4,490 yen.  Weekend fares up to 6,840 yen.

Jetstar – Weekday fares from 4,070 – 5,570 yen.  Weekend fares 4,670 – 9,670 yen.

Cara kedua ialah dengan menaiki Bullet Train (Shinkansen). Dan bagi saya, cara ini paling mudah dan menyenangkan. Masa perjalanan sekitar 2 jam 30 minit sahaja

Tambang Shinkansen

Fares (Tokyo Station to Shin-Osaka Station)

Unreserved seat13,620 yen -> from Car 1 -5

Reserved seat14,250 yen -> reserved seat if travelling during pre/post work rush time

Green seat19,230 yen -> if you have money to burnt

Untuk lebih jimat, anda boleh menaiki bas sahaja. Tambang sehala dari JPY3000 – JPY9000 dan mengambil masa 9 jam.

Kerana tidak sanggup duduk terlalu lama dalam bas, saya memilih Shinkansen. Lagipun saya ingin merasa pengalaman menaiki keretapi laju ini. Tambahan lagi, saya telah membeli JR Pass (7 Hari ~ JPY27500++) yang mana saya boleh gunakan untuk menaiki mana-mana train, Shinkansen (kecuali Nozomi and Mizuho), bas dan ferry yang dimiliki Japan Railway secara percuma. JR Pass ini hanya boleh dibeli oleh tourist yang ingin melancong ke Jepun dan perlu dibeli sebelum mendarat di negara tersebut. Memang berbaloi membeli pass ini.

Inilah rupanya JR Pass itu. Awas ya jangan sampai tercicir. Not refundable.

15727301_1841976299407118_2459220547710444227_n

15726486_1841976579407090_7050756724370091456_n

15268001_1827600094178072_3868590643985218106_n

Terlalu awal muka pun comot ~ Tak sempat lah nak bermekap

Hikari train yang saya reserved akan bertolak jam 10:30am so jam 8am saya checkout dan tinggalkan satu bag (besar) di hotel (Ryumeikan). Saya boleh tinggalkan kerana saya akan menginap lagi di sini seminggu kemudian. Sengaja tak mahu bawa bag kerana tak larat angkut naik turun tangga.

15170986_1827606160844132_8352053958458130192_n

Nozomi Shinkansen ~ The Fastest  ~ Can’t Use JR Pass

15193568_1827600190844729_6714220141382335096_n

Kena queue ya

15241765_1827600214178060_4346184513980216542_n

I was at Car No 12

15230551_1827635917507823_5154482124481406465_n

Foods You Can Buy On Board

15242004_1827635940841154_6480993518540788020_n

15203167_1827677500836998_2057352231315989271_n

Railway

15747557_1842004552737626_2261422623698156858_n

Ha Ha Ha 

Arrived at Shin-Osaka around 1PM. On time. No Delayed. Now I’m at Osaka JR Loop Line Platfrom bound for Umeda Station/Osaka Station. Satu stop saja dari Shin-Osaka.

…bersambung (now 2:43AM).

Tokyo, Selasa, 29 November 2016.

Hari ini saya ambil Day Tour  dari local tour provider ke Mount Fuji. Diarahkan harus berkumpul di Keio Hotel Main Lobby pada jam 07:30  pagi. Kerana jarak Ryumeikan Hotel dengan Keio Hotel yang terletak di Shinjuku agak jauh (30 minit by Yamanote Line), maka seawal jam 6 pagi saya mula bergerak ke Tokyo Station. Pagi2 ni memang sesak kerana ramai orang Jepun pi kerja dan ada juga kelihatan anak sekolahan. Sebelum ke Jepun dulu, angan2 juga tinggal di Keio Hotel tapi fully booked. Dan lagi, alahai mahal gila. RM1000++ per night. Cissss…..

15202642_1827010550903693_5621642711468370585_n

JR Yamanote Line (Train warna hijau) dah sampai

Sebelum jam 7am dah sampai Shinjuku Station. Kerana kelmarin dah redah di mana lokasi Keio Hotel, maka mudahlah bagi saya pagi ini. Tour provided by Sunrise Tour yang ada office kecil di Keio Hotel. Rasanya saya lah yang pertama sampai.

15267522_1827010554237026_2051882674095000959_n

Terpaksa menunggu. Depart jam 8 pagi.

img_0679

Inilah amoi tukang urus peserta tour. Lucu pula tengok dia dengan seluar shantungnya terkejar sana sini.

img_0681

Ini Makoto. English speaking guide yang akan bawa kami ke Mount Fuji dengan menaiki bas ke Yamanashi Prefecture yang diandaikan mengambil masa 90 minutes. Actually depend on the traffic condition. Masa bertolak di pagi hari keadaan jalan raya agak lengang tapi on the way back to Tokyo, massive traffic jammed.

Oh ya… harga tour ini JPY8,800 (lebih kurang RM350++) termasuk lunch box. Tidak mahal sangat tapi duit RM yang lemah. Time saya beli Yen rate JPY100 -> RM4.10.

Makoto ini lucu juga orangnya. Katanya di Jepun ada dua MAIN religion. Buddhism and Shintoism. Dan ada lebih kurang 8000 tuhan katanya, because everything got it’s own God. He He He. Suatu ketika dia hiburkan kami dengan nyanyiannya. Merdu ke tidak, kurang pasti kerana dia nyanyi lagu Jepun.

Sepanjang perjalanan, dapatlah kita melihat pemandangan outskirt Tokyo. Semakin jauh jarak dari bandar, semakin besar saiz rumahnya. Dan saya lihat, banyak rumah di tepi jalanraya yang menanam padi di tepi rumah mereka.

Saya suka melihat, daun-daun yang berwarna warni; kuning, merah,hijau, coklat. Sesuatu yang tidak terdapat di negara tanah tumpahnya darah ku. Cuaca hari ini juga kelihatan cerah. Mudah2an berterusan kerana Mount Fuji ini bersikap elusive. Terkadang ia bersembunyi dibalik kabus yang tebal, menjadikan penat-jerih perjalanan selama 90 minit menjadi sia-sia.

Fujiyama adalah gunung tertinggi di Jepun, yang terletak di perbatasan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo. Gunung Fujiyama terletak dekat pesisir Pasifik di pusat pulau Honshu. Jadi sudah jelas jika Gunung Fujiyama terletak di pulau Honshu. Gunung Fujiyama dikelilingi oleh 3 kota, yaitu Gotemba (timur), Fujiyoshida (utara) dan Fujinomiya (barat daya). Gunung setinggi 3.776 m ini dikelilingi juga oleh 5 danau, yaitu Kawaguchi, Yamanaka, Sai, Motosu, dan Shoji.

Gunung Fuji ini juga memiliki karakteristik sebagai gunung berapi. Meskipun letusan terakhirnya tercatat terakhir pada tahun 1707, gunung ini masih dianggap sebagai gunung berapi aktif dan berisiko. Dulu bagi wanita dilarang untuk mendaki Gunung Fuji hingga akhirnya peraturan itu dicabut pada tahun 1912, hingga kini tercatat semakin banyak orang yang ingin mendaki gunung Fuji.

Gunung Fuji adalah salah satu mimpi setiap para pendaki gunung, waktu dan tanggal yang diizinkan untuk mendaki gunung ini antara 1 Julai dan 28 Ogos, dan biasanya dilakukan pada malam hari agar dapat mengejar matahari terbit di puncak gunung yang terkenal ini.

Pemandangan random perjalanan dari Tokyo Ke Yamanashi Prefecture.

Dalam aturcara, kami sepatutnya akan dibawa naik hingga ke 5th Station, di kaki Gunung Fuji tetapi kerana kabus tebal, kami diturunkan di Station ke-4. Kata Makoto ~ unaccessible.

img_0708img_0713

Pada mulanya langit kelihatan biru dan cerah tetapi semakin mendekati Gunung Fuji, semakin tebal kabusnya.

img_0740img_0741

Kami diminta turun dari bas dan diberi masa 15 minit untuk melihat2 sekitar 4th station. Di sini ada viewing point dan cafe merangkap kedai souvenirs.

Harapan kecundang. Sang Fujisan bersembunyi dibalik kabus yang pekat. Nothing much do here….

But suddenly I heard a commotion……

Yeah….. bagaikan si gadis pingitan yang pemalu, Gunung Fuji akhirnya menampilkan puncaknya perlahan-lahan di balik awan dan pokok-pokok Pine yang memutih diliputi salji. Bila awan berarak lalu, beginilah rupa Gunung fuji dari Station Ke-4.

img_0748img_0747img_0744img_0742

Antara souvenir yang terdapat di sini. Menyesal pula tak beli. Hmmmmmm….

img_0738

Selepas itu, kami dibawa pula ke Oshino Hakkai di  mana terletaknya 8 kolam yang menjadi tarikan pelancong di mana di dalamnya mengalir air yang begitu jernih. Dikata kan air di kolam tersebut adalah salji Gunung Fuji yang mencair. Justeru itu ia dianggap “air suci”. Dahulu kala, sesiapa yang hendak mendaki Gunung Fuji harus menyucikan dirinya dulu menggunakan air di 8 kolam di Oshino Hakkai ini.

Oshino Hakkai  (40 min)  

Snowmelt that has sunk into the ground over long years sees daylight again here in the form of pristine fresh water springs. Consisting of 8 springs in total, Oshino Hakkai is a protected natural monument. Enjoy a view of a rural landscape set amidst a backdrop of traditional thatched-roof buildings and Mt. Fuji.

img_0751

img_0787

img_0786img_0785img_0790img_0792img_0795img_0759img_0762img_0761

img_0760

Air nya begitu jernih

img_0763img_0767-1img_0769img_0770img_0771img_0772-1img_0773img_0775img_0776img_0778img_0779img_0780img_0782img_0784

Kenang-kenanganku.

Alhamdulillah. Saya amat bersyukur kerana bisa sampai ke sini. Betapa luas alam maya ini, namun dengan kemudahan pengangkutan modern ia boleh dijangkau dalam beberapa jam. Percayalah, pengalaman menjelajah negara orang adalah kepuasan yang tiada bandingan. Jadi tidak rugi menabung untuk kembara. Melihat dunia luar, bukan melancong untuk membeli-belah. Kepuasan membeli terasa tika kita memegang benda yang kita beli tapi kepuasan merantau, kekal sebagai pengalaman hidup yang menjadikan diri kita lebih berfikiran terbuka, punya wisdom dan toleransi yang tinggi dalam segenap keadaan. Selain itu, jati diri kita juga bertambah gah…. Apakan tidak. Bila kembara kita kena berdikari, harus berani dan pintar adaptasi situasi.

15622369_1840822906189124_930038379753398193_n15672966_1840823136189101_6951070410133843963_n15622035_1840823199522428_32362281549137545_n15672514_1840822866189128_8641814696692586984_n15621979_1840822829522465_4469750148153304499_n15665598_1840823449522403_5213466122146290289_n

Sekitar jam 12PM kami berkumpul semua di bas untuk meneruskan perjalanan ke Fujiyoshida untuk melawat Fuji Sengen Shrine yang dikenali juga sebagai Kitaguchi Hongu Fuji Sengen Jinja yang dibina untuk honour tuhan ataupun Goddess Mt Fuji ~ Konohana Sakuya-hime.

Sudi-sudikan….

15179037_1827195867551828_7999404045174242935_n15171218_1827195977551817_6265915084611702247_n15192626_1827196110885137_8507449356618278931_nimg_0799img_0801img_0807img_0808img_0806img_0803img_0816img_0825img_0826img_0830img_0828img_0827

…..ada sambungan sedikit lagi nanti.

28 Nov 2016

Ohaiyo Gozaimasu!

Pagi ini masih berlindung di bawah langit Shinjuku. Dingin. Kesejukan musim salju makin terasa. Hari ini saya mahu bersarapan lumayan sedikit. Kelmarin semasa dalam lift ternampak iklan ada discount breakfast for tenant. JPY1300/pax. Ah…. okay lah tu. Seperti di Malaysia juga harganya.

Jom breakfast before checkout.

15202681_1826935617577853_2615513960988467557_n

15181487_1826935650911183_764527529221950756_n

Restaurant

15181257_1826935570911191_3135891398973522975_n15178204_1826935574244524_281388384432407921_n15171321_1826935544244527_8148167491951431602_n15203192_1826935517577863_7062187507371954889_n15178256_1826935474244534_7194844939269292775_n15219369_1826935174244564_2805165581803196877_n15202558_1826935160911232_5442202041634039506_n15192538_1826935130911235_6265499399367496327_n15241801_1826935147577900_7560825047092620534_n

Yeahhhh…. as a muslim, banyak boleh makan kat sini. Nom Nom Nom. Makan sepuasnya untuk pengalas perut hari ini. Ah…. but, you can only eats as much… cepat ja kenyangnya. Oh ya, yang bestnya di sini, waiter or waitress yang bertugas di kaunter masuk akan bagi you a piece of paper yang bertulis “reserved/taken” untuk diletakkan di meja yang anda nak duduk. So tak perlulah anda risau “tempat duduk ku diambil orang”. Tak perlu letakkan bag dan sebagainya. Cool kan? very thoughtful.

Kenyang. Naik semula ke bilik untuk ambil bagasi. Checkout dan tinggalkan sementara bagasi di hotel. Front office staffs sangat membantu dan bermuka manis. Ahhh…. Sunroute…kenangan bersama mu takkan terlupakan. Oh ya. Hampir terlupa. Airport Limousine to/from Haneda and Narita stops di hotel ini ya. So jika anda menginap di sini, tidak perlu ribut2 dan susahkan diri mencari mode of transportation ke airport. Mungkin biayanya mahal sedikit but less than JPY3000. Airport Limousine Bus ni flexible sedikit berkenaan jumlah bagasi anda. Keisei Bus murah dalm JPY1000 – JPY1200 tapi hanya boleh bawa 1 bag sahaja. Saya tahu kerana saya mulanya hendak naik bas Keisei tapi bag saya ‘beranak’ masa pulang. KihKihKih.

Hari ini hingga 30 Nov, saya akan menginap di Ryumeikan Hotel pula yang terletak berdekatan dengan Tokyo Station. Mengapa pindah rendah? adalah sebabnya. Nanti cerita di lain posting.

Memandangkan check in jam 3PM, saya pun lengahkan masa untuk ke Tokyo. Untuk ke Tokyo Station, saya akan menaiki JR Yamanote Line juga. Senang. Dari Shinjuku Station ke Tokyo Station ambil masa 30 minit sahaja. Fixed. No Delayed. Jadi misi ku pagi ini adalah mencari di mana letaknya Keio Main Plaza Hotel. Jalan punya jalan berpandukan Mr Google akhirnya jumpa. Dekat dengan Shinjuku Post Office. Paling senang, dari Shinjuku Station, cari West Exit. Keluar…jalan lurus…jika anda ambil jalan betul anda akan lalui bangunan LABI yang besar tu sebelah kiri anda dan di sebelah kanan adalah bangunan Subaru yang unik. Jalan lurus terus…dalam 200 meter or less anda akan berada di Hotel Keio Plaza. Kenapa saya ke sini? ha… kerana esoknya, 29 Nov saya harus ke sini. Jam 7:30am berkumpul di sini (meeting point) untuk Golden Day Tours To Mount Fuji.

Jadi jika saya tahu lebih awal, esoknya tidaklah saya perlu kelam kabut dan hilang punca mencari. Kenapa tak tinggal di Sunroute terus? Jawabnya…. hotel ini pun fully-booked.

Sekitar jam 1PM balik ke Sunroute untuk ambil bag tetapi dalam perjalanan tu banyak sangat kedai makan. Perut tetiba berkeroncong. Time sejuk2 ni, perut cepat saja lapar. Hmmm…makan..tidak…makan…tidak….makan! ha… menang MAKAN. Lols. Maka saya singgah makan pasta disebuah cafe kecil yang mana saya terpaksa menyusur tangga kecil turun ke bawah (underground). Nom Nom Nom lagi.

Fast forward. Dalam train. (Di Shinjuku Station, Gate untuk JR Yamanote Line (Green) ialah 4 dan 5.

Routes : Shinjuku->Shin Okubo->Tanabata->Mejiro->Ikebukuro->Otsuka->Sugamo->Komagome->Tabata->Nishi Nippori->Nippori->Uguisudani->Ueno->Okachimachi->Akihabara->Kanda->Tokyo Station

Perjalanan 30 minit.

Tujuan: Hotel Ryumeikan Hotel Tokyo. How to go-> From Tokyo Station Go To Yaesu North Exit. Walk through the center hallway of Daimaru 1st floor. Keluar dari Yaesu North Entrance/Exit dekat Daimaru tu. Sampai luar turn left dan jalan. Bila nampak traffic light pertama boleh menyeberang jalan dan jalan lurus lagi ke kiri along the main road. Bila Sampai bangunan tinggi CONCEPT dah hampir sampai lah tu. Bangunannya berwarna grey next sebelah angunan coklat dan attached dengan restaurant Rose N Grown. Kaunter check-in di tingkat 15.

Check in mudah. Semua bayaran telah diambil time booking dulu. Kurang sikit beban ahkak. Kenapa tinggal sini? Jawabnya dekat dengan station untuk naik Shinkansen bila ke Osaka nanti.After check in jenjalan sekitar Chiyoda Ku… (area Tokyo lah tu). Nak ke Imperial Palace tapi mungkin saya terlambat. Tutup.

So jom jalan-jalan?

15672957_1839756432962438_2421923969561361654_n

Ryumeikan Hotel

15697743_1839756406295774_3233675659085939051_n

Grey Building

15590009_1839757086295706_582300417712255780_n

Tadaaa..my room

15621803_1839757069629041_400063032185464530_n

Unique

Around Chiyoda Ku

15665960_1839757096295705_5273333780270093044_n

Start bersin dan running nose

15578756_1839757152962366_7414335565634971042_n

15697422_1839756689629079_1301591895560605017_n

after crossing tu Yaesu North Entrance @Tokyo Station

15590544_1839756729629075_738942434460883538_n15589993_1839756976295717_7559904823182331227_n15590181_1839757169629031_2761013948675928889_n

15578916_1839757192962362_1689729745113385260_n

Bangunan2 di Tokyo tersusun cantik dan sedap di pandang

15697490_1839757232962358_5992969723755600070_n

Ada juga pula macam homeless but seldom

15578462_1839757172962364_6350323129421016340_n

Jom lah round dengan saya

15665649_1839757246295690_299944925277074198_n15622052_1839757292962352_7099395985945507419_n15590401_1839757349629013_9045819151671335934_n15542268_1839757509628997_6181643405016960035_n

15590282_1839757476295667_2884704110885932468_n

Cantikkan? Walau mencakar langit tapi terasa tenang

15622090_1839757376295677_8600125016712337166_n15697684_1839757562962325_6592606458633767348_n15665875_1839757382962343_436505688739226320_n15697593_1839757472962334_7374878578140118391_n15590058_1839757566295658_5203184805015699426_n15589777_1839757582962323_722609348941897410_n15621849_1839757622962319_9068074931335497789_n15541363_1839757636295651_7174566040783902210_n15578683_1839757736295641_7033367476025232601_n15541377_1839757586295656_6425395675692038744_n15672753_1839757666295648_7598477943016371376_n

15590493_1839757739628974_2898501846322896112_n

Area Imperial Palace. Tutup Masa Ni

15697656_1839757776295637_4623540224996621298_nimg_0632img_0633img_0634

 

Rehat jap.

From Asakusabashi Station to Shinjuku Station.

Pagi ini checkout seperti biasa jam 11 pagi. Naik train dari Asakusabashi Station dan turun di Akihabara untuk meneruskan perjalanan ke Shinjuku. Di Akihabara station exit untuk ke platform JR Yamanote Line. Kena naik tangga lagi. Orang Sabah cakap “kapus-kapus” sudah.

Malas berfikir, pergi ke platform Yamanote Line 2 for Ueno and Ikebukuro. Why? kerana saya belum pass pergerakan Yamanote Line ini. So terpaksa ikut hentiannya dari station ke station. Walau bagaimanapun, dengan Yamanote Line gerenti tidak akan sesat kerana ia bergerak in full circles (pool lines).

Nak jadikan cerita, maka sampai lah saya ke Shinjuku. Sebuah station yang menggerunkan kerana dikatakan station yang tersibuk di dunia dan mengendalikan sekitar 4 juta penumpang sehari! Jika tidak membuat catatan lebih awal, sudah tentu anda akan tersesat kerana pintu keluarnya banyak ~ East, North, West. Belum lagi masuk beberapa line… seperti JR Lines, Keihan Line, Keisei Line dan sebagainya. Dan Station Shinjuku ini sangat besar. Di dalamnya terdapat shopping mall yang bertingkat2 seperti Pavillion.

So, untuk memastikan anda tidak tersesat, kaji dulu exit mana anda sepatutnya keluar. Contohnya seperti saya. Untuk hari ini, saya akan bermalam di Shinjuku Sunroute Hotel. Hasil kajian, saya perlu cari South East Exit. Jika saya berjaya menemukannya, sebaik exit sebelah kanan adalah kedai Lumine 2 dan di depannya ada jalan raya dan berhadapan dengan JR Station. Untuk menuju ke Sunroute Hotel, turn right dan berjalan dalam 10-20 meter. Bila sampai 1st traffic light, cross the road. Turn right again sampai jumpa lagi traffic light. Di sini jika anda pandang ke arah kiri, anda akan nampak sign bangunan Sunroute Hotel. Ok. Cross the road and turn left…. jalan hingga sampai destinasi.

Wow… Hotel Sunroute ini cantik. Baru terasa macam tinggal di hotel. Lobby nya besar dan punya restaurant yang besar juga. Check-in sekitar jam 11.20AM dan kamarnya tersedia! Wow…. lumayan. Boleh masuk terus. Namun checkout nya esok sama saja jam 11AM. Tapi jika anda mahu jadi member, anda boleh checkout till 1PM. Saya bilang sama cewek yang cantik itu, tidak perlu kerna entah bila lagi saya ke sini lagi. Arigato Gozaimasu!

Biliknya juga lumayan kecil tapi rupanya semakin membaik berbanding dua kamar sebelumnya. Kelihatan lebih mewah begitu. Selepas berehat sebentar, saya terus ke JR Station Building dan pergi ke Customer Service untuk aktifkan 7 Days JR Pass yang telah saya beli sebelum datang ke Jepun (hanya boleh dibeli sebelum mendarat di Jepun. For Tourist Only). Hari ini 28 Nov. Saya start activate JR Pass saya pada 30 Nov – 06 Dec (7 hari) untuk saya gunakan menaiki Shinkansen ke Osaka nanti. (Sepanjang di Kansai Area saya guna kan JR Pass ini untuk menaiki Train dan Shinkansen Unlimited tanpa mengeluarkan sesen pun). Harga 7 Days JR PASS ini dalam MYR1,200++ tetapi amat berbaloi untuk dibeli jika anda merancang perjalanan jauh menaiki Shinkansen seperti dari Tokyo ke Osaka dan sebagainya. Semasa activate, saya juga terus reserved seat agar tidak berebut nanti. Unreserved seat bagi perjalanan dari Tokyo – Osaka ada 5 gerabak (car 1-5) . Jadi sekiranya anda tidak buat seat reservation, bersedialah berbaris antara car 1-5 ya.

Urusan sudah selesai. Destinasi seterusnya untuk hari ini adalah Harajuku dan Shibuya. Di Harajuku, tujuan utama adalah ke Meiji Park and Shrine. Mahu melihat jika masih ada sisa-sisa autumn colors. Lepas itu, singgah sekejap ke Takeshita Dori St yang famous tu. Shopping Street yang sempit sahaja tapi dipenuhi manusia. By the time sampai sini, hujan dah renyai-renyai. Manusia memang ramai. berhimpit-himpit (macam palui).

Lihat dulu gambar2 hari ini. Gambar belum lengkap kerana belum di download.

15192792_1826935664244515_710809635406680385_n

Sunroute Hotel Shinjuku

15181487_1826935650911183_764527529221950756_n

Restaurant

 

Next Route : Shinjuku Station —-> Harajuku Station by JR Yamanote Line

 

15202698_1826129207658494_5632291732655649821_n

Harajuku Station

15241248_1826129154325166_371449479903231479_n

15220190_1826129104325171_3021473715283353865_n-1

Free Hug…. You can hug him if you want

15181518_1826129094325172_5874611514672383353_n

Here I Am

15203183_1826129064325175_5381001048180462972_n15181463_1826129044325177_8670426183547258405_n15202521_1826126587658756_2858044676024283086_n15253642_1826128987658516_4801122338979954834_n15192592_1826129000991848_4989478897102688038_n15171197_1826128970991851_2541650591660937817_n15203364_1826128960991852_905183521204888570_n15219383_1826128927658522_831479190264602242_n14907027_1826128934325188_5784805949010764735_n15232250_1826126614325420_6876736259460118975_n15170883_1826126567658758_2241458949355255064_n15193506_1826126504325431_8824758644420951105_n15202538_1826126487658766_537320354712446927_n15267599_1826126470992101_6667341692561180621_n15230696_1826126447658770_6322612877490049565_n15267849_1826126407658774_893990361215021781_n15171267_1826126384325443_6144227491909919745_n15181232_1826126360992112_6939547423926661707_n15181233_1826126340992114_8800931640713283567_nimg_0607img_0609img_0608img_0613img_0612img_0615img_0614img_0616img_0619img_0620img_0622img_0623img_0624img_0625img_0626img_0627img_0628img_0629img_0630

Begitulah sedikit sebanyak gambaran Meiji Park di Harajuku. Warna autumn masih ada tapi sudah mulai berubah ke musim luruh. Sebaiknya jika mahu melihat ianya berwarna-warni, mungkin minggu kedua di bulan November.

Setelah puas putar2 di sini, decide untuk kembali. Hujan pun dah mula turun. Mahu singgah sekejap ke Takeshita Dori Street, tempat membeli-belah yang jalannya sempit sahaja.

(Tunggu ya gambar nya)

Jam dah pukul 5 petang. Sekarang mahu kembali ke Shinjuku tapi singgah dulu di Shibuya dan kalau sempat ke Yoyogi Park.

Turun di Shibuya Station. Cari Hachiko Exit. Keluar ja dari exit ini, anda akan jumpa The Famous Shibuya Crossing. Ingatkan nak selfie berabis. Malangnya hujan lebat! Orang ramai dengan payung masing-masing.

(Gambar Kemudian)

Orang bilang, kalau mahu melihat telatah orang ramai melintas di Shibuya Crossing ni, pi Starbuck dan duduk kat tingkat satu yang menghadap station. OMG… takde chance. Penuh orang ramai. Ada yang sengaja duduk berlama-lama pada hal minuman dah habis. Kebanyakannya “bule”. Aduh… bagi chance orang lainlah. Mencik tau…..

Angan2 jenjalan lagi di Shibuya tapi hujan lebat. Sempat masuk Zara dan beli satu winter jacket. JPY5000.

Balik Shinjuku. tak sempat singgah ke Yoyogi Park kerana hari dah gelap dan hujan. Di bilik makan onigiri dan canned food dari Malaysia.

Chilli Tuna and chicken curry. Yummy.

 

Hari ketiga menghirup udara segar Jepun. Ahhhh… saya suka negara ini. Sangat bersih. Tak ada satu pun sampah di jalanan atau di mana saja. Tong sampahpun susah nak cari. Teringat di negara sendiri. Tong sampah merata-rata, begitu juga sampah sarap. Apakah yang membezakan kita? Takkan bangsa kita ini bangsa pengotor kurang bersih? Mengapa rakyat negara kita kurang endah tentang perkara basic seperti kebersihan ini? Adakah kerana kurang didikan dari kecil? tak bertanggungjawab? Tepuk dada tanya akal.

15380451_1834096890195059_4184324513565067537_n

Best kan tandas dorang? 

Satu lagi sikap orang2 Jepun  yang saya kagumi adalah disiplin mereka terhadap masa. Mereka ini sangat menepati masa. Teringat insiden masa di Kyoto yang mana saya ambil Day Tour di sana, ada beberapa peserta group yang sering terlewat balik ke bas dalam masa  yang ditetapkan. Terpaksalah dia ke sana ke mari mencari. Terus dia cakap -“lets do it Japanese style, okay?”. Malu weiiiii. Nasib kali ini omputih yang kena.

Paling menang tandas mereka. Serupa juga di Korea. Teknologinya hebat. Kebersihan juga superb. Even di tandas-tandas awam sangat bersih dan tidak pernah kehabisan tisu. Few tissue rolls disediakan dalam tandas. Mungkin kalau di sini ada yang tapau kan? Hi Hi Hi. Tisu tandas di sana tipis sahaja dan buang terus di lubang tandas untuk di-flush dengan najis kita. Bukan dibuang dalam dustbin. BTW, dustbin mereka kecil sahaja.

Alamak…. lari topik ka saya ni? Bukan apa…Tetiba terlintas dalam fikiran. Sebelum lupa, baik saya coretkan saja. Kan?

Okay. Balik topik lagi. Hari ketiga ni saya kena checkout. Hotel ni walaupun nampak tak seberapa hebat, tetapi selalu penuh. Kebanyakan tourists dan agency pelancongan suka book di hotel ini kerana lokasinya. Saya terjumpa seorang pemandu pelancong semasa merendam kaki di hotbath. Katanya, Dormy Inn punya chain hotel memang okay. Checkout ditetapkan jam 11AM. Kalau lambat kena charge. Awalkan? sedangkan check-in start jam 3PM. So sebelum breakfast, saya packed semua barangan, takut nanti ada yang tertinggal.

Hotel di Jepun ni, you paid upfront. So masa checkout you drop key ja. After checkout, saya pun heret bag untuk ke Asakusa Line.

Route : Asakusa Line  Station (opposite Ginza Line Station) ———-> Asakusabashi (Station no 15).

Salah ambil train. Salah platform. Tip : Jangan naik train yang bound for airport. Tak berhenti setiap station. Train yang saya naik tak stop kat hentian no 15 so saya terpaksa turun dihentian seterusnya. Bertanya dengan station officer (beruniform). Saya tunjukkan Asakusabashi sebagai destinasi. Dia suruh pergi ke platform sebelah, dia buat catatan dan  suruh jumpa gate officer. OMG… jangan ulangi kesilapan ini. Tangga tinggi2 beb… seksa angkut bag. Sampai di platform sebelah, jumpa gate keeper, JPY yang ditolak dari Suica Card (salah train) di rebate or saya dibenarkan masuk tanpa membayar. Pengalaman sungguh!

Sampai station 15 (Asakusabashi Station), keluar dari train. Salah exit lagi. Apa lagi jauh heret bag untuk ke Mystays Asakusabashi Hotel. Sampai di hotel, belum boleh check-in kerana seperti biasa, kena tunggu jam 3PM. Tapi barang boleh ditinggalkan.

Destinasi seterusnya : Akihabara. Cari exit untuk ke Akihabara Electric Town. Di sini, free and easy saja. Jenjalan looksie looksie. Syurga bagi penggemar Mangga, Sega, Anime dan Electrical thingy. Saya pula macam lost ni. Satupun character tu saya tak kenal. Lols. Iphone product bersepah. Iphone 7 pun bersepah. Cuma takut berbelanja nanti line of credit habis.

15241825_1825642691040479_1768075614262725860_n15181610_1825642714373810_7775990480694414437_n

15179120_1825642597707155_986992621046990425_n

Looksie only

15230567_1825642667707148_4841997988624732393_n

Banyak X-Rated C’s

15220150_1825642917707123_2745422292473219033_n

Owh…..

15192808_1825642644373817_6821056407887875677_n

15242028_1825642617707153_838664957105042765_n

Relax for coffee

 

15171064_1825732341031514_4215855295817329863_n

Japanese Rice – Family Mart

15170980_1825730554365026_2718301917353857968_n15192608_1825730547698360_8553001376582117130_n

15241166_1825730517698363_3533813556017035195_n

Cooked Without Oil

Ada juga saya masuk ke Cat Cafe tapi mahal tau. Macam tak berbaloi ja. Kucingnya tak banyak. Nanti saya upload gambar.

After penat jenjalan, saya balik hotel. Penat. Singgah beli sayur, udang dan onagiri. Malam ni saya nak masak kerana bilik ada kitchenette. (Seperti gambar di atas). Periuk2 tersembunyi di bawah katil ya…hihihi….jangan gabra macam saya.

Rehat dulu. Kumpulkan ingatan. Update kan soon.

Ohaiyo Gozaimasu!

Pagi ini cuaca di Tokyo kelihatan cerah. Tiada mega kelabu yang menandakan hujan akan turun. Alhamdulillah. Bagaimanapun, payung lipat tetap saya bawa dalam backpack. Mana lah tahu ~ kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Awal pagi bersiap untuk sarapan. Seperti biasa, breakfast time from 6.30am – 10am. Semalam semasa check – in, saya telah pilih Japanese Breakfast Menu untuk alas perut pagi ini. Hidangannya lumayan juga. Sedap.

Program pagi ini hanya jalan-jalan sekitar Asakusa main attraction. People watching and taking (lots of) pictures.

Kaminarimon ~ Nakamise Shopping Street –> dari Kaminari Gate hingga ke ground Sensoji Temple. Tidak jauh dari Dormy Inn. Hanya menyeberang jalan ke Ekimise Station dan seberang jalan lagi, anda akan sampai ke Shin-Nakamise Shopping area. Hari ini Jumaat, tapi awal pagi lagi area ni dah sesak. Kebanyakannya local tourist dan pelajar sekolah. *Sepanjang berada di Jepun selama 2 minggu, di mana-mana students in uniform kelihatan secara berombongan. Bila sampai di Kyoto barulah ku tahu dari guide bahawa semasa ‘shoulder season’, pelajar sekolah diberikan special discount untuk entri ke pusat wisata di sini. Katanya lagi, para pelajar ini menjadi “floor rival” bagi guide2 kerana tersangat ramai.

Jom Tengok Apa Ada Di Asakusa

Saya ke Asakusa 2 kali. Kembali lagi ke sini sebelum meninggalkan Tokyo untuk beli souvenirs. Percayalah, di sini lebih murah dan boleh ditawar. Tapi jangan beli di kedai2 or kiosk terawal…..bergerak lebih jauh dan bandingkan harga. Kalau boleh, beli semua dari satu penjual supaya mendapat diskaun yang baik. BTW, souvenirs di kebanyakan kiosk adalah sama saja so tiada masalah berbuat begitu.

Kalau anda suka ambil gambar kosong ( tiada orang), mungkin boleh datang sebelah malam. Siangnya memang tak dapat. Ramai sekali. Saya pula lain. Saya suka ambil gambar suasana yang meriah. I likes pictures with peoples. Rasanya lebih hidup dan bernyawa. Lebih realistik.

So, lets enjoy….

img_0586

My 1st encounter with Kimono Girl But Not Geisha. Rent-Kimono to walk around only

img_0583img_0585img_0580img_0581img_0582img_0594img_0595img_0589img_0591img_0593img_0600img_0599img_0598img_0597

To be continue..

Keinginan untuk merentasi lautan ke arah matahari terbit telah lama saya impikan untuk melengkapi misi jelajah Asia. Akhirnya, pertengahan tahun ini saya nekad membeli tiket BKI – Tokyo direct apabila iklan MAS Airline lalu-lalang setiap kali saya online. Dan agak murah. Kurang MYR2000. Gotcha…..!

Seperti biasa, bila tiket sudah di tangan maka sibuklah mencari maklumat. Hotel ditempah lebih awal melalui Booking.Com. Pilih yang Free Cancellation. Just secured booking sambil cari lagi akomodasi lain.

15390989_1834096603528421_2501306668353458888_n-1

Setia Bersama MAS Airline ~ Above Tokyo Sky. Landed Soon.

Saya terbang ke Tokyo pada 24 Nov 2016. Asalnya flight saya jam 10:35 pagi tapi seminggu sebelum berangkat telah di-rescheduled ke jam 12:30 pagi. (Adoi.. hati-hati ya. Saya selalu missed flight dengan time begini. Ingatkan PM tau2 AM). Akan mendarat di Terminal 2 Narita Airport sekitar jam 6:30 pagi. Owh awalnya… ke mana kubawa diri ku di kota yang checkin time hotel adalah jam 3PM?

Tidak mahu susahkan diri, dan mahu mencuba bagaimana rasanya tinggal di Capsule Hotel, saya book Capsule Hotel 9Hours Narita. Untuk 5 jam ratenya dalam RM160. Mahu berehat tidur sebelum melanjutkan perjalanan ke Taitu Asakusa Prefecture Tokyo.

Oh ya…penerbangan kami berjalan lancar… tidak ada turbulence dan saya tertidur at least sejam lebih. Untuk flight after 12am, hanya sarapan 2 hours before landing diberikan so makan lah dulu sebelum boarding ya… nanti lapar seperti saya.

15390710_1834097106861704_2663364201965654879_n

Landed Safely

15400319_1834096660195082_8100845551629969389_n-1

Tourists

15420915_1834096596861755_8399860671716937117_n

P2 ~ Arrival T2

15380310_1834096656861749_7016377694123557667_n

How To Find 9H Capsule

15337532_1834097120195036_8422353945344105406_n-2

Just Look For Sign

15326426_1834096753528406_5263582197538745352_n

Walk Straight

15319122_1834096756861739_2909232533376869455_n

Here I Am

15380810_1834096876861727_2626053864593709377_n-1

Given Locker (050)

15380710_1834096983528383_1857618725660191229_n-1

My Bed ~ 050

15355782_1834096976861717_2497150297741225091_n-1

Tadaaaa….

15241946_1834096873528394_4524798275219367506_n

Given Robe

15349692_1834096980195050_5003883313479275587_n

Lets Sleep

5645b094b1f18

Verdict: Pengalaman yang menarik. Saiz tilam lebih kecil dari single bed tapi saya rasa ok lah juga. Dapat tidur. Saya set alarm untuk bangun sekitar jam 1PM. No wake up call provided. Lampu dalam capsule anda boleh dimalapkan atau dimatikan terus. Semua guest mematuhi peraturan untuk tidak bising dan berbual dalam telefon. No phone ringing as well. Male and female section are separated.

Selepas check-out, saya ke kaunter Keisei Line untuk beli tiket ke Asakusa tapi katanya lebih baik beli IC Card. So sayapun beratur di kaunter pembelian. Saya pilih Suica Card yang bernilai JPY5000 (sekitar RM250++) untuk memudahkan pergerakan saya selama di Tokyo (Suica tidak dapat digunakan di Kansai Area). Saya dapati, penggunaan IC Card ini memang memudahkan navigation kerana hanya ‘touch n go’ tak perlu lagi beratur beli tiket dan sebagainya.

Narita T2 —-(Keisei Rapid)—> Ueno Station…(Change To Ginza Line)—> Asakusa (Exit 5)  — turn right and walks straight (50m)—> Dormy Inn Express Asakusa.

Train penuh sesak. Nasib dapat seat. Ramai juga yang berdiri. Sepanjang perjalanan hujan renyai2 tapi ada juga snowflakes.

Video JM Hari Pertama Tiba Di Tokyo

Hi Hi Hi.

Ueno Station adalah last perhentian untuk Keisei Main Rapid Train dari Narita. Sampai di Ueno Station terus turun heret bag dan backpack. Mata melilau cari sign for Ginza Line bound for Asakusa. Agak mengelirukan sign arah entrance nya so tanya officer beruniform. Sumimasen….! ha… magic word untuk dapatkan perhatian. Jangan risau tuan-tuan dan puan-puan, asal tidak malu bertanya, kita tidak akan sesat.

Keluar exit 5 untuk ke hotel (saranan reviews)..OMG… banyak tangga yang harus dilalui. Betul2 cobaan. Kalau tak silap, 3 storey tangga tu. Sila ambil perhatian ya adik-adik. Sengsara tau angkat bag.

15349768_1834125393525542_7216919893424725926_n

Mostly lebih tinggi dari ini

Check-in. Wow… bestnya view dari balcony. Berkilau-kilau cahaya lampu pelbagai warna Tokyo Skytree. Terdapat juga boat yang sedang cruising along Sumida River. Dalam ITI, sepatutnya program after check-in dan refresh adalah jenjalan around Sumida River Bank…tapi alahai sejuknya. Dan dah gelap pada hal baru jam 6PM.

Ambil keputusan untuk rehat saja. Lagi pun penat. ZZZZzzzzzZZZZ.

15319126_1834124046859010_4486270617542775304_n

Free Footbath at flr 10

15327255_1834123563525725_2803388642251590798_n

Nice View Of Tokyo Skytree

15380823_1834138820190866_3653726225463964399_n

Sumida River

Gambar bilik saya tak jumpa lagi. Nanti kalau jumpa saya upload.

Dari sini, saya mengucapkan ‘goodnight’.