Norway In A Nutshell 2017

10 hari saya berada di bumi Norway dan cuba menjelajah sebanyak mungkin yang termampu. Sememangnya lah teramat singkat! Namun saya usahakan yang terbaik kerana Norway ini adalah bumi yang terlalu indah, tapi juga terlalu mahal untuk diulang-lawat jika takde rezeki “jatuh dari langit”. Memangkan? Rata-rata negara Scandinavian ini memang terkenal mahal. Terutama Norway.

Pelancong dari Eropah saja sudah mengeluh, apakan lagi saya dari Malaysia yang saat ini nilai Ringgit sedang tersungkur! Jadi pandai-pandailah mengatur bajet jika berkelana atau holiday di Norway. Pertama, kumpul duit banyak2 sebelum berangkat, atau kedua, bawa makanan banyak-banyak terutama maggi, makanan tin dan sebagainya. Mineral botol air kecil pun RM15++  ooooops! Dalam NOK28-29!

18671020_1921017184836362_6046536495277625466_n

Saat menanti boarding penerbangan dari BKI to KLIA

Biasalah, hari pertama setiap memulakan kembara adalah hari paling excited. Keterujaan tahap maksima. Almaklum, sudah berbulan-bulan merancang dan berangan.

18700217_1921017188169695_3986856666505753209_n

Berjam-jam menunggu di KLIA

Tanggal 09 May (2017) saya bertolak dari Kota Kinabalu menaiki pesawat MH—- terbang ke Kuala Lumpur untuk penerbangan saya ke Kota London; transit sebelum meneruskan perjalanan ke Oslo Norway. Check-through dari BKI – Heathrow T4 untuk memudahkan urusan di airport. Flight dari KK jam 4:30PM. Sampai di KLIA sekitar 7:40PM. Penerbanbgan saya ke London pula jam 11.15PM. Keesokan hari dijangka mendarat sekitar jam 6AM. Selepas tu, harus bergegas lagi ke Heathrow Terminal 2 untuk penerbangan ke Oslo dengan Scandinavian Airlines.

Pendek kata, hampir 24 jam ahkak di lapangan terbang. Itulah downside bila merantau di negara “orang putih”. Flight distance dari  KLIA rata-rata 12 -15 jam. Apa nak kata, kaki dah gatal nak jalan.

18664253_1921017111503036_7294175363925050260_n

Bumi Norway dari atas ~ masih diliputi salji

Pertama kali menaiki SAS. Antara yang termurah dan available. Fare one way from Heathrow to Oslo (beli luggage) dalam pound 80++. Dalam 2 jam penerbangan.

18620409_1921017048169709_3574557481849878134_n

Menunggu NSB Local Train untuk ke Oslo S Station

Dari Oslo Gardaemon Airport ke Oslo Central ambil masa 45 minit. Fare sehala NOK80 (RM50++). Kalau naik bas lagi murah. Masa mula2 tu agak risau kerana saya tak tahu di mana letaknya bas station, itulah ambil keputusan naik train. Eh..eh… rupanya bersebelahan saja dengan train station. So guys and girls my fellow travellers, naik bas saja lah. Jimat up to 20-30 NOK.

Okay. Kembara saya kali ini hanya tertumpu di Norway. Memandangkan negara Norway ini tersangatlah luas, maka biarlah kali ini saya garap in a nutshell sahaja. Perjalanan saya mulakan dari Oslo. Saya berada di sini selama 3 malam. Memandangkan kesuntukan masa, saya beli Oslo City Pass untuk memudahkan navigasi dan menjimatkan kos. Free ride on Hop On Hoff Off dan mana-mana public bus/tram dalam masa 24 jam.

oslo hotel 1

Tempat menginap di Oslo

10-15 minit dari Oslo  Center Train Station sambil tarik bag. Mudah dicari. Mula-mula tanya orang direction. Kemudian cari. Lol. Time saya sampai hujan renyai kemudian semakin lebat. Begitulah Norway. So, unpredictable. The weather.

18620167_1921015581503189_406936895280726136_n

Kamar ku

Sampai di hotel sekitar jam 5PM. Usai urusan check-in, saya naik ke kamar untuk merehatkan diri sebentar. Penat gila. Lagi pun hujan turun tanpa henti. Kamarnya comel saja untuk standard double room (Super Single). Sebelum lupa, hotel ni tidak menyediakan toiletteries ya. Kalau kebetulan menginap di sini, jangan lupa bawa.

Sekitar jam 8PM, saya ke station semula untuk redeem Oslo City Card untuk digunakan keesokan harinya (11 May). Malam masih terang benderang. White Night.

Cerita in details, tunggu entri selanjutnya ya. Posting kali ini hanya lah sekadar summary sahaja.

oslo opera

Mengabadikan selfie di depan Oslo Opera Building

Gambar ini diambil selepas puas keliling Oslo dengan Hop bas.

18622312_1921015504836530_3548883504413116785_n

Perkhidmatan Porter ` Forwarder

I do not dare to asked the prices!

18664235_1921006158170798_2741813332829889339_n

Viking Museum

Antara point of interest yang sempat saya lawati menaiki Hop On Hop Off.

18699959_1921002541504493_1339516230245194459_n

FRAM Museum

Semua yang saya lawati free entrance dengan Oslo City Pass.

Esok harinya, saya ambil keputusan untuk ke Lillehammer dengan bas. Returns tix dalam NOK800. Mahalnyaaaaaaa…… sob..sob. Perjalanan ke sana ambil masa 2 jam. Kalau naik bas tu, jika berpeluang, duduk seat row sebelah kiri. Scenery cantik sangat!

oslo bus station

Jadual berangkat 9:40AM

18620437_1921001061504641_1807349632637635325_n

Officially In Lillehammer

18671150_1921000988171315_2565783934225594433_n

12:45PM Lillihammer ~ Isi perut yang bekeroncong

Oh ya, jika anda nak buat Day Trip saja ke sini, jangan lupa booked terus tix returns nya. Honestly, a day is enough.

18622147_1921000714838009_1676641328480543773_n

Jalan…Jalan… cari Maihaugen Museum

Aduh… katanya dekat…go straight up..two block from the bus station then turn right until you reach Lillehammer Hospital.. then be wise….. look for sign! hihihi.

18671060_1920997001505047_9127972001484872126_n

Late lunch (4PM) while waiting for the bus return.

Jam 5:30PM last bus to Oslo. Kami sampai sekitar jam 8PM lebih. Kerana masih siang, terus jalan-jalan lagi ke Oslo Opera yang tak jauh dari hotel.

opera lg

Tak sorang pun peduli

13th May, saya berangkat ke Bergen dengan Pakej Norway In A Nutshell (RM999). Perjalanan dengan train dari Oslo hingga Flam Station. Kemudian menaiki scenic train ~ The Flamsbana hingga Flam, sebuah daerah kecil yang ketika ini hanya dihuni 400 penduduk. Perjalanan melalui train memang terbaik! anda berpeluang melihat Norway country side yang sangat cantik.

18700153_1920996711505076_2046725264602349604_n

8 jam dalam train from Oslo to Flam

Di dalam train ada disediakan cafe. Jika nak hot drink or light meals. Tip: jika anda beli kopi (30NOK), jangan dibuang cawan nya. Anda bisa re-fill dengan percuma.

18699902_1921053431499404_693798192950061154_n

Flamsbana Station ini sangat cantik…dipenuhi snow

18766122_1921053064832774_6863161610623803981_n

One of the highlight of my Norway Trip. A must!

18765602_1920994614838619_534038012131866461_n

Sampai di Flam. Menunggu Ferry Fjords Cruise

Ramai turis dari China dan United States.

18622455_1920994594838621_1019732719953546804_n (1)

Di dalam ada kedai, tandas, tourist information and cafe’s

18698286_1921036701501077_7477642660522631662_n

3 hours fjord cruise

Memang amazing! keunikan Norway dengan Fjords dan landscape yang sungguh memukau. Ini belum lagi Aurora…tidak berkesempatan mengejarnya.

Apa-apapun, muka ku hangus terbakar gara-gara cruising under the sun.

Sampai di Voss, kami (group NIN) menaiki train untuk ke Bergen. Satu pengalaman semasa di train station. Tetiba nak terkencing. Berlari keluar cari tandas. Aduh! tidak boleh masuk. Nak masuk kena guna kredit card!

Voss Station

Local train.

Dua jam juga untuk sampai ke Bergen (sebutan macam bargain), namun seperti tidak terasa kerana pemandangan yang cantik. Waterfalls di mana-mana sehingga tidak terdaya lagi memotret. Lagi pun susah captured good pictures from a moving train. Kuabadikan saja dalam kenangan. Mata ini, pernah melihat keindahan alam yang luarbiasa. Jika diberi masa, bisa aku duduk menatapnya berjam-jam!

bergen first sight

Bergen sejurus keluar train station

18670867_1920983138173100_14520836080388917_n

Besoknya

18446810_1916101001994647_3899972775905594979_n

Indahnya Bergen tika malam

Saya berada di Bergen 3 malam juga dan berpeluang melawat beberapa POI yang lumayan bagus. Sayangnya cuaca mostly hujan dan sangat sejuk.

18622639_1920975988173815_7597610534525829582_n

Melawat Edvard Grieg Museum ~ The Great Musician

After Bergen, Saya naik bas lagi selama 8 jam ke Alesund. Pemandangannya aduhai…sungguh cantik. Better than Oslo – Bergen (pendapat peribadi). Melalui beberapa fjords, mountains , tunnels dan lautan… Ah… tidaklah saya pintar mengukirnya dengan kata-kata. Sayangnya hujan juga sepanjang perjalanan!

18620181_1920975944840486_1998477059463087018_n

Saya memang sangat mencintai pemandangan alam. Melihat scenery seperti ini, saya seakan berada di alam firdausi.

18620155_1920975654840515_1489434044376201365_n (1)

18664439_1920975718173842_967258551979333949_n

18527562_1916615208609893_8535803092746751396_n

Apa yang saya fikirkan?

4 malam saya berkelana di Alesund. Bandarnya kecil sahaja namun teramat picturesque. Dengan bangunan-bangunan art nou dan harbour within the city. Kebetulan saya berada di sana pada 17 May, Norway menyambut National Day. Saya berpeluang berkongsi keramaian mereka.

18698500_1920972704840810_365289781138779068_n

18664468_1920970841507663_6224252063895040624_n

18622111_1920973064840774_3847200962284912931_n

18699817_1920972654840815_1831795621976570160_n (1)

Tanggal 20 May, tiba masa saya meninggalkan bumi Scandinavian ini. Banyak pengalaman yang saya pelajari di sini dan nanti bakal saya kongsi dalam entri seterusnya. semoga saya diberi kerajinan untuk menulis lagi. Banyak gambar cantik-cantik hendak saya share, mana tahu dapat menarik minat pembaca juga, atau sebagai panduan kepada mereka yang berminat ke sana.

Until then.

Sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Mac bagi tahun 2017. Bermakna tinggal lebih kurang sembilan bulan lagi kita akan mengucapkan kata keramat “Happy New Year 2018”. Itupun jika umur kita panjang…. jika tidak..apa yang kita tinggalkan? Selain amalan yang baik, salah satu yang paling indah untuk diingati adalah kenangan.

Sehingga bulan Mac tahun ini, saya belum lagi pergi ke mana-mana. Terlalu sibuk dengan rutin-rutin harian yang perlu diselesaikan dan lebih penting lagi keadaan kewangan yang amat sukar. Nilai mata wang Ringgit Malaysia benar-benar memendekkan langkah kaki ku. Lagi pula, sepanjang tiga bulan pertama ini saya dikunjungi beberapa orang rakan dari luar negara, jadi kerinduan untuk jenjalan tu terubat sedikit.

Pada posting lalu saya telah ceritakan kisah Gary Woods dari Edinburgh Scotland yang menumpang di rumah ku selama lebih kurang 2 minggu (Couchsurfing). Kali ini pula, saya kongsikan kisah kembara  pasangan dari Brazil iaitu Bruno Miguel dan Victoria Farina. Kisah mereka juga tidak kurang menariknya.

17200871_1878198012451613_3649761082395970741_n

Aku dan Vic

Mereka berdua ini dari Brazil dan memulakan misi kembara ke Asia beberapa bulan yang lalu.Pernah bekerja di bidang pelancongan dan beberapa agency lain sebelum  mengambil keputusan untuk berhenti (sementara) dan memulakan jelajah Asia. Seperti biasa, orang-orang Eropah, America latin dan sebagainya, impian kembara mereka yang pertama adalah untuk jelajah Asia. It’s a big dream for them. Seperti juga halnya dengan kita di Sebelah Asia ~ yang teruja menjejakkan kaki  di benua Eropah, Timur Tengah, Scandinavian, Benua Amerika dan sebagainya.

Pantai Pasir Tengkorak Langkawi

Pasir Pantai Tengkorak Langkawi, Malaysia

What a fun!

Sememangnyalah… perbedaan menjadi tarikan. Beza budaya, norma-norma sosial, agama dan landskap demografi dan sejarah, menjadi tarikan pelancong datang ke suatu tempat. Namun apa yang amat saya kagumi bukan sahaja Bruno, Gary dan Vic, rata-rata traveller dari luar negara ini amat appreciate dan betul-betul menikmati tempat yang mereka lawati. Tidak seperti saya yang terkadang seperti “Touch n Go” sahaja.

Mengapa?  Bagaimana?

Faktor utama adalah masa.

Namun lebih penting dari itu adalah keberanian. Bagi saya, mereka berjiwa tegar. Bukan mudah untuk meninggalkan pekerjaan demi untuk memuaskan keinginan untuk mengembara. Apatah lagi dalam masyarakat kita yang masih tidak dapat menerima “passion” kembara ini sebagai sesuatu yang perlu dipenuhi. Pada mereka, ini kerja palui. Menghabis duit saja.

“Kau ini jalaaaaaaan saja bah… enjoy saja kau tau”.

“Kalau kau mati di mana-mana macam mana?”

Huh..panjang sungguh fikiran. Sampai ada yang menulis artikel yang melarang mengawini perempuan yang suka “travel” atas beberapa sebab yang penulis itu rasa tidak “elok”. Nantilah jika ada masa, saya akan ulas isu itu. Move on baby! Saya tak suka orang yang terlalu sceptical dan suka generalisasi kan semua benda. Relationship itu bagi saya adalah persepakatan dan kepercayaan. Dan yang paling penting understanding.

Jadi apa susah? pilih sahaja pasangan yang punya hobi seperti anda juga. Seperti Bruno and Victoria. Keduanya gemar melancong so boleh melancong bersama-sama.

Kali pertama bertemu ketika saya “pick-up” mereka di KKIA. Menaiki pesawat Airasia dari Singapore, seperti biasa delayed 2 jam. Bruno menghubungi ku melalui Couchsurfing untuk menjadi surfer untuk semalam di rumah ku memandangkan esok paginya mereka sudah ke North Borneo. Kudat. Mereka akan berada di sana ~ Simpang Mengayau ~ selama lebih kurang sebulan untuk jenjalan sambil volunteer di “Tampat Do Aman”.

17203179_1878197969118284_6737562044531758277_n

Satu Malam Saja

17191285_1878197955784952_5260789284777673388_n

Token Of Good Memories

Sebelum ini mereka sudah ke Thailand dan Vietnam sebelum ke Singapura. Di Singapore, mereka menjadi nanny kepada kucing tuan rumah yang pergi melancong, jadi Bruno dan Vic menjaga rumah mereka buat sementara. Best kan jika dapat peluang begitu?

Singapore

Singapore

15894483_1296194683780246_2707338190188020564_n

Marina bay Singapore

Ayuthia Thailand

Ayuthia Thailand

Lopburi Thailand

16427259_1327298410669873_1947201743821093478_n

The Brazilian Skill ~ With Local Kids At Simpang Mengayau

Tips Of Borneo

Simpang Mengayau

16708548_1661478890828323_6353591838654359099_n

16729276_1426340547378105_7896665035565939179_n

Tampat Do Aman, Kudat

15894511_1540894339258361_8485160523631540358_n

16711874_1866415243629890_4393838938868435282_n

Meeting with Bru & Vic again when they came back from Kudat

I take them for dinner at KK Waterfront.

16831132_1582935071720954_5080570196985535100_n

Sungai Kinabatangan ~ Borneo Rainforest

15977767_1539015806112881_3701863357402568612_n

Batu Cave Temple

15894955_1538033712877757_7214509221701187447_n

Penang

Penang Malaysia

Penang National Park

Penang

16729508_1663500780626134_5943264009047650765_n

Kuala Lumpur

Where to ..next dude? Is it Indonesia? Where ever you go next, my prayers are with you. Such a nice people.Beautiful souls and invoke good vibes … a good feelings…such as…no matter who we are…be good to each other…we are just PEOPLE of the earth.

Begitulah perkenalan yang singkat, namun pasti di hati kami tetap tersemat sebagai kenangan terindah.

Well, Bruno… 3 years is a long time to wait..go back faster to Brazil so I can visit you and Vic!

Lots of love. From fellow traveller.

Hmmmmm…. kena serang virus “Kaki Jalan” lagi.

Belum selesai entri jenjalan lama, aku sekarang sibuk lagi buat planning untuk angan2 travel akan datang. Whatever! Ini baru angan2 though…. Tapi dah bermalam-malam tak tidur gara2 buat rujukan tentang travel highlight ku kali ini iaitu JAPAN. Negara matahari terbit yang telah lama kuidam dan impikan.

Mind you, entri ini hanya ruang untuk ku save beberapa fakta dan nota2 penting ku tentang Jepun. Juga website2 penting untuk rujukan.

********************************************************************************

WEBSITE

TRANSPORTATIONS INFO











ACCOMMODATIONS






Sistem tiket yang mereka gunakan adalah konsep ala-ala touch n go yang dipanggil Passmo.  Harga minimum untuk sekeping Passmo adalah RM150 yang mana bakal habis dalam tempoh 2-3 hari. Harga baki passmo ni akan muncul apabila kita tap untuk keluar di setiap station. Jadi kita boleh topup bila-bila kita rasa perlu, Kita juga boleh menulis nama sendiri pada kad Passmo ni ketika menggunakan sistem ini. Memang canggih.

Ok. kepada penggemar kucing tu “catlover” boleh la try masuk Cat Cafe kat area Asakusa ni, sambil-sambil kau minum coffee or else menu di situ kau akan ditemani dengan kucing-kucing yang comel-comel dengan high value ok.Kelakar dia, bila kita orang masuk cafe ni, tiba-tiba waitress dia kat situ bagi kami satu sanitizers untuk cuci tangan, ini bukan sebab takut kita yang akan terjangkit penyakit daripada kucing tu, tapi adalah sebaliknya. That means, owner dia kat situ takut kita yang akan membawa penyakit kepada kucing-kucing di situ. HaHaHa kelakar plak, memang kucing-kucing dia cantik dan bersih ok. Meow 🙂

Lepas ambil bagasi dan melepasi pemeriksaan passport dengan imegresen Jepun, perkara pertama yang perlu korang buat cari kaunter Japan Rail Pass (JR Pass) untuk buat pertukaran JR Pass. Selepas keluar dari pemeriksaan passport, korang terus belok kiri. Nanti nampak kaunter pertukaran JR Pass yang signboard warna merah tu…tunjuk JR Pass sementara yang korang dapat dari Malaysia tu. Kemudian, kami diberi borang untuk diisi dan ditandatangani. Setelah selesai, kami diberi JR Pass yang lain. 



Hmmmmm…. kena serang virus “Kaki Jalan” lagi.

Belum selesai entri jenjalan lama, aku sekarang sibuk lagi buat planning untuk angan2 travel akan datang. Whatever! Ini baru angan2 though…. Tapi dah bermalam-malam tak tidur gara2 buat rujukan tentang travel highlight ku kali ini iaitu JAPAN. Negara matahari terbit yang telah lama kuidam dan impikan.

Mind you, entri ini hanya ruang untuk ku save beberapa fakta dan nota2 penting ku tentang Jepun. Juga website2 penting untuk rujukan.

********************************************************************************

WEBSITE

TRANSPORTATIONS INFO











ACCOMMODATIONS






Sistem tiket yang mereka gunakan adalah konsep ala-ala touch n go yang dipanggil Passmo.  Harga minimum untuk sekeping Passmo adalah RM150 yang mana bakal habis dalam tempoh 2-3 hari. Harga baki passmo ni akan muncul apabila kita tap untuk keluar di setiap station. Jadi kita boleh topup bila-bila kita rasa perlu, Kita juga boleh menulis nama sendiri pada kad Passmo ni ketika menggunakan sistem ini. Memang canggih.

Ok. kepada penggemar kucing tu “catlover” boleh la try masuk Cat Cafe kat area Asakusa ni, sambil-sambil kau minum coffee or else menu di situ kau akan ditemani dengan kucing-kucing yang comel-comel dengan high value ok.Kelakar dia, bila kita orang masuk cafe ni, tiba-tiba waitress dia kat situ bagi kami satu sanitizers untuk cuci tangan, ini bukan sebab takut kita yang akan terjangkit penyakit daripada kucing tu, tapi adalah sebaliknya. That means, owner dia kat situ takut kita yang akan membawa penyakit kepada kucing-kucing di situ. HaHaHa kelakar plak, memang kucing-kucing dia cantik dan bersih ok. Meow 🙂

Lepas ambil bagasi dan melepasi pemeriksaan passport dengan imegresen Jepun, perkara pertama yang perlu korang buat cari kaunter Japan Rail Pass (JR Pass) untuk buat pertukaran JR Pass. Selepas keluar dari pemeriksaan passport, korang terus belok kiri. Nanti nampak kaunter pertukaran JR Pass yang signboard warna merah tu…tunjuk JR Pass sementara yang korang dapat dari Malaysia tu. Kemudian, kami diberi borang untuk diisi dan ditandatangani. Setelah selesai, kami diberi JR Pass yang lain. 



Tahu kah anda bahawa setakat hari ini, passport Malaysia berada di Ranking Ke-5 di dunia dalam Global Power Passport Rank 2017. Sebanyak 154 negara di dunia ini boleh kita lawati tanpa VISA! Cool kah tak cool? Pastilah hebatkan.

Copy Paste Dari Blog Sedunia Travel Thank You!

Menurut passportindex.org Malaysia berkongsi di Ranking ke-5 ini dengan Ireland, Canada dan New Zealand (4 negara).

Ranking pertama diungguli Germany. Satu-satunya negara yang boleh melawat 158 negara tanpa visa. Ranking ke-2 dengan 157 negara dikongsi Sweden dan Singapura. Yang lain2 tu you all check sendiri ya. Link sudah letak atas.

tumblr_inline_ok2ia7uw8q1uu1qrs_1280

tumblr_inline_ok2iafnbt31uu1qrs_1280

tumblr_inline_ok2if2i8kh1uu1qrs_1280

Jadi….. mahu ke mana kita?

Hi kawan-kawan. Apa khabar kalian? diharapkan semuanya baik2. Biasanya, bulan januari adalah bulan istirahat dari melancong. Masa untuk tumpukan kembali pada rutin kerja masing2. Saya juga begitu. Jarang sekali saya ke luar negara yang jauh2 di bulan ini.

Kisah kembara yang lalu juga belum habis saya coretkan di sini. Terkadang amat payah memulakan kata padahal tinggal lagi menceritakan pengalaman. Bukan harus berkarya melalui imaginasi. Gara2 terperangkap dengan virus “writer block” itu, maka kali ini kita santai2 saja dulu. Saya ingin berkongsi pengalaman rakan traveller saya kembara ke benua Asia tanpa perancangan…just go and do whatever interest you.

How I wish I can do the same. I will tell you why he can.

His name is Gary Woods, from Scotland. 25 years of age and has been travelling for the last 7 months. Currently he is in KK since 11 January 2017. Menumpang tinggal di rumah ku sehingga kini walaupun bukan setiap malam kerana dia travel here and there sekitar Sabah. Namun sepanjang beliau berada di Sabah, rumahku lah tempat  dia bermula. Dia memohon untuk menginap di rumahku melalui laman couchsurfing. Kebetulan ada ruang kosong, dan saya dapati dia budak yang baik, saya terima dia. Dalam istilah kami, dia adalah surfer di rumahku dan aku adalah host. Tahun lalu, aku juga pernah jadi surfer di rumah rakan couchsurfing di Zoetermeer Netherlands selama 3 malam.

Menurut Gary, dulu dia bekerja di bidang construction dan memang bercita-cita kembara seluruh dunia sebelum settle down untuk berkeluarga. Good choice! Setelah berjaya mengumpul sejumlah wang, maka tujuh bulan yang lalu dia berhenti kerja. Bermulalah perjalanan beliau yang jauh. Asia adalah destinasi pilihan utama. Terbang dari Edinburgh ke Paris dan kemudiannya ke Thailand. Katanya, beliau tidak pernah merencanakan perjalanannya… dalam istilah kita ~ main redah saja. Jika ia menyukai tempat itu dia akan stay lama…roughly sekitar 2 minggu bagi setiap tempat dan dia akan cuba jelajah setiap point of interest yang berdekatan. Seperti di KK ~ dia telah Island Hopping di TARP dan tidur dalam tent semalaman untuk melihat sunsets dan sunrise. Kemudian ada rakan2 local yang baru dikenali membawanya ke Air Terjun Kionsom. Kelmarin dia menyewa kereta untuk ke Ranau ~ National Park dan Hot Spring ~ dan tidur di sana semalaman. Esok pula dia akan ke utara Sabah menaiki bas selama 3 jam untuk melawat Tips Of Borneo, sebelum meneruskan perjalanan ke Labuan, Sarawak, Brunei dan Indonesia. Dari Bali, dia akan terbang ke Sydney Australia dengan working visa holiday selama setahun. Katanya kerja dulu lagi untuk dapatkan duit sebelum menyambung perjalanan.

Menarik bukan? So adventurous. Bukan semua orang boleh nekad dan berani seperti itu. Hanya wanderlust seperti kami yang memahaminya. Faham apa? the needs to see the world!

So far, Gary telah jelajah Paris -> Thailand -> Vietnam -> Cambodia -> Myanmar -> Philippine -> Hong Kong -> Taiwan -> Taipei -> Japan -> Malaysia -> Singapore … and still counting!!!

Aku tanya pada Gary, kira2 selama 7 bulan kembara ini sudah berapa wang yang habis dibelanjakan. Katanya dalam 9 ribu pounds. Kalian convert sendiri ya. Mode of travel ~ bajet. Backpackers hostel dan couchsurfing. Makan pula ala kadar ~ mostly street foods.

Good job and good luck mate.  Such a nice man too. Very respectful and polite. Hopefully, one fine day our path crossed again.

14519678_1309277279103531_8861687258493688621_n

14522922_1299084163457489_880803160510250719_n

Hong Kong

14908202_1328768343822404_2848098479337043043_n

El Nido Philippines

14956539_1328768467155725_5420879171440292512_n

With Locals

15094291_1342309419134963_1091863692405229860_n

15179223_1498592793487704_5603445572513351028_n

Dengan cewek2 Taipei

15202614_1350510528314852_2186036238588744424_n

15242015_1360217767344128_3494511027106140806_n

Odaiba Japan

15589660_1379949142037657_531854844934409262_n

KLCC Kuala Lumpur

15741147_10207602266321283_4134810077128255500_n

Cameron Highlands

15873400_1405526876146550_7099114185539136849_n

Sentosa Island Singapore

15940370_1406926849339886_8492381154987781152_n

Penang

15940570_1406927219339849_2210900746330924943_n

Malacca Malaysia

15940571_1405526676146570_1561546304823504809_n

Singapore

15965368_1406926599339911_6933386474821439687_n

Langkawi Island Malaysia

15965552_1412006088831962_1266991137544872834_n

Tunku Abdul Rahman Park (Sabah)

 

15965768_1412006138831957_862004881367086652_n

Tunku Abdul Rahman Park (Sabah)

15966164_1412006198831951_6744653844517718100_n

15977766_1406926462673258_450604405446315753_n

Langkawi Beach

16002891_1412006335498604_874953285618274384_n

Harap cerita Gary memberikan inspirasi kepada anda.

Secara berkala, aku akan ceritakan pengalaman kembara rakan2 yang sempat singgah di teratakku. Mereka semua punya cerita yang menarik dan tersendiri.

Next -> Bruno Miguel & Victoria from Brazil.

My Dream Cruise….2017

My dream’s so expensive. Whopping MYR15,988 !!!

But Oh! My!

Jika ada rezeki, teringin sekali untuk menyertai cruise ini. Ada sesiapa yang berminat join? Ini pakej tour dari Reliance Cruise World. Saya berminat…tapi lihat bajet dulu. Lagipun belum ada kawan. Biasanya kalau ikut pakej, kalau sorang2 ada extra charge! Tak best nya….

Reliance Cruise

r2

r1

r3

r4

r5

Oh….kalau datang gila ku….hmmm kalau datang lah. Kalau tak, masih boleh kontrol. Tapi bestnya. Kalau lah tetiba ada rezeki jatuh dari langit, I akan booked terus!

Travel With Me?

P.S I Love You 

Tahun Baru adalah masa paling sesuai untuk kita menilai dan menyimpulkan perjalanan hidup kita di sepanjang tahun yang ditinggalkan. Sesuai dengan tajuk, di sini saya tidak bermaksud untuk sums up semua perihal hidup saya sepanjang 2016. Apa yang hendak saya tulis hanyalah perspektif perjalanan atau kembara saya sepanjang tahun. Sedikit terlambat tapi masih di bulan Januari…bha!

2016 bagi saya diwarnai dengan kembara yang memberangsangkan. Walaupun saya tidak berpeluang globe trekking seperti beberapa rakan traveller yang embark on journey for months or even years for travelling purposes ~ tetapi saya masih merasa bertuah kerana dalam kesuntukan masa itu sekurang-kurangnya saya dapat merantau di negara orang dan sedikit sebanyak mendapat pengalaman yang menarik.

Negara dilawati : France, Netherlands, Switzerland, Monaco, London, Cambodia, Thailand, China, Japan.

Ada negara yang dilawati berulang, cuma di city yang berbeza.

Jom flashback.

Januari 2016

’tis me in January.

!!!!!!!!!!! ??????? Jiwa Kacau Beb! You see? I don’t know what I’m doing!!!! My mind being corrupted with too many junk. No wonder I’m lost. Okay. I’m talking to myself. I will find my way out. HOW ABOUT YOU?

Selalunya, Januari bagi saya adalah masa untuk recharged. Dari segi tenaga dan kewangan. Kena start menabung  kembali untuk kembara seterusnya. Kalau ada keluar kota pun hanya domestic travel sahaja. KK – KL – KK. Begitu lah rutinku. Lagi pun awal tahun ini sehingga bulan April saya tidak dapat ke mana-mana kerana hal-hal tertentu.

blogger-image-82210032

Santai2 Saja

blogger-image-811779025

Teppanyaki Pavillion

blogger-image-1673042657

Absolute Thai Ikano

blogger-image-1299831452

KLCC

blogger-image-2007477118

Bukit Bintang

Mostly itulah rutin jika di KL. Kebetulan sambutan Chinese New Year, jadi banyak jalan-jalan cuci mata.

Januari, permulaan yang baik tapi banyak ongkos keluar.

February 2016

Sepanjang bulan february tidak ke mana-mana.

March 2017

BKI – KUL – BKI.

Short trip ke Melaka by road.

eyeemfiltered1458767257536

Malacca Riverside

beautyplus_20160323021837_save

Rumah Merah

April 2017

Yeaah. Bulan ini yang telah lama saya nanti kerana hendak mengunjungi Keukenhof Garden, taman bunga tulip terbesar di dunia dan hanya dibuka pada tarikh-tarikh tertentu di musim semi (biasanya late March to middle of May every year). Keukenhof Garden terletak di Lisse Holland. April juga menjadi titik mula saya menggunakan aplikasi Couchsurfing (travel komuniti) sebagai satu cara travel  ~ menjadi surfer ~ menginap di rumah rakan CS (host), pengalaman menghadiri Weekly CS Meeting saya yang pertama di Leiden, Meet-Up dengan rakan CS di Nice Cote d’Azur dan sebagainya.

Saya akan menulis tentang Couchsurfing secara khusus di entri akan datang. Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah, platform ini memang sangat baik pada traveller untuk berjimat-cermat dan mengenali penduduk local dengan lebih baik.

Negara yang saya lawati bulan ini adalah:

Transit London

  1. Netherlands ~ Lisse, Leiden, Zoetermeer, The Hague and Delft
  2. France ~ Nice Cote d’Azur, Cannes, Eze, Antibes, Annecy
  3. Switzerland ~ Geneva
  4. Monaco

Jom lihat gambar2 kenangan kembara bulan April saya. Random ya.

Keukenhof Garden, Holland

21st April 2016 Thursday.
An affair with heart and souls. It is. I’ve been longing to be here – to see the fields  and islands of tulips since – I can’t even remembered when. But… I’ve been writing about these since last year (2015)  Look here ~ JayneSaidin link 

Kembara Musim Bunga Eropah : Day 3 Keukenhof Garden Holland

Kembara Musim Bunga Eropah : Day 3 Keukenhof Garden Holland

Kembara Musim Bunga Eropah : Day 3 Keukenhof Garden Holland

13164200_1196523703713570_8964729078838850374_n

Delft

dbb11-20160422_135846eef7e-20160422_134321

The Hague

7337b-20160422_125154

My Host ~ Milan and his co-worker

Nice Cote d’Azur

f3bbc-20160424_162814

Promenade de Anglais

Kembara Musim Bunga Eropah ~ Day 5 Amsterdam ~ Nice Cote d'Azur

Cours Saleya, Nice with Johanna (Italian Friend)

Kembara Musim Bunga Eropah ~ Day 4 The Hague and Delft

In Delft Holland

4a01d-20160422_112227

The Hague

40c89-20160422_112427

The Hague

Kembara Musim Bunga Eropah : Day 3 Keukenhof Garden Holland

My Host House in Zoetermeer Holland

Kembara Musim Bunga Eropah ~ Day 5 Amsterdam ~ Nice Cote d'Azur

Meet Up With CS Friend Johanna – Indian Restaurant, Nice.

Geneva

c9424-20160428_112858

Hotel Montbrillant Lobby

a7811-20160422_105428

My Host Milan, guiding me ~ The Hague and Delft

Annecy France

JM To Annecy France

Lake Annecy

Opps..suddenly in Nice again!

Kembara Musim Bunga Eropah ~ Day 5 Amsterdam ~ Nice Cote d'Azur

 

Kembara Musim Bunga Eropah ~ Day 4 The Hague and Delft

Bikin Bingung ~ di Hague lagi

Kembara Musim Bunga Eropah : Day 3 Keukenhof Garden Holland

Keukenhof Garden

fdd66-20160528_085643

Lake Annecy

From Geneva To Annecy

Semasa berada di Nice, saya juga mengambil Day Trip Tour ke Eze dan Monaco. Nice -> Eze -> Monaco

Monaco ini negara kedua terkecil di dunia selepas Vatican City. Setiap ceruk negara (hihihi) dilitupi CCTV. So, awas ya…. jangan macam-macam.Monaco juga terkenal sebagai pusat wisata yang tinggi kos hidupnya. Serba-serbi mahal.

20160425_094833

20160425_095028

OTW to Monaco, singgah sebentar di Eze

20160425_111318

Touring Monaco

20160425_115149

 

 

May 2016 

Recuperating at home state….. Bulan ini tidak travel ke mana-mana kerana baru sahaja sampai dari Europe pada tanggal 02 May. Aktiviti cuma jalan-jalan di KDCA semasa sambutan Pesta Menuai @ Harvest Festival pada 30-31 May.

June 2016

KK – KL – Bali – KK – KL

Ada tamu dari luar negara. Ke Bali lagi. Seperti biasa, aktivitas utama kalau lagi liburan di Bali adalah makan Bebek Crispy. Lepas itu tour ke Ubud, Batu Bulan (Barong Dance), Uluwatu (Kecak Dance) dan memanjakan diri di Spa yang lumayan murah.

Julai 2016

KK – KL – Siem Reap – KL – KK

Memandangkan cuti raya masih berbaki, kami pakat-pakat ke Siem Reap untuk melawat Angkor Wat yang terkenal itu. Saya dapati, barangan yang dijual di sini agak mahal kerana menggunakan USD sebagai currency jual beli. Kalau naik Tuk Tuk, dikira perkepala. Kami berlima jadi sekali jalan USD5.

Meskipun terkenal sebagai pusat wisata terkenal dan banyak dikunjungi turis, tempat ini masih mundur terutama sekali di luar bandarnya.

Jejak Siem Reap 6 ~ Day 3 Part 1 ~ Tonle Sap Boat Ride

Tonle Sap

Jejak Siem Reap 6 ~ Day 3 Part 1 ~ Tonle Sap Boat Ride

Tonle Sap River Cruise

Jejak Siem Reap 6 ~ Day 3 Part 1 ~ Tonle Sap Boat Ride

Crocodile Farm

Jejak Siem Reap 6 ~ Day 3 Part 1 ~ Tonle Sap Boat Ride

Tonle Sap Floating Village

92d05-13731692_1763797143891701_1307776148440077319_n

 

6e1a3-13697289_1250951354937471_70869151727674312_n

August 2016

Family Trip ke Beijing bersama Poto Travel (26 Ogos – 2 September). Berangkat dari KL dengan Cathay Pacific Airlines dan transit di Hong Kong.

Seperti biasa, dengan organized trip kita tak perlu memikirkan tentang ITI perjalanan kita tetapi saya tidak merasa enjoyed sebagaimana bila saya kembara sendiri. Mungkin ada info lebih dari tour guide tapi semua itu dapat saya perolehi dari internet. Tapi itu pendapat saya sahaja. Mungkin orang lain suka travel cara ini. Semasa di Beijing, rasanya masa lebih banyak di habiskan melawat ke Government Shop yang dikatakan diwajibkan kepada semua pelawat yang menggunakan khidmat travel agency.

Paling saya tak suka, di Beijing ini terlalu banyak scam. Jadi sebelum ke Beijing tolong (must do) buat rujukan dahulu di internet. Tulis sahaja “Beijing Scam” akan keluar bermacam-macam kisah pengunjung yang tertipu. Malahan Government Shop yang kononnya disahkan ‘authentic’ kononnya juga sebenarnya……  cuba google sendiri.

Apa2pun, saya seronok juga dapat memijak dan menaiki tangga The Great Wall Of China, Summer Palace dan Forbidden City. Sedikit sebanyak, kita dapat melihat sejarah peradaban negara China yang beribu tahun itu.

 

September 2016

Only flying to and fro  KK -> KL dan tiba2 pula ke Bangkok!

Astaga…. tiba2 di Bangkok?

Perjalanan tak dirancang. Only out of boredom. Terbang ke Bangkok dengan Thai Airways KL-Bangkok RM500++ returns. 3D2N trip. Tinggal Di Ibis Hotel Bangkok yang bersebelahan saja dengan Nasional Stadium (BTS) Station.

14484616_1309404215758851_7071912448947514466_n

Chao Phraya River

 

Oktober 2016

My travel take a breather.

November 2016

Japan. Terbang ke Narita pada 24th November.

Sebelum ke sini, yang paling aku gerun adalah transportation nya yang dikatakan amat maju tapi complicated. Maka sepanjang 6 bulan aku study benda ni.

Punya lengkap info saya cari ni

15390710_1834097106861704_2663364201965654879_n

Landed Safely

15319122_1834096756861739_2909232533376869455_n

Here I Am

Asakusa

Kisah nya di sini.

img_0581

Sensoji Temple Asakusa

img_0586

Around Kaminarimon Street

15355782_1834096976861717_2497150297741225091_n-1

Tadaaaa…. Capsule Hotel Bed

Meiji Park and Shrine

15267599_1826126470992101_6667341692561180621_n

15181518_1826129094325172_5874611514672383353_n

Here I Am

15241248_1826129154325166_371449479903231479_n

Harajuku Station

15220190_1826129104325171_3021473715283353865_n-1

Tokyo

Kisah Di Tokyo

15665875_1839757382962343_436505688739226320_n

15541377_1839757586295656_6425395675692038744_n

Day Trip To Mount Fuji

15179037_1827195867551828_7999404045174242935_n

Kisah Perjalanan

img_0785

The Pond

img_0775

img_0769

Osaka

Jom baca

15193681_1829330094005072_823632438667900828_n-1

Osaka Castle and I

15203235_1829327867338628_7836540447066586383_n-1

Finally

img_0947

Dotonbori Namba

img_6042

img_6051

15267612_1828365434101538_5493113040041359589_n

Glico Man

Akihabara

Kisahnya

15220150_1825642917707123_2745422292473219033_n

Owh…..

15179120_1825642597707155_986992621046990425_n

Looksie only

15181610_1825642714373810_7775990480694414437_n

Miyajima Island

img_0997

By Ferry From Hiroshima

img_1018

The Famous Torii Gate

img_1021

 

img_1011

img_1008

Tame Deer

15284147_1829701590634589_8670944756748587524_n

Private Onsen

15202711_1829701707301244_1700820518471524687_n

 

Nara

 

img_1275

img_1271

img_1237

img_1255

img_1240

img_1243

img_1233

img_1206

Kyoto

img_1130-1

Kinkakuji The Golden Pavillion

img_1126-1

img_1285

Taken in Gion

img_0950

In Arashiyama

North Borneo Kudat ~ Family Reunion. New Year.

 

Alhamdulillah. 2016 merupakan antara tahun paling adventurous dalam hidupku. Semoga tahun ini (2017), akan tercapai impian kembara ku seperti yang ku nukilkan di sini.

 

 

My Bucket List.

(Dream)

Kerana bermimpi dan menginginkan sesuatu adalah gratis, malahan mungkin bisa mendorong kita untuk bekerja lebih keras untuk merealisasikan impian maka saya jadi terikut-ikut dengan para travellers tersohor menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 travel destination pilihan ku untuk 2017. Sama ada bisa menjadi kenyataan atau tidak, semuanya terserah pada kuasa Allah. Jika di-izinkan maka jadi. Jika sebaliknya, maka ia akan tetap jadi mimpi dan harapan. Mungkin juga bisa di bring forward ke tahun mendatang jika ajal belum sampai.

Ntahlah. Kalau ikut Fengshui, Rooster tahun ini tidak bersahabat dengan Horses. Diramalkan bisa2 kerugian besar jika tidak hati2. Tapi apa yang pasti, tahun ini memang sudah ternampak gawat. Bukan saja dari segi ekonomi, kelestarian sosial juga mungkin tergugat. Itu kerana politik tidak mantap! Beginilah bila musim pemilihan pimpinan negara bakal menjelang tiba.

Jadi tahun ini ke mana kita?

Bavarian Alps, Germany. Negara ini kurang mendapat tempat di hati para vacationeer yang lebih gemar liburan di pusat wisata membeli-belah seperti kota London, Paris dan Italy. Tetapi bagi saya, ini adalah pilihan pertama saya jika diharuskan memilih. Tempat ini amat terkenal dengan nuansa alam yang sangat indah dan istana megah yang berinspirasikan  Disney Land seperti Neuschwanstein Castle dan juga lake yang cantik2. Kali ini saya tertarik melawat Mittenwald. Saya pernah menjejakkan kaki di Bavarian Alps sekitar 2013 tetapi masa terlalu singkat.

Mittenwald is a beautiful Alpine town with a population of 7,000 people in the state of Bavaria Germany, near the border with Austria. It is one of those places sprung out of a fairytale, with scenic narrow streets and colorful buildings. The town is known as the Village of a Thousand Violins because it has a great tradition of violin making. In the 17th century, Klotz family began producing fine strings instruments. By the 19th century, violins were so popular in Europe, that each family in Mittenwald was somehow involved in the process of making or selling them.

Many regard Mittenwald Germany as the most beautiful town in the Bavarian Alps, on the route to Innsbruck, Austria. Despite beauty of this town it is also famous for challenging walks, many area ski runs become hiking trails in summer. The tourist office has details of excellent hiking and cycling routes. Tourist also visit the local violin museum because this town is famous for the manufacture of fine string instruments. The town has a railway station on the Munich-Innsbruck railway. Deutsche Bahn operates hourly trains to Munich and two-hourly trains to Innsbruck. The train journey to Innsbruck from Mittenwald is a spectacularly scenic trip, not to be missed.

Saya memang suka scenery alam dan seni bina lama berbanding modern skyscraper.
mittenwald-8
6a00d834549efb69e200e54f239dfb8834-800wi

12

Alangkah indahnya…

mittenwald-germany-1

Image By: Spvgg Hengstfeld

mittenwald-germany

Jiwa yang tua ini memang mengimpikan suasana tenang dan sedap mata memandang.

Pilihan kedua adalah NORWAY (not necessarily in these sequence). Saya telah lama mengimpikan untuk memijak bumi Norway dan sekitar bulan May 2017 ~ inshaallah impian ku akan jadi kenyataan jika tiada aral melintang. Semoga umurku dipanjangkan ya Allah.  Bergen, Tromso, Stavanger,Sognefjord…. to name a few. I knew it will be a hard job to make a choice!

Here’s why.

Lofoten Islands Norway

Lofoten islands is an archipelago group of islands and a traditional district in the county of Nordland, Norway. These Islands lie between the 67th and the 68th parallel north, along a west- southwest , 200 km from Vesterålen. The archipelago has a total area of 1,227 km2. The population of the archipelago stood at around 25 000 inhabitants living mainly from fishing and tourism today. The Lofoten archipelago consists of many islands like: Hinnøya, Austvågøy, Gimsøy, Vestvågøy, Flakstadøy, Moskenesøya, Værøy, Røst and several other smaller islands. The main cities are Leknes and Svolvær.

Lofoten Islands Norway are said to be one of the most beautiful island archipelagos in the world. The archipelago is known for its exceptional natural beauty, the picturesque mountains and peaks, open sea and sheltered bays, beaches and untouched lands with red cottages and fishing. Lofoten has a very high quantity of sea eagles and millions of other sea birds with colorful puffin. For travelers who visit norway the Lofoten Islands are a stunning place to visit because the beauty of this place is simply staggering.

lofoten-islandslofoten-norway

Sognefjord

sognefjord-sognefjorden-norway-1

sognefjord-sognefjorden-norway-5

Huhuhu…. Can’t wait to feasts my eyes with these beautiful scenery!

RUSSIA. Rakan mencadangkan pergi bulan Oktober. Ikut travel agency. Saya memang teruja tinggal lagi melihat budget… di poket.

Russia, the world’s largest nation, borders European and Asian countries as well as the Pacific and Arctic oceans. Its landscape ranges from tundra and forests to subtropical beaches. It’s famous for Moscow’s Bolshoi and St. Petersburg’s Mariinsky ballet companies. St. Petersburg, founded by Russian leader Peter the Great, has the baroque Winter Palace, now housing part of the State Hermitage Museum’s art collection.
Banyak sebab saya ingin ke Russia. Terutamanya St.Petersburg. Salah satunya pastilah kerana panoramanya yang indah.
vladimirskiy-cathedral-in-st-petersburg
russia_ss1
images-11
spb_collage_2014-3
Hmmmmm… kenapa senarainya cuma 3? Katanya 10?
Pokoknya memang itu saja maksimal termampu. Jika termampu.
Angan2 selebihnya berikut ini.
4. New Zealand
5. Finland
6. Aruba (from Netherlands)
7. Balkans Again ~ Bosnia, Croatia and Serbia
8. Slovenia
9. Denmark
10. Sweden
Semoga impian kembara ini bisa menginspirasikan.
Ini sahaja hidup yang saya ada. Menghabiskan sisa usia melihat dunia.
Masih banyak yang hendakku coretkan tetapi aku kehabisan kata.

For You ~Song Interlude

When I was young ….. ah… that was a very long time ago