Aku Mahu Ke East USA (2018)

Salam buat kekasih ..ops… pengunjung blog JM.

Begitu lama aku tidak mencemar duli (hahahaha) di sini, Bukan takde cerita tapi terlampau lah malas + sibuk = no entri baru. Malahan banyak travel story yang aku janji nak updates pun tidak terlaksana. Maafkan hamba ya.

Tapi memang pun, tahun ini, perjalananku terbatas tidak seperti tahun2 lalu yang terkadang dalam setahun 3-4 kali merantau jauh. Selain tak cukup duit; masa juga jadi penghalang. Bermula sekitar Nov 2017 lalu, aku diperkenalkan dengan  satu perniagaan Network Marketing bernama SWISDERM. Produknya sangat bagus” Terbukti  selepas aku sendiri  menggunakannya. Hilang masalah pigmentation ku yang teruk gara2 terpanah matahari tika aku mengada-ngada snorkeling, jenjalan dibawah sinaran mentari dan selebihnya tersalah ambil produk yang tinggi kandungan kimia nya….

4C6CE474-F815-41B7-8B07-449E992A3A02

Before & After

Hahaha… tetiba aku rajin jualan produk!

Tahu kenapa? Selain jadi cantik dan kulit menjadi kembali muda dari usia,  biznis plan perniagaan SWISDERM ini juga adalah terbaik. Pelbagai bonus ditawarkan yang boleh menjadikan hobi kakijalan saya ni dapat direalisasikan tanpa pecah tabung. Malahan dalam masa 10 bulan santai2 berniaga produk skincare ni, saya dah dapat 3 kali travel percuma 4H3M : Pattaya, Bali dan Ho Chi Minh. Macam tak GRAND kan? Tapi PERCUMA bah!

 

Ok…. dah bosan kan? saja2 nak beriklan bah darling… manalah tahu ada yang tetiba jatuh simpati kan? Wahahahaha.

Alright. Stop iklan! Sekarang kembali ke pangkal cerita iaitu plan aku nak ke USA. Pada mulanya aku merancang untuk meneruskan jelajah negara-negara Scandinavia iaitu Denmark dan Sweden. Malahan aku dah buat pun posting tentang keghairahan aku nak ke sana di blog sebelah ku jaynesaidin.com tetapi bila aku check-check harga tiket ke Europe rata-rata RM3400++, aku terus KIV niat suci aku tu.

Setelah termangu lama mengenang nasib, tetiba dapat idea. Why Not sebelum terlalu tua, aku gelandangan ke New York dan kawasan2 sewaktunya? Kebetulan umur US Visa ku masih ada beberapa purnama sebelum menghembuskan nafas terakhir hahahaha. Betapa girang hatiku mendapat galang ganti yang lebih baik (pada fikiranku).

Yang sebenarnya, kos ke US lebih mahal tapi memandangkan distances juga jauh, aku pura2 redho. Pada fikiran ku, kalau bukan sekarang bila lagi? Bila badan sudah lenguh2, pandangan matapun semakin kabur, kenikmatan melancong itu semakin kurang. Sedangkan aku mahu menikmati setiap langkah kaki dan pandangan yang tebentang di depan mata.

Aku mahu menikmat New York yang katanya Tidak Pernah Tidur. Dan keluyuran di Brooklyn dan Bronx. Menikmati kelainan budaya di China Town sambil pretending to  be rich di 5th Ave Manhattan. Meskipun tiada temujanji dengan selingkuhan di Empire State ~ aku ingin juga merasakan romantismenya. Jalan2 di Central Park juga menjadi impian, sebelum meneruskan langkahan ke Times Square yang dikatakan over-rated itu.

Senarainya panjang.

Selepas itu menaiki train ke Philadelphia sebelum melanjutkan perjalanan ke Washington DC. Tentulah di DC tumpuan utama adalah White House dan memorial Abraham Lincoln, President America yang sangat ku kagumi atas usahanya menghapuskan perhambaan di negara uncle sam itu. Great Respect Sir!

Dari DC, aku berangan lagi – untuk rent a car. kerana aku berhajat nak ke Niagara Falls. Untuk ke sana, boleh fly, bus mahupun train. Tapi aku  mahu menikmati RoadTrip Amerika. Aku dah kaji routenya tidaklah sesusah ujian memandu ku dulu. Yang susahnya pilih route yang mana kerana semua ada keunikannya yang tersendiri. Antara DC dan Niagara ambil masa 8-9 jam driving itupun tertakluk kepada keadaan cuaca.

Antara DC dan Niagara, aku bercadang untuk bermalam di Gettysburg PA. Di sini banyak kesan sejarah awal Amerika seperti medan pertempuran Gettysburg semasa perang civil Amerika antara South dan North. Keesokan harinya, akan meneruskan perjalanan ke Buffalo. Ada beberapa point of interest yang boleh disinggahi seperti Corning, Finger Lake dan Watkin Glen, tapi itu semua tertakluk faktor masa. Lagi pun, inikan angan2?

Sampai di Buffallo, meneruskan perjalanan ke Niagara Falls US Side. Di sini macam2 aku teringin nak buat. Nantilah bila dah jadi kenyataan, aku cerita lagi.

Dari Niagara, nak singgah Buffalo lagi. Tempat ini cantik dan wajar dilawati. Selepas itu, meneruskan perjalan ke Boston. Mungkin singgah di Syarcuse atau Rochester untuk menginap. Di Boston nantilah difikirkan apa aktivitinya. Mungkin perkara pertama menikamati makanan Malaysia yang ada di sana. Roti canai beb!

Dari Boston balik ke New York. Mungkin singgah selfie2 di Connecticut sebelum meneruskan kembara ke NYC untuk bersantai beberapa hari sebelum aku pulang ke dunia sebenarku.

New York tunggu aku! Jangan Tidur Dulu!

 

Much 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: