Russia And Finland Day 1-2 (2017)

Tanggal 07 Julai 2017 bersamaan hari Jumaat, kami peserta Group Perjalanan Berkumpulan POTO tujuan Moscow – Helsinki berkumpul di KLIA Aras 5 Kaunter F12 untuk tujuan check-in in group dan penyerahan dokumen oleh wakil POTO (tour leader) i.e passport, resit insurance dan sebagainya. Penerbangan dengan Turkish Airlines (TK61) yang dijangka terbang pada jam 11:25PM waktu Malaysia (lol). Diarahkan berkumpul jam 8:30PM tapi ada juga yang terlewat kerana traffic jem. Ahaha… biasa lah kota metropolitan seperti KL, tambahan pula hari Jumaat…….

Saya antara yang terawal sampai. Bukan tak sabar nak tunggu tapi dah takde arah nak dituju. Saya dah sampai dari semalam (06 Julai) dan mabit singgah menginap di Tune Hotel KLIA 2. Flight asal saya dari BKI – KUL yang telah lama saya beli (Malindo) sebenarnya adalah 07 Julai dan sampai sekitar 4:30PM tetapi last minute saya ambi flight baru (MAS) kerana takut berlaku delay penerbangan (banyak berlaku time ni)… dan saya terlepas nak ke Moscow lah pula…. kannnnnn. So, saya fly dari KK on 06 Julai dan sampai KLIA sekitar jam 12AM (dah masuk 07 Julai juga). Jadi, transit kat Tune Hotel KLIA 2 satu malam dan esoknya ambil pakej 8 jam extra (8am-4PM). Kerana konon2nya saya check-in around 11am, maka saya dibenarkan checkout jam 7PM.

Itulah sebab kenapa saya awal menunggu.

BKI -KUL

Menunggu Flight BKI – KUL

Sementara menunggu untuk ke KLIA, saya JJCM di KLIA 2. Kononnya nak makan puas-puas makanan Malaysia.

Bibik Heritage Restaurant KLIA 2

Makan Laksa Kat Bibik Heritage KLIA 2. Tak Seberapa Sedap.

Ready For Moscow

Dalam Teksi Ke KLIA 1

KLIA check in for Moscow

Urusan Check-In Sedang Berlangsung

Group ini ada 34 orang termasuk tour leader (Raja Rafidah @Fyda). Ramai juga kan? Semuanya couple plus anak dan hanya kami 3 orang solo (Kak Ton, Kak Aisyah dan saya). Dalam group ni saya kenal 2 orang ( Hj Abdul Malik dan isteri Hajjah Salbiah) yang sama-sama ke US dulu. Dia lah yang ajak I join group ke Russia ni. Yang lain2 semua tak kenal tapi mereka kenal antara satu sama lain kerana dah sering travel bersama… Subhanallah…kagum saya! Meski pun dah agak lebih sikit usia tapi semangat mereka untuk kembara melihat dunia luar, mengagumi keagungan Allah SWT begitu luarbiasa!

Iya lah… selagi kita sihat dan berkemampuan, eloklah travel. Bukan sahaja menyenangkan hati tapi dapat meluaskan pandangan. Menjelajah bumi tuhan, mencari kelainan dan pengalaman. Hanya “mereka” yang kaki travel faham ini …..

jayne best-travel-quotes

Addicted To Globetrotting

Nak ringkaskan cerita, urusan di KLIA semua lancar dan kami selamat sampai ke Istanbul Ataturk International airport  (transit ke Moscow) seperti yang dirancang.

3 jam transit, sempat juga …..

Jom minum Teh (Cay) Turkey….. hai… mahalnya minum kat airport (2 euro). Di luar sana 2 lira ja!

beli spek

Hati Tak Tahan… Terbeli

Jeng Jeng Jeng…. macam berkenaan sangat

ist-msc

Penyelamat Mata Sembab

TERBELI.

Ok… abaikan.

Landed di Vnukovo International Airport sekitar jam 2PM setelah lebih kurang 4 jam penerbangan. Airport ini adalah salah satu airport di Moscow ( Yang lain⇒ Domodedovo International Airport and Sheremetyevo International Airport). Jauh juga nak menapak dari Gate Exit ke Custom Control. Geng travel lain singgah kat WC so saya teruskan perjalanan menuju imigressen. Masa tu ruang masih kosong, so saya tanya petugas wanita di bahagian Russian Citizen Custom Control di mana nak dapat borang immigration yang perlu diisi. Tapi perempuan tu buat dunno jer… Paling2 dia tunjuk arah (somewhere)… so I balik berbaris di line kaunter lain. Tetiba dia panggil. Tanda isyarat sahaja (tak boleh cakap english rasanya). Dia minta passport. Oh… dia nak tolong proses my entrance to Moscow wahahaha… Tetiba kan? bila masa saya jadi Russian Citizen? Syukur…syukur… Urusan Custom Check saya selesai cepat.

Sebelum proceed ke baggage claim, saya tunggu kawan sesama group untuk inform saya nak turun dulu supaya mereka tak tercari-cari.

Lama juga tunggu. Geng tak muncul2. Risau juga ntah mereka ke mana… tapi bags mereka masih di atas runaway belt.

Landing In Moscow
The Moskovitz ~  Akhirnya Berpijak Di Bumi Russia

Urusan di Custom Check agak lama. Di Russia ni sangat strict dan teliti. First time nampak passport di scan sana sini. Setiap sudut Buku Passport diteropong. Sebab? Saya pun tak tak tahu. Masa di US dulu tak lah se-teliti begitu pemeriksaan passport. Nasib baik saya Moskowitz celup…. lols…hahahahaha.

Kami pun exit. Tapi masih ada lagi yang belum keluar. Lama juga tunggu. Rupa-rupanya beg salah seorang ahli group tertinggal (lagi) di KL….. astagfirullah… cobaan…. inilah resam perjalanan. Justeru itu kita kena bersedia bawa at least persalinan untuk sehari dalam hand luggage agar kesulitan seperti ini dapat di-minimize effect nya.

nikolai - moscow 1st guide

Mr Nikolai ~ Sabar Menanti

Sementara menunggu yang lain, kami sempat beli simcard Russia berharga €6 with unlimited internet.

Begitu begini, akhirnya selesai urusan dan naik bas untuk makan tengah hari (percuma). Kata guide, kalau sempat boleh city tour kerana bas untuk hari ini disewa hingga jam 4PM sahaja.

Wah…. macam tak percaya saya kini berada di bumi Russia. Seperti yang saya kata dulu, banyak sebab mengapa saya ingin sangat menjejakkan kaki ke bumi Russia ini. Salah satu faktor utama nya adalah, bumi ini lah pengamal agama Christian Orthodox (agama samawi) yang masih utuh sekarang ini (I’m learning eschatology).

Hari pertama kaki menjejak bumi Russia (Sabtu, 08 Julai 2017) disambut dengan cuaca mendung dan hujan. Biasanya, saya akan mengambil gambar persekitaran dari bas tapi kali ini hampa. Oleh kerana masa suntuk, kami terus dibawa ke restauran Uzbekistan di bandar Moscow untuk lunch (well its actually almost for dinner).

lunch

From Left – Kak Zaiton, Me, Hj Saimy and Wife Salina

Lunching in Moscow

After Lunch

geng msc

Waiting For The Bus

Oppsss… lupa nama restaurant

check-in

Fyda (Tour Leader) Checking Us In at Hotel Moscow Holiday

msc grp

Sabar Menanti Meski Letih 

grp1msc

Some Of The Group

grp2msc

Masing2 Buat Hal

mschotel

Lobby

msc hotel room

Our Room ~ Shared With Kak Zaiton

After getting the room key, it was officially the ends of Day 2. Meski pun kami sampai sekitar jam 5PM ++ dan masih terang (white night), kami tidak dapat pergi kemana-mana lagi kerana:-

  • Sudah terlalu penat
  • Mengantuk
  • Kedudukan hotel jauh dari pusat bandar dan Metro Line
  • Cuaca – hujan
  • Belum tahu navigasi bandar Moscow.

Selepas menunaikan solat dan un-packed, kami dengan Kak Zaiton pun tidur. Saat itu, tidur adalah nikmat yang tidak dapat diungkapkan.

By 3am the next day, dunia Moscow sudah terang benderang. Solat subuh jam 3:30am. Selepas itu, boleh sambung tidur lagi.

Adiossss…. jumpa di entri seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: