Norway In A Nutshell 2017

10 hari saya berada di bumi Norway dan cuba menjelajah sebanyak mungkin yang termampu. Sememangnya lah teramat singkat! Namun saya usahakan yang terbaik kerana Norway ini adalah bumi yang terlalu indah, tapi juga terlalu mahal untuk diulang-lawat jika takde rezeki “jatuh dari langit”. Memangkan? Rata-rata negara Scandinavian ini memang terkenal mahal. Terutama Norway.
Pelancong dari Eropah saja sudah mengeluh, apakan lagi saya dari Malaysia yang saat ini nilai Ringgit sedang tersungkur! Jadi pandai-pandailah mengatur bajet jika berkelana atau holiday di Norway. Pertama, kumpul duit banyak2 sebelum berangkat, atau kedua, bawa makanan banyak-banyak terutama maggi, makanan tin dan sebagainya. Mineral botol air kecil pun RM15++ ooooops! Dalam NOK28-29!

Saat menanti boarding penerbangan dari BKI to KLIA
Biasalah, hari pertama setiap memulakan kembara adalah hari paling excited. Keterujaan tahap maksima. Almaklum, sudah berbulan-bulan merancang dan berangan.

Berjam-jam menunggu di KLIA
Tanggal 09 May (2017) saya bertolak dari Kota Kinabalu menaiki pesawat MH—- terbang ke Kuala Lumpur untuk penerbangan saya ke Kota London; transit sebelum meneruskan perjalanan ke Oslo Norway. Check-through dari BKI – Heathrow T4 untuk memudahkan urusan di airport. Flight dari KK jam 4:30PM. Sampai di KLIA sekitar 7:40PM. Penerbanbgan saya ke London pula jam 11.15PM. Keesokan hari dijangka mendarat sekitar jam 6AM. Selepas tu, harus bergegas lagi ke Heathrow Terminal 2 untuk penerbangan ke Oslo dengan Scandinavian Airlines.
Pendek kata, hampir 24 jam ahkak di lapangan terbang. Itulah downside bila merantau di negara “orang putih”. Flight distance dari KLIA rata-rata 12 -15 jam. Apa nak kata, kaki dah gatal nak jalan.

Bumi Norway dari atas ~ masih diliputi salji
Pertama kali menaiki SAS. Antara yang termurah dan available. Fare one way from Heathrow to Oslo (beli luggage) dalam pound 80++. Dalam 2 jam penerbangan.

Menunggu NSB Local Train untuk ke Oslo S Station
Dari Oslo Gardaemon Airport ke Oslo Central ambil masa 45 minit. Fare sehala NOK80 (RM50++). Kalau naik bas lagi murah. Masa mula2 tu agak risau kerana saya tak tahu di mana letaknya bas station, itulah ambil keputusan naik train. Eh..eh… rupanya bersebelahan saja dengan train station. So guys and girls my fellow travellers, naik bas saja lah. Jimat up to 20-30 NOK.
Okay. Kembara saya kali ini hanya tertumpu di Norway. Memandangkan negara Norway ini tersangatlah luas, maka biarlah kali ini saya garap in a nutshell sahaja. Perjalanan saya mulakan dari Oslo. Saya berada di sini selama 3 malam. Memandangkan kesuntukan masa, saya beli Oslo City Pass untuk memudahkan navigasi dan menjimatkan kos. Free ride on Hop On Hoff Off dan mana-mana public bus/tram dalam masa 24 jam.

Tempat menginap di Oslo
10-15 minit dari Oslo Center Train Station sambil tarik bag. Mudah dicari. Mula-mula tanya orang direction. Kemudian cari. Lol. Time saya sampai hujan renyai kemudian semakin lebat. Begitulah Norway. So, unpredictable. The weather.

Kamar ku
Sampai di hotel sekitar jam 5PM. Usai urusan check-in, saya naik ke kamar untuk merehatkan diri sebentar. Penat gila. Lagi pun hujan turun tanpa henti. Kamarnya comel saja untuk standard double room (Super Single). Sebelum lupa, hotel ni tidak menyediakan toiletteries ya. Kalau kebetulan menginap di sini, jangan lupa bawa.
Sekitar jam 8PM, saya ke station semula untuk redeem Oslo City Card untuk digunakan keesokan harinya (11 May). Malam masih terang benderang. White Night.
Cerita in details, tunggu entri selanjutnya ya. Posting kali ini hanya lah sekadar summary sahaja.

Mengabadikan selfie di depan Oslo Opera Building
Gambar ini diambil selepas puas keliling Oslo dengan Hop bas.

Perkhidmatan Porter ` Forwarder
I do not dare to asked the prices!

Viking Museum
Antara point of interest yang sempat saya lawati menaiki Hop On Hop Off.

FRAM Museum
Semua yang saya lawati free entrance dengan Oslo City Pass.
Esok harinya, saya ambil keputusan untuk ke Lillehammer dengan bas. Returns tix dalam NOK800. Mahalnyaaaaaaa…… sob..sob. Perjalanan ke sana ambil masa 2 jam. Kalau naik bas tu, jika berpeluang, duduk seat row sebelah kiri. Scenery cantik sangat!

Jadual berangkat 9:40AM

Officially In Lillehammer

12:45PM Lillihammer ~ Isi perut yang bekeroncong
Oh ya, jika anda nak buat Day Trip saja ke sini, jangan lupa booked terus tix returns nya. Honestly, a day is enough.

Jalan…Jalan… cari Maihaugen Museum
Aduh… katanya dekat…go straight up..two block from the bus station then turn right until you reach Lillehammer Hospital.. then be wise….. look for sign! hihihi.

Late lunch (4PM) while waiting for the bus return.
Jam 5:30PM last bus to Oslo. Kami sampai sekitar jam 8PM lebih. Kerana masih siang, terus jalan-jalan lagi ke Oslo Opera yang tak jauh dari hotel.

Tak sorang pun peduli
13th May, saya berangkat ke Bergen dengan Pakej Norway In A Nutshell (RM999). Perjalanan dengan train dari Oslo hingga Flam Station. Kemudian menaiki scenic train ~ The Flamsbana hingga Flam, sebuah daerah kecil yang ketika ini hanya dihuni 400 penduduk. Perjalanan melalui train memang terbaik! anda berpeluang melihat Norway country side yang sangat cantik.

8 jam dalam train from Oslo to Flam
Di dalam train ada disediakan cafe. Jika nak hot drink or light meals. Tip: jika anda beli kopi (30NOK), jangan dibuang cawan nya. Anda bisa re-fill dengan percuma.

Flamsbana Station ini sangat cantik…dipenuhi snow

One of the highlight of my Norway Trip. A must!

Sampai di Flam. Menunggu Ferry Fjords Cruise
Ramai turis dari China dan United States.

Di dalam ada kedai, tandas, tourist information and cafe’s

3 hours fjord cruise
Memang amazing! keunikan Norway dengan Fjords dan landscape yang sungguh memukau. Ini belum lagi Aurora…tidak berkesempatan mengejarnya.
Apa-apapun, muka ku hangus terbakar gara-gara cruising under the sun.
Sampai di Voss, kami (group NIN) menaiki train untuk ke Bergen. Satu pengalaman semasa di train station. Tetiba nak terkencing. Berlari keluar cari tandas. Aduh! tidak boleh masuk. Nak masuk kena guna kredit card!

Local train.
Dua jam juga untuk sampai ke Bergen (sebutan macam bargain), namun seperti tidak terasa kerana pemandangan yang cantik. Waterfalls di mana-mana sehingga tidak terdaya lagi memotret. Lagi pun susah captured good pictures from a moving train. Kuabadikan saja dalam kenangan. Mata ini, pernah melihat keindahan alam yang luarbiasa. Jika diberi masa, bisa aku duduk menatapnya berjam-jam!

Bergen sejurus keluar train station

Besoknya

Indahnya Bergen tika malam
Saya berada di Bergen 3 malam juga dan berpeluang melawat beberapa POI yang lumayan bagus. Sayangnya cuaca mostly hujan dan sangat sejuk.

Melawat Edvard Grieg Museum ~ The Great Musician
After Bergen, Saya naik bas lagi selama 8 jam ke Alesund. Pemandangannya aduhai…sungguh cantik. Better than Oslo – Bergen (pendapat peribadi). Melalui beberapa fjords, mountains , tunnels dan lautan… Ah… tidaklah saya pintar mengukirnya dengan kata-kata. Sayangnya hujan juga sepanjang perjalanan!
Saya memang sangat mencintai pemandangan alam. Melihat scenery seperti ini, saya seakan berada di alam firdausi.

Apa yang saya fikirkan?
4 malam saya berkelana di Alesund. Bandarnya kecil sahaja namun teramat picturesque. Dengan bangunan-bangunan art nou dan harbour within the city. Kebetulan saya berada di sana pada 17 May, Norway menyambut National Day. Saya berpeluang berkongsi keramaian mereka.
Tanggal 20 May, tiba masa saya meninggalkan bumi Scandinavian ini. Banyak pengalaman yang saya pelajari di sini dan nanti bakal saya kongsi dalam entri seterusnya. semoga saya diberi kerajinan untuk menulis lagi. Banyak gambar cantik-cantik hendak saya share, mana tahu dapat menarik minat pembaca juga, atau sebagai panduan kepada mereka yang berminat ke sana.
Until then.
Pingback: Persediaan Ke Russia ~ July 2017 | JAUH MERANTAU
Pingback: Oslo Norway 2017 | JAUH MERANTAU
Terbaikk
Seronok baca
Alhamdulillah
LikeLike
Terima kasih
LikeLike
Teme kasih atas memori yg dikongsi..jadi teringin bagat nak pegi..
LikeLike
sedang merancang untuk ke Nordic. mencari tour yang dikelolakan Malaysian di sana. masih belum mendapat positive results… pengalaman anda membuat saya lebih teruja..
LikeLike
Terima kasih…. saya memilih untuk rancang semua sendiri..Kalau nak lawat banyak tempat sekitar Oslo City berbaloi ambil 1 Day Olo Tix tu…
LikeLike
beli tiket bas melalui online ke? Boleh share info?
LikeLike
ya boleh beli online atau bayar dengan bas driver saja nanti pun boleh
LikeLike