My Friend Travel Story ~ Gary Woods
Hi kawan-kawan. Apa khabar kalian? diharapkan semuanya baik2. Biasanya, bulan januari adalah bulan istirahat dari melancong. Masa untuk tumpukan kembali pada rutin kerja masing2. Saya juga begitu. Jarang sekali saya ke luar negara yang jauh2 di bulan ini.
Kisah kembara yang lalu juga belum habis saya coretkan di sini. Terkadang amat payah memulakan kata padahal tinggal lagi menceritakan pengalaman. Bukan harus berkarya melalui imaginasi. Gara2 terperangkap dengan virus “writer block” itu, maka kali ini kita santai2 saja dulu. Saya ingin berkongsi pengalaman rakan traveller saya kembara ke benua Asia tanpa perancangan…just go and do whatever interest you.
How I wish I can do the same. I will tell you why he can.
His name is Gary Woods, from Scotland. 25 years of age and has been travelling for the last 7 months. Currently he is in KK since 11 January 2017. Menumpang tinggal di rumah ku sehingga kini walaupun bukan setiap malam kerana dia travel here and there sekitar Sabah. Namun sepanjang beliau berada di Sabah, rumahku lah tempat dia bermula. Dia memohon untuk menginap di rumahku melalui laman couchsurfing. Kebetulan ada ruang kosong, dan saya dapati dia budak yang baik, saya terima dia. Dalam istilah kami, dia adalah surfer di rumahku dan aku adalah host. Tahun lalu, aku juga pernah jadi surfer di rumah rakan couchsurfing di Zoetermeer Netherlands selama 3 malam.
Menurut Gary, dulu dia bekerja di bidang construction dan memang bercita-cita kembara seluruh dunia sebelum settle down untuk berkeluarga. Good choice! Setelah berjaya mengumpul sejumlah wang, maka tujuh bulan yang lalu dia berhenti kerja. Bermulalah perjalanan beliau yang jauh. Asia adalah destinasi pilihan utama. Terbang dari Edinburgh ke Paris dan kemudiannya ke Thailand. Katanya, beliau tidak pernah merencanakan perjalanannya… dalam istilah kita ~ main redah saja. Jika ia menyukai tempat itu dia akan stay lama…roughly sekitar 2 minggu bagi setiap tempat dan dia akan cuba jelajah setiap point of interest yang berdekatan. Seperti di KK ~ dia telah Island Hopping di TARP dan tidur dalam tent semalaman untuk melihat sunsets dan sunrise. Kemudian ada rakan2 local yang baru dikenali membawanya ke Air Terjun Kionsom. Kelmarin dia menyewa kereta untuk ke Ranau ~ National Park dan Hot Spring ~ dan tidur di sana semalaman. Esok pula dia akan ke utara Sabah menaiki bas selama 3 jam untuk melawat Tips Of Borneo, sebelum meneruskan perjalanan ke Labuan, Sarawak, Brunei dan Indonesia. Dari Bali, dia akan terbang ke Sydney Australia dengan working visa holiday selama setahun. Katanya kerja dulu lagi untuk dapatkan duit sebelum menyambung perjalanan.
Menarik bukan? So adventurous. Bukan semua orang boleh nekad dan berani seperti itu. Hanya wanderlust seperti kami yang memahaminya. Faham apa? the needs to see the world!
So far, Gary telah jelajah Paris -> Thailand -> Vietnam -> Cambodia -> Myanmar -> Philippine -> Hong Kong -> Taiwan -> Taipei -> Japan -> Malaysia -> Singapore … and still counting!!!
Aku tanya pada Gary, kira2 selama 7 bulan kembara ini sudah berapa wang yang habis dibelanjakan. Katanya dalam 9 ribu pounds. Kalian convert sendiri ya. Mode of travel ~ bajet. Backpackers hostel dan couchsurfing. Makan pula ala kadar ~ mostly street foods.
Good job and good luck mate. Such a nice man too. Very respectful and polite. Hopefully, one fine day our path crossed again.

Hong Kong

El Nido Philippines

With Locals

Dengan cewek2 Taipei

Odaiba Japan

KLCC Kuala Lumpur

Cameron Highlands

Sentosa Island Singapore

Penang

Malacca Malaysia

Singapore

Langkawi Island Malaysia

Tunku Abdul Rahman Park (Sabah)

Tunku Abdul Rahman Park (Sabah)

Langkawi Beach
Harap cerita Gary memberikan inspirasi kepada anda.
Secara berkala, aku akan ceritakan pengalaman kembara rakan2 yang sempat singgah di teratakku. Mereka semua punya cerita yang menarik dan tersendiri.
Next -> Bruno Miguel & Victoria from Brazil.
Recent Comments