Happy New Year 2017

Tuesday, 03 January 2017.
Belated wishes.
Nah. Bagaimana tahun baru anda? Sudah tentu macam2 reactions. Ada yang gembira, ada yang sedikit dukacita dan mungkin ada juga yang tak rasa apa2. Bagi saya, mungkin ada rasa terkilan juga, namun terubat dengan keberadaan bersama keluarga. Buat pertama kalinya, kami berjaya buat family reunion walaupun tidak semua adik-beradik dapat berkumpul. Ada yang masih dalam pantang. Ada yang missing in action. Ada yang ada komitmen sendiri.
Setahun (2016) berlalu, bermakna usia meningkat lagi. Ahhhh….. biarlah. Lets age gracefully. Syukurlah. Bukan semua sempat merasai tua. Semoga saja, bukan hanya angka yang meningkat tapi akal merudum. Semoga, hati tidak banyak meminta. Rasa tidak perlu merintih. Tapi….. kaki ku ini biarlah terus melangkah dan melangkah.. sejauhmana pun. Mata ini biarlah luas terbuka. Aku ingin melihat bukan hanya dengan mata ku yang semakin kabur tetapi juga dengan intuisi rasa.

Gambar 01.01.2017

First Selfie on 1st Jan 2017
♥♥♥
Untuk acara reunion hujung tahun 2016 ~ kami memilih Kudat sebagai lokasi. Tinggal di North Borneo Biostation. Tidak jauh dari Pantai Bak Bak Kudat. Tempatnya agak tersorok dalam hutan….well…. itulah kelebihannya. Tempat untuk relax dan lari dari bunyi hiruk-pikuk kota yang dicemari bunyi macam2. Di sini, hanya kedengaran deruan ombak dan bunyi cengkerik serta dentuman air hujan.

30th Dec 2016 ~ Ready To Go. 3 hours drive from KK

Reach Kudat ~ Rumah Rehat Kerajaan. Under Repurbishment

The Chalet at North Borneo Biostation Kudat

My Chalet ~ Facing Seaview

Good Night ~ Peaceful Sleep
Day 1 – Walks around at the beach
Angan2 mandi tak kesampaian kerana hujan
Sabtu, 31 December. Paginya pergi ke Simpang Mengayau ~ Tips Of Borneo. Kira2 21KM dari Biostation.
Pastu ke pekan Kudat beli ikan dan chicken wings untuk BBQ malam nanti.
Acara malam: BBQ dan bual2 smbil main Sahiba dan ular2. No contdown. 98% guests di sini dari Europe. Resort ini dimiliki orang Russia.

Rehat sekejap

Setup dining table
Jom bakar-membakar

Maklumlah dalam hutan. Lipan pun ada. Hampir2 ikut ter-BBQ hihi
Gambar2 resort nanti di-upadte.
Wink2.
Pingback: My 2017 Travel Perspective - ADVENTUROUS JAYNE