Japan Day 8 Part 1~ Osaka Castle

Osaka, Khamis 01 December 2016.
Pagi ini aku berjaya bemalas-malas. Tidak perlu bersiap terlalu awal kerana program ku santai sahaja. Putar-putar sekitar Osaka-shi. Sarapan pagi dihantar sekitar jam 8:30 pagi (pada hal minta jam 9am). Hmmmm.. memang ironi betul. Time buat research dulu bukan main lagi baca macam2. Rancang macam2. Sampai buat tentatif day to day punya itineraries tapi bila sudah sampai ke destinasi, hanya 50% sahaja dipatuhi. Selebihnya tinggal kenangan. Ada beberapa faktor penyebab.
- Kekangan Masa. Time buat ITI kita tidak dapat menjangka masa yang perlu kita luangkan di tempat2 yang kita pilih
- Pilihan. Bila sampai destinasi baru kita tahu benda-benda menarik yang boleh kita redah. So, bye2 ITI.
Okay lah. Merapu pula. Bagaimanapun, ITI itu sangat penting untuk dijadikan panduan, apatah lagi kalau tiba-tiba tersesat di hujung jalan. Lols.
Posting Aku Tentang Osaka Dulu time gigih nak cari info. Terima kasih lah Mr Google dan Ms Yahoo banyak tolong aku hingga tak cukup tidur terpaksa gentayangan di alam maya. Paling banyak membantu adalah blog2 otai Jepun seperti Kaki Berangan Janggel Trekking dan lain2. Thank You for sharing pengalaman korang kembara di Jepun. Much appreciated.
Aku pula kalau pasal menulis pengalaman ni kurang cun. Macam tiada idea. Kekadang lama termangu memikirkan kata2 yang sesuai.
So kawan2 ~ untuk pagi ini saya set untuk ke Osaka Castle dan sebelah petang pula ke Dotonbori di Chuo Ward. Seperti biasa, sebelum ke station saya check the best direction untuk ke sana. Pastilah menggunakan JR Train sahaja kerana percuma dengan JR Pass di tangan. Ke mana pun, berapa kali pun. Lagi pun, menggunakan JR Lines ni mudah. Tak payah bingung2. Hihihi. Pssssssttt…. pada hal kelmarin semasa nak ke USS Osaka, salah2 juga naik train… hahahahaha. Bingung!
Nanti saya cerita lagi ya. Jom tengok gambar2 dulu. Tiada kata2 yang dapat menceritakan tentang sesuatu berbanding gambar.

Tak Sempat Sewa Kimono ~ So Dalam Kartun Pun Jadilah
Routes : Osaka Station JR Line —-> Osakajo-Koen Station
Dari Osakjo-Koen Station anda kena berjalan dalam 15 minit untuk sampai ke ground Osaka Castle. Just follow the sign. Anda tidak akan sesat. Jauh juga lah sebenarnya nak menapak tu, I’m lucky time ni cuaca sejuk dan sedap mata memandang warna-warna autumn yg menawan. Kalau jalan ala marathon mesti cepat sampai. Tapi aku jalan lenggang2 kangkung sambil memotret. Semuanya ternampak indah. Cuma aku tidak punya skill photography. Kamera juga tidak canggih. Di rumah sebenarnya ada few kamera…DSLR pun ada… tetapi malas bawa. Berat. So, berbekalkan Iphone dan Samsung Note 7 opps 5……. lihatlah. Biar gambar berbicara.

Burung Yang Jinak dan Kaki Ku

La La La… terror tak aku selfie dengan monopod

Osaka Castle and I

Finally
…eeee… rehat jap.
Ok sambung.
Setelah 15 minit berjalan maka dari kejauhan terlihatlah puncak Istana Osaka yang tersergam megah di atas bukit. Sungguh gah sekali ditambah lagi dikelilingi canal (sungai) dan daun-daun “koyo” berwarna-warni. Aku yang sungguh teruja tak habis-habis menggambar ~ padahal objek yang dipotret itu—–> itu2 saja. Aduhai. Adakah aku ter”golong” jakun? Hmmmmm…. kalau iya maka ramai jemaah ku. Semua pengunjung buat perkara yang sama. Ntah di mana kedudukan saf ku. Hahahahaha. Rata2 pengunjung berwajah Asia. Satu sifat orang Jepun yang harus dipuji adalah semangat patriotik mereka. Dari budak sekolah sampai orang tua ~ merekalah pengunjung utama pusat wisata yang saya lawati. Mereka amat menghargai dan bangga dengan sejarah dan monumen2 tinggalan zaman lampau. Mungkin itulah yang menjadikan jatidiri orang Jepun ini amat kuat. Kalau adapun berwajah Pan Asean, di rambut saja lah seperti aku. Alamak…. mesti ramai kondem rambut karatz I kan? takpe lah…buatlah apa yang buat kamu happy ya. Mengutuk dibenarkan dalam hati saja tau?
Memilih untuk masuk ke istana… so kena bayar.
Osaka Castle is a Japanese castle in Chūō-ku, Osaka, Japan. The castle is one of Japan’s most famous landmarks and it played a major role in the unification of Japan during the sixteenth century of the Azuchi-Momoyama period.
Note: Semua Gambar adalah milik jauhmerantau.com

Peraturan Untuk Dilanggar
Views From 8th Floor Of Osaka Castle. Untuk Naik ada lift tetapi untuk turun kena guna tangga hingga ke tingkat 2. Bayaran masuk dalam JPY600.
Setelah puas round2 di dalam dan sekitar istana, saya pun perlahan-lahan balik semula ke Station Osakajo-Koen untuk melanjutkan perjalanan ke destinasi seterusnya untuk hari ini. Tunggu Part 2 ya.
Recent Comments