Japan Day 7 ~ Tokyo To Osaka

Tokyo, Rabu ~ 30th Nov 2016.
Pagi ini saya akan melanjutkan kembara Jepun ke Kansai Region. Tokyo dan Osaka adalah pusat kegiatan ekonomi di Jepun. Both cities are industrial and the center of business. Ada beberapa cara untuk ke Osaka dari Tokyo.
Jika anda ingin sampai dengan cepat, maka anda boleh memilih flight yang mengambil masa 1 jam 30 minit. Penerbangan Tambang Murah ~ Peach and Jetstar menawarkan perkhidmatan ini dari Tokyo Narita Airport (NRT) dan Kansai International Airport (KIX).
Roughly, tambangnya seperti berikut.
Fares (one way) (all taxes/surcharges included)
Peach – Weekday fares from 4,490 yen. Weekend fares up to 6,840 yen.
Jetstar – Weekday fares from 4,070 – 5,570 yen. Weekend fares 4,670 – 9,670 yen.
Cara kedua ialah dengan menaiki Bullet Train (Shinkansen). Dan bagi saya, cara ini paling mudah dan menyenangkan. Masa perjalanan sekitar 2 jam 30 minit sahaja
Tambang Shinkansen
Fares (Tokyo Station to Shin-Osaka Station)
Unreserved seat – 13,620 yen -> from Car 1 -5
Reserved seat – 14,250 yen -> reserved seat if travelling during pre/post work rush time
Green seat – 19,230 yen -> if you have money to burnt
Untuk lebih jimat, anda boleh menaiki bas sahaja. Tambang sehala dari JPY3000 – JPY9000 dan mengambil masa 9 jam.
Kerana tidak sanggup duduk terlalu lama dalam bas, saya memilih Shinkansen. Lagipun saya ingin merasa pengalaman menaiki keretapi laju ini. Tambahan lagi, saya telah membeli JR Pass (7 Hari ~ JPY27500++) yang mana saya boleh gunakan untuk menaiki mana-mana train, Shinkansen (kecuali Nozomi and Mizuho), bas dan ferry yang dimiliki Japan Railway secara percuma. JR Pass ini hanya boleh dibeli oleh tourist yang ingin melancong ke Jepun dan perlu dibeli sebelum mendarat di negara tersebut. Memang berbaloi membeli pass ini.
Inilah rupanya JR Pass itu. Awas ya jangan sampai tercicir. Not refundable.

Terlalu awal muka pun comot ~ Tak sempat lah nak bermekap
Hikari train yang saya reserved akan bertolak jam 10:30am so jam 8am saya checkout dan tinggalkan satu bag (besar) di hotel (Ryumeikan). Saya boleh tinggalkan kerana saya akan menginap lagi di sini seminggu kemudian. Sengaja tak mahu bawa bag kerana tak larat angkut naik turun tangga.

Nozomi Shinkansen ~ The Fastest ~ Can’t Use JR Pass

Kena queue ya

I was at Car No 12

Foods You Can Buy On Board

Railway

Ha Ha Ha
Arrived at Shin-Osaka around 1PM. On time. No Delayed. Now I’m at Osaka JR Loop Line Platfrom bound for Umeda Station/Osaka Station. Satu stop saja dari Shin-Osaka.
…bersambung (now 2:43AM).
Recent Comments