Japan Day 6 ~Dari Tokyo Ke Mount Fuji

Tokyo, Selasa, 29 November 2016.

Hari ini saya ambil Day Tour  dari local tour provider ke Mount Fuji. Diarahkan harus berkumpul di Keio Hotel Main Lobby pada jam 07:30  pagi. Kerana jarak Ryumeikan Hotel dengan Keio Hotel yang terletak di Shinjuku agak jauh (30 minit by Yamanote Line), maka seawal jam 6 pagi saya mula bergerak ke Tokyo Station. Pagi2 ni memang sesak kerana ramai orang Jepun pi kerja dan ada juga kelihatan anak sekolahan. Sebelum ke Jepun dulu, angan2 juga tinggal di Keio Hotel tapi fully booked. Dan lagi, alahai mahal gila. RM1000++ per night. Cissss…..

15202642_1827010550903693_5621642711468370585_n

JR Yamanote Line (Train warna hijau) dah sampai

Sebelum jam 7am dah sampai Shinjuku Station. Kerana kelmarin dah redah di mana lokasi Keio Hotel, maka mudahlah bagi saya pagi ini. Tour provided by Sunrise Tour yang ada office kecil di Keio Hotel. Rasanya saya lah yang pertama sampai.

15267522_1827010554237026_2051882674095000959_n

Terpaksa menunggu. Depart jam 8 pagi.

img_0679

Inilah amoi tukang urus peserta tour. Lucu pula tengok dia dengan seluar shantungnya terkejar sana sini.

img_0681

Ini Makoto. English speaking guide yang akan bawa kami ke Mount Fuji dengan menaiki bas ke Yamanashi Prefecture yang diandaikan mengambil masa 90 minutes. Actually depend on the traffic condition. Masa bertolak di pagi hari keadaan jalan raya agak lengang tapi on the way back to Tokyo, massive traffic jammed.

Oh ya… harga tour ini JPY8,800 (lebih kurang RM350++) termasuk lunch box. Tidak mahal sangat tapi duit RM yang lemah. Time saya beli Yen rate JPY100 -> RM4.10.

Makoto ini lucu juga orangnya. Katanya di Jepun ada dua MAIN religion. Buddhism and Shintoism. Dan ada lebih kurang 8000 tuhan katanya, because everything got it’s own God. He He He. Suatu ketika dia hiburkan kami dengan nyanyiannya. Merdu ke tidak, kurang pasti kerana dia nyanyi lagu Jepun.

Sepanjang perjalanan, dapatlah kita melihat pemandangan outskirt Tokyo. Semakin jauh jarak dari bandar, semakin besar saiz rumahnya. Dan saya lihat, banyak rumah di tepi jalanraya yang menanam padi di tepi rumah mereka.

Saya suka melihat, daun-daun yang berwarna warni; kuning, merah,hijau, coklat. Sesuatu yang tidak terdapat di negara tanah tumpahnya darah ku. Cuaca hari ini juga kelihatan cerah. Mudah2an berterusan kerana Mount Fuji ini bersikap elusive. Terkadang ia bersembunyi dibalik kabus yang tebal, menjadikan penat-jerih perjalanan selama 90 minit menjadi sia-sia.

Fujiyama adalah gunung tertinggi di Jepun, yang terletak di perbatasan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo. Gunung Fujiyama terletak dekat pesisir Pasifik di pusat pulau Honshu. Jadi sudah jelas jika Gunung Fujiyama terletak di pulau Honshu. Gunung Fujiyama dikelilingi oleh 3 kota, yaitu Gotemba (timur), Fujiyoshida (utara) dan Fujinomiya (barat daya). Gunung setinggi 3.776 m ini dikelilingi juga oleh 5 danau, yaitu Kawaguchi, Yamanaka, Sai, Motosu, dan Shoji.

Gunung Fuji ini juga memiliki karakteristik sebagai gunung berapi. Meskipun letusan terakhirnya tercatat terakhir pada tahun 1707, gunung ini masih dianggap sebagai gunung berapi aktif dan berisiko. Dulu bagi wanita dilarang untuk mendaki Gunung Fuji hingga akhirnya peraturan itu dicabut pada tahun 1912, hingga kini tercatat semakin banyak orang yang ingin mendaki gunung Fuji.

Gunung Fuji adalah salah satu mimpi setiap para pendaki gunung, waktu dan tanggal yang diizinkan untuk mendaki gunung ini antara 1 Julai dan 28 Ogos, dan biasanya dilakukan pada malam hari agar dapat mengejar matahari terbit di puncak gunung yang terkenal ini.

Pemandangan random perjalanan dari Tokyo Ke Yamanashi Prefecture.

Dalam aturcara, kami sepatutnya akan dibawa naik hingga ke 5th Station, di kaki Gunung Fuji tetapi kerana kabus tebal, kami diturunkan di Station ke-4. Kata Makoto ~ unaccessible.

img_0708img_0713

Pada mulanya langit kelihatan biru dan cerah tetapi semakin mendekati Gunung Fuji, semakin tebal kabusnya.

img_0740img_0741

Kami diminta turun dari bas dan diberi masa 15 minit untuk melihat2 sekitar 4th station. Di sini ada viewing point dan cafe merangkap kedai souvenirs.

Harapan kecundang. Sang Fujisan bersembunyi dibalik kabus yang pekat. Nothing much do here….

But suddenly I heard a commotion……

Yeah….. bagaikan si gadis pingitan yang pemalu, Gunung Fuji akhirnya menampilkan puncaknya perlahan-lahan di balik awan dan pokok-pokok Pine yang memutih diliputi salji. Bila awan berarak lalu, beginilah rupa Gunung fuji dari Station Ke-4.

img_0748img_0747img_0744img_0742

Antara souvenir yang terdapat di sini. Menyesal pula tak beli. Hmmmmmm….

img_0738

Selepas itu, kami dibawa pula ke Oshino Hakkai di  mana terletaknya 8 kolam yang menjadi tarikan pelancong di mana di dalamnya mengalir air yang begitu jernih. Dikata kan air di kolam tersebut adalah salji Gunung Fuji yang mencair. Justeru itu ia dianggap “air suci”. Dahulu kala, sesiapa yang hendak mendaki Gunung Fuji harus menyucikan dirinya dulu menggunakan air di 8 kolam di Oshino Hakkai ini.

Oshino Hakkai  (40 min)  

Snowmelt that has sunk into the ground over long years sees daylight again here in the form of pristine fresh water springs. Consisting of 8 springs in total, Oshino Hakkai is a protected natural monument. Enjoy a view of a rural landscape set amidst a backdrop of traditional thatched-roof buildings and Mt. Fuji.

img_0751

img_0787

img_0786img_0785img_0790img_0792img_0795img_0759img_0762img_0761

img_0760

Air nya begitu jernih

img_0763img_0767-1img_0769img_0770img_0771img_0772-1img_0773img_0775img_0776img_0778img_0779img_0780img_0782img_0784

Kenang-kenanganku.

Alhamdulillah. Saya amat bersyukur kerana bisa sampai ke sini. Betapa luas alam maya ini, namun dengan kemudahan pengangkutan modern ia boleh dijangkau dalam beberapa jam. Percayalah, pengalaman menjelajah negara orang adalah kepuasan yang tiada bandingan. Jadi tidak rugi menabung untuk kembara. Melihat dunia luar, bukan melancong untuk membeli-belah. Kepuasan membeli terasa tika kita memegang benda yang kita beli tapi kepuasan merantau, kekal sebagai pengalaman hidup yang menjadikan diri kita lebih berfikiran terbuka, punya wisdom dan toleransi yang tinggi dalam segenap keadaan. Selain itu, jati diri kita juga bertambah gah…. Apakan tidak. Bila kembara kita kena berdikari, harus berani dan pintar adaptasi situasi.

15622369_1840822906189124_930038379753398193_n15672966_1840823136189101_6951070410133843963_n15622035_1840823199522428_32362281549137545_n15672514_1840822866189128_8641814696692586984_n15621979_1840822829522465_4469750148153304499_n15665598_1840823449522403_5213466122146290289_n

Sekitar jam 12PM kami berkumpul semua di bas untuk meneruskan perjalanan ke Fujiyoshida untuk melawat Fuji Sengen Shrine yang dikenali juga sebagai Kitaguchi Hongu Fuji Sengen Jinja yang dibina untuk honour tuhan ataupun Goddess Mt Fuji ~ Konohana Sakuya-hime.

Sudi-sudikan….

15179037_1827195867551828_7999404045174242935_n15171218_1827195977551817_6265915084611702247_n15192626_1827196110885137_8507449356618278931_nimg_0799img_0801img_0807img_0808img_0806img_0803img_0816img_0825img_0826img_0830img_0828img_0827

…..ada sambungan sedikit lagi nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: