JAPAN DAY 3 ~ASAKUSABASHI & AKIHABARA

Hari ketiga menghirup udara segar Jepun. Ahhhh… saya suka negara ini. Sangat bersih. Tak ada satu pun sampah di jalanan atau di mana saja. Tong sampahpun susah nak cari. Teringat di negara sendiri. Tong sampah merata-rata, begitu juga sampah sarap. Apakah yang membezakan kita? Takkan bangsa kita ini bangsa pengotor kurang bersih? Mengapa rakyat negara kita kurang endah tentang perkara basic seperti kebersihan ini? Adakah kerana kurang didikan dari kecil? tak bertanggungjawab? Tepuk dada tanya akal.

Best kan tandas dorang?
Satu lagi sikap orang2 Jepun yang saya kagumi adalah disiplin mereka terhadap masa. Mereka ini sangat menepati masa. Teringat insiden masa di Kyoto yang mana saya ambil Day Tour di sana, ada beberapa peserta group yang sering terlewat balik ke bas dalam masa yang ditetapkan. Terpaksalah dia ke sana ke mari mencari. Terus dia cakap -“lets do it Japanese style, okay?”. Malu weiiiii. Nasib kali ini omputih yang kena.
Paling menang tandas mereka. Serupa juga di Korea. Teknologinya hebat. Kebersihan juga superb. Even di tandas-tandas awam sangat bersih dan tidak pernah kehabisan tisu. Few tissue rolls disediakan dalam tandas. Mungkin kalau di sini ada yang tapau kan? Hi Hi Hi. Tisu tandas di sana tipis sahaja dan buang terus di lubang tandas untuk di-flush dengan najis kita. Bukan dibuang dalam dustbin. BTW, dustbin mereka kecil sahaja.
Alamak…. lari topik ka saya ni? Bukan apa…Tetiba terlintas dalam fikiran. Sebelum lupa, baik saya coretkan saja. Kan?
Okay. Balik topik lagi. Hari ketiga ni saya kena checkout. Hotel ni walaupun nampak tak seberapa hebat, tetapi selalu penuh. Kebanyakan tourists dan agency pelancongan suka book di hotel ini kerana lokasinya. Saya terjumpa seorang pemandu pelancong semasa merendam kaki di hotbath. Katanya, Dormy Inn punya chain hotel memang okay. Checkout ditetapkan jam 11AM. Kalau lambat kena charge. Awalkan? sedangkan check-in start jam 3PM. So sebelum breakfast, saya packed semua barangan, takut nanti ada yang tertinggal.
Hotel di Jepun ni, you paid upfront. So masa checkout you drop key ja. After checkout, saya pun heret bag untuk ke Asakusa Line.
Route : Asakusa Line Station (opposite Ginza Line Station) ———-> Asakusabashi (Station no 15).
Salah ambil train. Salah platform. Tip : Jangan naik train yang bound for airport. Tak berhenti setiap station. Train yang saya naik tak stop kat hentian no 15 so saya terpaksa turun dihentian seterusnya. Bertanya dengan station officer (beruniform). Saya tunjukkan Asakusabashi sebagai destinasi. Dia suruh pergi ke platform sebelah, dia buat catatan dan suruh jumpa gate officer. OMG… jangan ulangi kesilapan ini. Tangga tinggi2 beb… seksa angkut bag. Sampai di platform sebelah, jumpa gate keeper, JPY yang ditolak dari Suica Card (salah train) di rebate or saya dibenarkan masuk tanpa membayar. Pengalaman sungguh!
Sampai station 15 (Asakusabashi Station), keluar dari train. Salah exit lagi. Apa lagi jauh heret bag untuk ke Mystays Asakusabashi Hotel. Sampai di hotel, belum boleh check-in kerana seperti biasa, kena tunggu jam 3PM. Tapi barang boleh ditinggalkan.
Destinasi seterusnya : Akihabara. Cari exit untuk ke Akihabara Electric Town. Di sini, free and easy saja. Jenjalan looksie looksie. Syurga bagi penggemar Mangga, Sega, Anime dan Electrical thingy. Saya pula macam lost ni. Satupun character tu saya tak kenal. Lols. Iphone product bersepah. Iphone 7 pun bersepah. Cuma takut berbelanja nanti line of credit habis.

Looksie only

Banyak X-Rated C’s

Owh…..

Relax for coffee

Japanese Rice – Family Mart

Cooked Without Oil
Ada juga saya masuk ke Cat Cafe tapi mahal tau. Macam tak berbaloi ja. Kucingnya tak banyak. Nanti saya upload gambar.
After penat jenjalan, saya balik hotel. Penat. Singgah beli sayur, udang dan onagiri. Malam ni saya nak masak kerana bilik ada kitchenette. (Seperti gambar di atas). Periuk2 tersembunyi di bawah katil ya…hihihi….jangan gabra macam saya.
Rehat dulu. Kumpulkan ingatan. Update kan soon.
Recent Comments