JAPAN DAY 2 ~ ASAKUSA DAN TOKYO SKYTREE

Ohaiyo Gozaimasu!
Pagi ini cuaca di Tokyo kelihatan cerah. Tiada mega kelabu yang menandakan hujan akan turun. Alhamdulillah. Bagaimanapun, payung lipat tetap saya bawa dalam backpack. Mana lah tahu ~ kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Awal pagi bersiap untuk sarapan. Seperti biasa, breakfast time from 6.30am – 10am. Semalam semasa check – in, saya telah pilih Japanese Breakfast Menu untuk alas perut pagi ini. Hidangannya lumayan juga. Sedap.
Program pagi ini hanya jalan-jalan sekitar Asakusa main attraction. People watching and taking (lots of) pictures.
Kaminarimon ~ Nakamise Shopping Street –> dari Kaminari Gate hingga ke ground Sensoji Temple. Tidak jauh dari Dormy Inn. Hanya menyeberang jalan ke Ekimise Station dan seberang jalan lagi, anda akan sampai ke Shin-Nakamise Shopping area. Hari ini Jumaat, tapi awal pagi lagi area ni dah sesak. Kebanyakannya local tourist dan pelajar sekolah. *Sepanjang berada di Jepun selama 2 minggu, di mana-mana students in uniform kelihatan secara berombongan. Bila sampai di Kyoto barulah ku tahu dari guide bahawa semasa ‘shoulder season’, pelajar sekolah diberikan special discount untuk entri ke pusat wisata di sini. Katanya lagi, para pelajar ini menjadi “floor rival” bagi guide2 kerana tersangat ramai.
Jom Tengok Apa Ada Di Asakusa
Saya ke Asakusa 2 kali. Kembali lagi ke sini sebelum meninggalkan Tokyo untuk beli souvenirs. Percayalah, di sini lebih murah dan boleh ditawar. Tapi jangan beli di kedai2 or kiosk terawal…..bergerak lebih jauh dan bandingkan harga. Kalau boleh, beli semua dari satu penjual supaya mendapat diskaun yang baik. BTW, souvenirs di kebanyakan kiosk adalah sama saja so tiada masalah berbuat begitu.
Kalau anda suka ambil gambar kosong ( tiada orang), mungkin boleh datang sebelah malam. Siangnya memang tak dapat. Ramai sekali. Saya pula lain. Saya suka ambil gambar suasana yang meriah. I likes pictures with peoples. Rasanya lebih hidup dan bernyawa. Lebih realistik.
So, lets enjoy….

My 1st encounter with Kimono Girl But Not Geisha. Rent-Kimono to walk around only
To be continue..
Pingback: 2016 Travel Perspective | JAUH MERANTAU