Konichiwa ~ Japan

Baru Balik Dari Jepun.

Bila ~ 24th Nov – 8th Dec (14 Hari).

Dimana ~ Tokyo, Osaka, Hiroshima, Miyajima, Kyoto, Nara.

15267599_1826126470992101_6667341692561180621_n

Alhamdulilah. Mimpi telah jadi kenyataan. Akhirnya keinginan ku untuk memijakkan kaki di bumi matahari terbit termakbul. Tiket penerbangan telah dibeli 6 bulan lebih awal dan semenjak itu tak henti-henti mengumpul maklumat dari blog para travellers dan juga travel guide di negara Jepun i.e Japan Guide, Odaigo dan sebagainya. Manakan tidak. Hati tersangat risau kerana dari pembacaan ku, rata2 mengatakan travelling ke Jepang ini lebih rumit dari biasa. Dari rintangan komunikasi hingga kepada kerumitan memahami sistem transportasinya yang dikatakan sangat membingungkan. Bayangkan, Station Shinjuku yang mengendalikan penumpang sehampir 4 juta sehari! Dapat bayangkan?

Ha ha ha. Tak perlu bayangkan. Terjah sahaja. Tersesat. Tersalah platform. Tersalah train. Itu semua hampir pasti akan anda alami ketika di sana (Jepun). Bagaimanapun, ianya merupakan pengalaman yang memberi pengajaran. Memang benarlah, perkara yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana navigasi anda semasa berada di sini. Seperti kata orang, taxi adalah mahal (saya tak guna taxi). Jadi jika option adalah public transportation seperti bas, metro dan train maka anda kena study dan take note starting point dan tujuan nak ke mana (exit juga sangat penting diketahui supaya tidak tersesat). Pastu, gunalah khidmat Hyperdia untuk mencari “line” apa dan “platform” mana anda perlu naik dan turun.

Harus diingat, station di Jepun sangat besar. East, West, North Wing entrance|exit akan membawa anda ke arah yang berbeza. Contoh. Bayangkan saja. Station Shinjuku mengendalikan hampir 4 juta penumpang sehari. Belum masuk lagi Shopping Mall bertingkat2 berada dalam station itu. Tapi jangan risau. Tenang saja ada cara untuk memudahkan pergerakan anda dan gerenti tidak sesat.

Entri kali ini adalah summary tentang Jepun, mengikut pengamatan saya. Kisah perjalanan akan dimasukkan dalam entri yang akan datang.

Bagi saya, Jepun ini adalah negara yang punya landscape yang menarik. Di kota besar seperti Tokyo, selain mempunyai beberapa Park yang cantik, susun atur architecture bangunan pencakar langitnya juga sungguh menarik. Tersusun dengan cantik memberikan nuansa skyscraper yang unik dan mengkagumkan. Saya paling suka taman-taman (Japanese Garden) yang dijaga dengan baik.

img_0642

Yang paling terpuji adalah sikap masyarakatnya yang begitu berdisiplin, penuh etiquette dan bersedia membantu. Paling ketara adalah sifat pembersih mereka. Di mana-mana Public Places di Jepun, ย amat sukar untuk menemukan tong sampah namun tiada satu pun sampah bertebaran di mana-mana. Kerana orang Jepun, terdidik untuk tidak membuang sampah merata-rata. Jika ada sampah, disimpan di poket dulu atau di bag. Bukannya main buang di mana-mana seperti kebiasaan masyarakat kita (Pada hal tong sampah bertaburan di merata tempat). Satu lagi, jarang sekali saya melihat orang Jepun makan sambil berjalan. Jika makan, mereka duduk dan buang sampah di tempat mereka makan.

Dan paling win ~ paling saya suka adalah tandas mereka! sentiasa bersih, tisu sentiasa ada dan nyaman!

img_1275

BEBERAPA TIPS SEMASA DI JEPUN

Saya akan senaraikan yang basic saja mengikut pengalaman saya.

  • Membeli IC Cards ~ Suica/Pasmo (Tokyo) amat berbaloi dan menjimatkan masa. Ada sedikit diskaun harga bagi pengguna IC ni dan tidak perlu buang masa berbaris beli tix.
  • Tangga di station-station di Jepun bertingkat2 dan banyak! Elakkan membawa bag besar2. Benar2 membebankan, terutama jika anda travel seorang. Saiz hotel juga amat kecil. Tiada ruang untuk menyimpan/meletak.
  • Jika kurang tahu/faham Line dan Platform mana anda harus ikut ~ Tanya sahaja kepada petugas beruniform yang berada di sebelah gate masuk/exit.
  • Masalah komunikasi ~ hahaha…tidak mengapa guna sahaja bahasa isyarat.
  • Sumimasen (excuse me) … perkataan paling berguna untuk menarik perhatian.
  • Anda boleh tinggalkan bag anda beberapa hari di hotel jika anda ada booking kembali lagi bermalam di hotel tersebut (contoh: saya tinggalkan bag saya di Ryumeikan Hotel Tokyo selama 5 hari untuk ke Kansai area tapi kembali lagi menginap di hotel yang sama untuk semalam sebelum balik ke Malaysia. Tapi booking itu harus sudah ada dalam sistem mereka.

….. ngantuk dah…esok sambung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: