Bangkok ~ Wat Arun
Sabtu, 24 Sept
Sepatutnya, selepas melawat Grand Palace, kami terus ke Wat Pho di mana ianya terkenal dengan Sleeping Buddha. Sebenarnya bukan tidur. Cuma baring-baring saja. Panjang Buddha itu sekitar 45m dan paling sesuai ambil gambar dari kakinya supaya nampak full body ~ which is ~ bukan senang kerana ramai pengunjung.
Tapi tiada parking! so boy detour bawa kami ke Wat Arun terlebih dahulu. Dia turunkan kami di sebuah bus stop dan katanya “wait here, I go park the car”. Hampir 30 minit kami menunggu dalam cuaca panas walau pun terlindung.
So selfie2 sementara menunggu.
30++ minit kemudian, munculah Boy. “come” katanya. “We go Wat Arun”. Rupa2nya dia parking jauh.
Menaiki bot menyeberangi sungai chao Phraya untuk ke tapak Wat Arun Temple. Tambang 1 Baht sahaja sehala.
Di wat Arun juga kami tidak masuk ke dalam.
Setelah hampir sejam mundar-mandir, kami kembali ke seberang untuk melawat wat Pho pula.
Pingback: 2016 Travel Perspective | JAUH MERANTAU