Bangkok ~ Capital Grand Palace
Sawadhi Kharp ♥
24 Sept Sabtu hari kedua kami di kota smiling city ini. Hari ini seharian memang diperuntukkan untuk melawat landmarks sekitar bandar Bangkok. Memandangkan masa terlalu singkat, namun tidak mahu pulang tanpa melihat beberapa mercu point of interest kota ini, saya mengambil keputusan untuk sewa kereta dengan driver sekali. Untunglah Boy (driver) boleh berbahasa Inggeris sedikit. Itupun kadang2 bercakap macam ayam dengan itik.
Landmark pertama yang kami lawati ialah Grand Palace. Namun kami tidak masuk ke dalam kerana entrance fees nya agak mahal ~ 300 Baht per orang. Kami mahu jimat duit untuk shopping. Tukar duit MYR2000 sahaja.. mana cukup…selera shoppingnya melampau!
Lihat foto-foto dulu ya. Pokoknya sekarang sudah 4:02am…. AM tau! saya lagi ngantuk dan tidak punya idea untuk berkarya..apa lagi mengingat-ingat sejarah di abad 18 dahulu kala….hihihi.
Yang paling nyata, seawal jam 9:30am pun sudah ramai turis local (anak2 sekolahan) dan turis luar yang kelihatannya seperti dari China. Kagum dengan PRC ni ~ ke mana pun saya pergi, hingga ke ceruk Timisoara di Romania pun, group mereka ada. Salah satu sebabnya kerana mereka punya uang untuk jenjalan. Dan mungkin sifat suka merantau itu sudah mendarah-daging pada diri mereka. Sememangnya pun semenjak dulu mereka suka berkelana. Kalau tidak, masa kan di mana sahaja ada Chinatown. Mereka ada bermukim di seluruh dunia tau!
Ok. Noted. Hi Hi Hi.

Ready To Go
The famous Emerald Buddha ada di dalam istana. Kami tak bayar entry fees so tak dapat tinguk lah. Tak apa lah kan… Nanti kita tengok Buddha tidur…… 😀
Pingback: Bangkok ~ Wat Arun | JAUH MERANTAU