Beijing 2016 ~ KL Ke Beijing

Tanggal 26 Ogos (Jumaat).

Bertolak dari KLIA 1 menaiki Cathay Pacific pada jam 1325. Seperti biasa, transit di Hongkong selama 2 jam. Keadaan kapal ok. Kerana kami penumpang berkumpulan (23 orang), tempat duduk terletak nun jauh di belakang. Range seat dari no. 67 – 70. Penerbangan ini akan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Makanan Muslim Foods awal2 sudah ditempah.

Penerbangan lancar. Suasana tadinya yang agak bising kini reda. Mungkin telah kenyang setelah makan dan mata pun mula mengantuk. Ada yang tidur, ada yang membaca, ada yang main game dan ramai pula yang ambil kesempatan menonton movie kegemaran (seperti saya).

14183854_1783532925251456_8172169433478191146_n

Tak sabar

14141903_1783532831918132_6072143655775101391_n

KLIA

14100516_1783532805251468_8154536617815972799_n

Relax di Tune Hotel KLIA2

Selamat mendarat di Hong Kong International Airport sebelum jam 6 petang. Terpaksa bergegas ke gate transit dan Gate 21 untuk penerbangan selanjutnya pada jam 7PM. Jam 6:30PM sudah boarding.

Maka kamipun bergegaslah beratur. Boarding seperti biasa. Yang agak luar biasa, kami terpaksa menunggu 2 jam dalam perut kapal Dragon Air kerana kesesakan lalu lintas di lapangan. Kata kapten, ada 5 lagi pesawat yang perlu terbang lebih awal. Pening kepala. Tapi apakan daya. Cuaca buruk. Hujan lebat dan angin kencang. Malahan setelah berjaya terbang, kapal kami seperti terhuyung-hayang saja… berdetik dalam hati… “alamak…. matilah”.

Dipendekkan cerita, selamat ย juga mendarat di Capital Beijing International Airport. Harus melalui immigration lagi. Panjang juga barisannya dan pegawai IMI sangat lama meneliti passport pelawat. Sampai giliran saya, habis dibelek satu persatu. Ku katakan pada amoi itu bahawa aku bersama group.

“How long you were there?” tiba2 amoi itu bertanya tanpa mengangkat mukanya. What? there? Bingung dengan soalan terus ku jawab, “7 days”.

“No! Turkey”

OMG…. apakah…. rupa2nya dia tidak dapat cari stamp saya exit |cikis Turkey. Ini gara2 ISIS lah ni… asal ada nama Turkey terus ALERT.

“I didn’t stay long sometimes only transit”.

Saya pun hairan kenapalah immigration stamp passport sesuka hati tidak mengikut susunan pages. Sudahlah passport aku dah macam rojak. Habis mata sepet amoi tu tambah kecil melilau mencari. Nasib lepas. Masa ke US dulu pun tidaklah “disyaki” begini. Hi Hi Hi.

Bila semua dah lepas, terus naik train ke terminal 1 untuk tuntutan bagasi.

Kami disambut oleh Terry, guide kami selama di Beijing. Sampai hotel hampir jam 1am. Penat gila. Terry kata besok tour mula jam 10am. Alhamdulillah.

Selesai check-in, mandi dan terus tidur.

14225471_1783563648581717_2029323041547087192_n

Lobby U Hotel tempat kami menginap

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: