Virus Kaki Jalan ~ Falling In Love With Japan

08|08 | 2016  Monday ~ kota Kinabalu.

Tiba-tiba aku terfikir tentang Tokyo.

Modern Tokyo is one part fantasy, one part reality and a whole lot of technology.

Get a big pot and throw in some sushi, shogun warriors, Hello Kitty, karaoke got-geisha girls and you’ll have a bunch of cliche’s about Tokyo – but you’ll have barely scratched the surface of this ultra-modern city at the vanguard of 21st century living

Is it only me or does it happen to you as well? 

Akhirnya, impian untuk menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini  90% hampir tercapai. Aku kata begitu kerana tiket penerbangan sudah di tangan. Few sleepless night telah ku tempuhi demi mencari info kerana seperti biasa, kembara ini bakal ku redah sendiri tanpa guide. Jadi 10% yang bisa jadi penghalang ku nanti adalah maut..dan yang sewaktu dengannya… nauzubillah minzalik…harap dijauhkan bala..(Tuhan tolong jangan cabut nyawaku dulu). Ameen.

…… aku terpaksa mennghitung hari selama 103 hari dari sekarang. Ahhh…. kalian tahu tak? Seperti perihnya menanti ketemu dengan kekasih yang dirindu ~ begitulah kemaruk perasaan ku tika ini. TikTok TikTok TikTok…..

Inilah VIRUS kaki jalan.

Angan2 ku ke Jepang ini kalau bukan musim Sakura, tentulah autumn. Kerana spring time sudah berlalu….. ya ya of course! Warna-warna autumn di Jepun memang terkenal indah…. bila daun-daun Maples bertukar warna ~ menjadi kekuningan, kemerah-merahan bercampur rona oren…subhanallah.. Kalau di Jepun ~ mereka gelarnya warna “koyo”. Bukan koyol ya.

Bila aku mula membuka nota buku merah – Merantau Ke Jepun – ada beberapa perkara paling penting yang harus kita ketahui sebelum mengucapkan “Sayonara” kepada sesiapa yang menghantar kita ke airport dan mula perasaan jadi Jepun.


Ini My CHECKLIST.

ii desu ka?

  • Validity passport kita melebihi 6 purnama bulan
  • Adakah kita layak Visa Waiver? untuk info, warga negara Malaysia yang memegang passport yang ada chip tidak perlu memohon visa untuk  90 hari sebagai turis
  • Pastikan anda tidak termasuk dalam senarai “Black List” larangan untuk meninggalkan Malaysia (demon utama PTPTN)
  • Sediakan bajet yang mencukupi. Kos sara hidup di Jepun amatlah tinggi. Bagaimanapun, jika anda rancang perjalanan anda, kos boleh di-minimise-kan. 
  • Bagaimana? Baca lagi. 
  • Rancang lebih awal terutama tempahan akomodasi. 3 bulan sebelum atau lebih terutama di musim puncak (Spring, Autumn, Winter).
  • Boleh bawa makanan segera dan apa2 yang patut
  • Navigation di Jepun canggih dengan sistem pengangkutan canggih namun agak membinggungkan. Ambillah masa untuk mempelajarinya. Buat macam aku. Sanggup bersengkang mata macam budak sekolah nak ambil SPM. Seriously…WAJIB pelajari map/route pengangkutan seperti train, subway, bus dan taxi.
  • Tambang taxi di Jepun mahal gila. Contoh: saya cuba minta quotation airport pick-up service dari Narita ke downtown Tokyo (2 jam 30 minit) dan guess what? mahu RM1500. Kalau naik train baru dalam RM50++ (see? see?)
  • Sebagai pelancong ke Jepun ~ anda ada keistmewaan ~ untuk membeli JR RAIL PASS. Rakyat Jepun diharamkan TIDAK boleh membelinya. Syarat untuk beli cuba skodemg JR RAIL PASS boleh baca di Link tersebut. 
  • Untuk memudahkan navigasi kita di sana guna kan aplikasi HYPERDIA untuk timetable and route search. Ini contoh cari route dan jenis transportation dari satu station ke station yang lain
  • Kemaskinikan itinerary sebelum berangkat. Print maps dan laluan train dan subway. Rancang di mana hotel|hostel|guesthouse anda dan apa stesen terdekat. Begitu juga ke mana anda hendak pergi…tentukan laluan dan nama stesen sebelum anda berjimba ke Jepun. Bukan apa, takut takde talian hayat (WIFI). Menangispun tak guna you…. lost in translation gamaknya… halangan komunikasi.
  • Oya… JR RAIL PASS ini memang mahal. Untuk yang 7 Days Pass pun dalam JPY29,000++ —-> RM1200++ mahalkan? Jadi berbaloikah? Jawapannya : BERBALOI-BALOI jika anda ingin meredah selain TOKYO. Contoh mudah: tambang return TOKYO – OSAKA pun sudah cover harga pass tersebut.  Dengan JR PASS ini juga anda boleh naik semua transportation di bawah kelolaan JAPAN RAILWAY secara percuma, unlimited KECUALI Shinkansen NOZOMI dan MIZHUO trains. Untuk lebih lanjut, di entri akan datang. Tunggu lah saya kembali.

…to be updated… banyak lagi tips dan info berguna.

Itulah serba sedikit yang perlu anda buat dan pelajari. Jangan risau, seperti saya, anda jua pasti akan jatuh cinta dengan Japan!


Belanja  gambar.


NIJO CASTLE
SUKIYAKI


….until then.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: