Kembara Musim Bunga Eropah ~ Day 5 Amsterdam ~ Nice Cote d’Azur

Sabtu, 23 April 2016.

Pagi ini, berakhirlah siri jelajah ku di bumi Belanda. Penerbangan ku ke Nice jam 0930am jadi kata Milan, jam 0600am harus berangkat dari rumah. Dia tolong menghantarkan aku ke airport Schiphol. Seawal jam 0500am memaksa diri untuk bangun dan mandi (sejuk gila) dan bersiap ala kadar.

Perjalanan ke Schiphol airport dari Zoetermeer mengambil masa  kurang sejam di awal pagi kerana kenderaan belum banyak. Setelah mengucapkan ribuan terima kasih dan saling berharap semoga bisa bertemu lagi di mana-mana (prinsip traveller), saya terus menuju ruang departure untuk berurusan di kaunter check in. Saya menaiki pesawat Air France AF8271 dengan kos Euro 187 (one way). Penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Menunggu untuk terbang ke negara Perancis pula. Mengapa Nice? Tidak ke Paris? Helloooo… Perancis bukan hanya ada Paris okayyyy.. Takkan lah asyik nak ke Paris saja (walaupun saya suka). Saya suka ke Paris kalau saya dapat shopping. Kikikiki. Lagipun saya suda 4 kali ke Paris. Cukup lah dulu. 

Nice? ah..ya.. kerana ia tempat sesuai untuk saya menjelajah French Riviera. Tempatnya juga aman, cantik dan laidback. Tidak sesibuk seperti kota metropolitan yang lain. 


~ dengan muka yang sembab ~

~ masih mengantuk ~

Penerbangan penuh. Pelbagai bangsa. Ramai turis seperti saya. Mendarat di airport Cote d’Azur. Passport Control sangat teruk. Hanya 2 kaunter buka. Hampir sejam lebih menunggu giliran. Saya naik taxi untuk ke hotel. Boleh naik bus juga tapi saya malas menyusahkan diri (Bag besar susah nak angkat naik turun dan heret). Oh, my! terpaksa bayar Euro40.

Saya menginap 4 malam di Massena Hotel dengan kos Euro486. Hotel di sini memang mahal. Correction ~ semua benda di sini MAHAL….!!!

After check-in, rehat sekejap. Belek-belek map dan buku nota. Perut terasa lapar. Rupanya sudah jam 2 lebih. Ok… misi pertama cari makan. Pastu cari Hard Rock Cafe Shop.

Gambar2 di NICE.

 Massena Square

Sebelah malam, teman ku di NICE show me around town selepas dia habis ber-kerja. Thank you Alessandro and friends.
Hotel Massena tempat saya menginap ini betul2 centralized. Sebelah Lafayette dan within walking distance to Old Town, Cour Saleya, Promenade des Anglais dan kedai2 shopping lain.  Semestinya anda tidak akan kesunyian. Mercu tanda utama untuk anda ingati tentulah Massena Square.

DAY 6 ~ NICE, 24 JULY 2016 MEET UP WITH JOHANNA BOCCIA FROM ITALY

Kenalkan teman ku dari Italy. Bertugas di Venice sebagai guru. Dia ini seperti aku juga, suka kembara. Orangnya tipikal Italian ~ sangat cantik.  Berkenalan dengannya melalui komuniti CouchSurfing juga. Dia kebetulan berada di NICE sama tarikh denganku jadi kami janjian ketemu.
Ini sekitar Old Town. Jalan-jalan sementara tunggu sunsets. Mahu naik ke Hill Palace.
Johanna tinggal di hostel ini… tidak jauh dari Massena Hotel… Hmmm kalau ku tahu boleh tinggal sini juga. Murah.

Promenade des Anglais
Saya berjalan seorang diri di waktu malam. Jangan bimbang…tiada orang jahat.
Ok… lepas jenjalan tengok orang clubbing di sini saya pun balik ke bilik untuk tidur. Esok kena bangun awal kerana saya akan ke Eze dan Monaco.


Jumpa esok ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: