Kembara Musim Bunga Di Eropah 2016 ~ Day 1 KK – KL – Heathrow – Amsterdam

Note: Ini adalah posting tertangguh di blog JauhMerantau tapi updated di laman www.jaynesaidin.com jadi jika berminat boleh skodeng website saya di sana. Mesti ramai tanya kenapa banyak sangat virtual site? Hmmmm logiknya, jaynesaidin tu laman berbayar sementara blogspot ni free. Laman berbayar jika tidak di-maintain payment tidak akan dapat diakses so blogspot ini kira macam back-up lah. Pintarkan? HiHiHi. Cuma banyak kerjalah. Inilah yang dinamakan ~ tiada kerja buat2 cari kerja.

BTW, percutian musim bunga saya di Eropah berlangsung selama 2 minggu. Planning kali ini khusus untuk menikmati berseminya bunga-bunga Tulips di Keukenhof Garden di Belanda. Impian untuk melihat hamparan bunga tulip ini telah lama saya simpan. Tetapi, setiap kali ke Belanda, timing tidak pernah “ngam”. Terkadang ke sana di musim salju dan autumn jadi kali ini saya plan betul2.

Tuesday 19-4-2016

Fly from Kota Kinabalu  to catch my flight  to London later in the evening – 11:15PM by Malaysia Airlines. To makes thing smoother, checked through for connecting flight from KK – KUL – HTR – AMS.

Flight MH0002. Landed Terminal 4 Heathrow Airport as planned. Took the flight connection lane for fast transfer by couch to Terminal 5. Couch frequency between 5-10 minutes. Distances from T4 to T5 – 25 minutes drive away. 

Itulah kisahnya di hari pertama.

Kota Kinabalu Airport. Sedang menunggu flight ke KL
KLIA Gate C17. Menunggu flight ke London
Hampir mendarat di Heathrow
Menunggu flight ke Amsterdam

Dua hari hidup saya di terminals dan penerbangan sahaja. Kata orang Sabah ~ “bangas” sudah. Inilah cabaran bagi orang Sabah jika mahu melancong ke mana-mana. Terpaksa transit di KL dulu. Masa dan kos bertambah.

Jadi, kenapa fly ke London jika nak ke Schipol? Kenapa tak fly direct naik KLM?

Kisahnya begini. Tiket ini saya beli masa Sept Matta Fair 2015. Masa tu, MAS Airline masih ada direct flight KL – AMS. Tetiba tahun 2016, route tu dah di-terminte dalam usaha restructuring  MAS. Pendek cerita, saya diberikan route KL – London – Amsterdam. Apa boleh buat? terima saja lah. Itulah nasib kalau tak ada kapal peribadi kan? lols….

Flying with few transit ini memang memenatkan. Apa lagi di Eropah, kita tidak diberikan Gate mana untuk penerbangan sehingga sejam sebelum take off. Jadi harus waspada. Apa lagi di terminal 5 Heathrow yang luas. Tempat duduk pun kurang (ramai orang). Saya risau juga kalau delay pasal host saya dari “couchsurfing” akan menjemput saya di airport Schipol nanti tapi tidak boleh menunggu lama kerana dia harus pergi opis. Kalau dia tinggalkan saya, mana saya tahu rumahnya di mana? lagipun macam mana saya nak masuk ke rumahnya?

Tepat masa penerbangan 0830am. Kami pun berduyun-duyun beratur. Seperti biasa kalau boleh semua mahu masuk dulu. Tetapi biasalah… privilege untuk yang bayar lebih. Lepas semua dah masuk… tetiba kapal tidak take-off juga. Semua orang menunjukkan muka tertanya-tanya dan semakin lama menunggu semakin resah. Bengang! No announcement. Cuma di depan sana macam ada commotion sedikit. Saya semakin risau (you know why). lebih kurang 30 minit kemudian baru dapat terbang. Rupanya ada orang kena/hampir heart-attack tapi tidak mahu keluar….. oh…. macam2.

Landed. Airport routine with immigration dan keluar ambil bagasi. OMG! bag aku pun paling last keluar. Nasib baik host aku sabar menunggu.

Hello Milan, dear.

OMG, host aku tingginya macam 2X ganda aku.

Meet my kind hearted host.



Selama di Belanda, saya menginap di rumahnya yang terletak di Zoetermeer selama 3 malam. Rakan dari komuniti “CouchSurfing”. Asal Bosnia tapi berkahwin dengan wanita Belanda dan punya sepasang anak yang telah dewasa dan lebih tinggi daripadanya. Oh, my! Mulanya, saya sudah book hotel di Leiden tapi atas sebab2 tertentu, booking saya ter-cancel. Selama di sini, dia lah yang bawa saya ke sana kemari. Bertuahkan? itulah bestnya ada kawan local.

Milan Antic

Ha Ha Ha Frankenstein !!!!

My Room For 3 Nights


Save cost accommodation ku di Holland. Untuk menghargai jasa, aku masak kari, nasi impit dan sambal udang untuk mereka.

Sesampai di rumah Milan tunjukkan kamar ku dan katanya “berehatlah”. Dia ke opis. Tinggal lah aku sendirian di rumah. 

Sebelah malam around 9PM, Milan bawa ke Leiden untuk hadiri Leiden CouchSurfing Weekly Meeting (setiap hari Rabu malam). Couch Surfing komuniti di sini aktif. Dapat bertemu rakan-rakan baru. Ada yang dari UK dan sebagainya.

Leiden
Leiden Canal

Sunsets ~ Zoetermeer



Next ~ Trip to Keukenhof

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: