Jejak Siem Reap 5 ~ Day 2 Angkor, What?
Untuk mendapat sedikit gambaran, jom layan youtube saya di Angkor… What????
Pagi ini bangun sekitar jam 6 pagi. Merasa sungguh excited kerana sudah janjian dengan teman saya dari One Cambodia Travel Agency untuk ke Angkor Wat. Sebenarnya mereka juga ada menyediakan pakej ground arrangement tapi saya cuma perlukan transportation untuk 2 hari. Saya lebih suka mengatur jadual saya sendiri.
Sebelum masuk kawasan Angkor Archeological Temple Park kena beli tiket dulu di sini. Dikenali sebagai “Angkor Admission Card” atau “Angkor Pass”. Setiap individu kena datang ke kaunter semasa membeli kad tersebut kerana kita akan digambar secara percuma untuk di-print dalam pass masuk kita itu. Harga pass depend on berapa hari kita nak keluar masuk Park tersebut. One Day entry $20pax. 3days/$40 dan untuk 7days/$60 dan mesti digunakan dalam hari berturutan. Kanak2 di bawah umur 12 tahun masuk percuma (tunjukkan ID).
Tadaaaaa….. ini Angkor Pass saya.
Ingat! Jangan hilangkan pass ini selama anda berada di kawasan park tersebut. Kita akan diminta tunjukkan pass ini setiap kali kita masuk di tempat2 wisata nanti. Malahan sebelum sampai ke situs Angkor Wat, ada checkpoint untuk periksa pass setiap orang. Itulah pentingnya muka kita terpampang kat kad tu…. No tipu-tipu katanyerrr…
Mula-mula sampai. Excited gila.
Gambar bawah. Di belakang kami yang berpayung-payung itu adalah checkpoint kedua. Kena tunjukkan pass kepada mereka sebelum kita dibenarkan masuk. Inilah laluan “Barays” sepanjang setengah kilometer sebelum sampai ke gerbang pintu pertama.
Sementara tunggu geng yang masih di dalam, mencarilah tempat berteduh dan yang ada ruang untuk duduk. Bukan semua tempat boleh duduk….
~ Tak boleh bergambar dengan sami yang ada di situ
~ Tak boleh bergambar or selfie tak senonoh dengan patung2 or ukiran yang ada di situ
~ Bawa sun block
UPDATE
Ok… ini sambungannya.
Yeahhhhh… mission accomplished.
Bye Angkor Wat!
Selepas hampir 3 jam berada di Angkor Wat, kami pun kembali ke tempat Safy menunggu, which is di tempat parking kereta para pengunjung dan pemandu wisata. Memang seronok juga berada di sini kerana ada juga gerai | kedai jika mahu beli minuman atau makanan. Penjual yang terkejar-kejar untuk menjual barangan mereka pun ramai. Jika berminat, pandai-pandailah tawar harga atau buat muka bodoh poyo tak berminat walaupun sebenarnya dalam hati mahu. Jika kehabisan duit USD, boleh bayar guna ringgit. Berdasarkan pengamatan saya, barangan di sini lebih murah.
Seperti biasa, selfie lagi.
Kami beredar dari area Angkor Wat sekitar jam 11:45AM. Tiba-tiba semua terasa lapar lantas minta Mr Safy bawa ke Restaurant Muslim untuk makan tengah hari.
Kami makan tengah hari di Wau Restaurant (Halal Restaurant). Alamat? Tengok gambar di bawah. Tidak jauh dari Artisan Shop dan Night Market. Di sekitaran ini banyak kedai makan muslim dan ada masjid juga. Rasanya memang area orang Islam.
Nampak tak? sampai ada Malaysian Set. Ketara ramai orang Malaysia datang makan kat sini. Apa-apapun kerana misi kami nak cuba sebanyak mungkin makanan Kemboja, maka kami order Cambodian Set.
Sangat-sangat berbaloi. Deep Fried Fish nya sangat2 sedap gila! It costs me approx. $38 untuk 5 orang plus side order…drink.
Lepas makan, next destination ialah Angkor Thom ~ Dibina oleh Jayaraman VII selepas empayar Khmer dijatuhkan oleh Cham… ( saya tak berapa tahu sejarahnya. Yang saya tahu Angkor Wat ja).
Ini adalah causeway memasuki South Gate. Nampak tak patung-patung itu? Di kiri kanan jambatan ini terdapat 54 kepala Demons dan 54 Kepala Gods dan diriwayatkan mereka ini saling bertentangan (tug of war) ~ nilai di antara jahat dan baik.
Sekali lagi jom check.
Di dalam Angkor Thom kami melawat Bayon yang di kenali juga sebagai Temple of Faces. Siapa nak tahu lebih lanjut boleh “poke” uncle Google or Ms Yahoo.
Belanja gambar HD satu ja.
Oya, sebelum lupa, masuk sini boleh gunakan pass masuk tadi juga. Tiada pass tak boleh masuk.
Nampak tak muka/faces tu? di setiap penjuru ada muka yang sedang senyum. Katanya, kerana tuhan melihat kamu di mana pun kamu berada.
Jangan kamu pandai-pandai selfie kissing benda ni ok? Sacred bagi mereka ini. Haruslah dihormati.
*(Gambar lain yang comel nanti di upload lagi)
Tak sampai 10 minit berada di dalam tetiba hujan turun dengan derasnya. Omaigad… tadi panasnya minta ampun sekarang pula hujan. Payung ka, ponco kah…. semua tiada. Jadi, saya terpaksa berlari ke kereta sebelum hujan semakin lebat sementara geng lain ter-stranded di dalam.
Dipendekkan cerita, bila semua balik ke kereta kami meneruskan perjalanan ke Ta Promh Temple ~ Tomb Raider Temple. Malangnya hujan semakin lebat. Terpaksa beli ponco nipis itupun harga $4. Gila eh!
Hanya dapat beraksi begini. Hahahahahaha.
…… mungkin bersambung (ikut mood).
Kbai. Much love.
Recent Comments