Jejak Siem Reap 4 ~ Day 1 Dari KL ke Siem Reap

Tanggal 10 Julai 2016 (Ahad).

Pepagi buta dah terpaksa pi airport KLIA2. 

Ulangsiar : Flight kami jam 6:10 pagi. Saya tak dapat tidur sepanjang malam tadi. Masuk ke Gate departure awal supaya dapat tidur sementara tunggu departure.

Tapi malang sungguh! kerusi di ruang menunggu Airasia KLIA2 tak ergonomik  untuk baring! Oh…sungguh kejam… Nasib baik saya beli hot seat…barisan ke-2 takda orang so saya pindah dan baring. Tapi tak boleh lelap.


Hampir mendarat

Hey…tinguk ke bawah! Itulah bumi Siem Reap pertama kali ku lihat dari udara.

Selamat mendarat. Inilah airportnya. Kecil sahaja.

Kami mendarat jam 7:50 pagi (gmt 6). Kerana terlalu awal, passport control (immigration) kurang sesak.


Masing-masing update status.

Untuk ke hotel, kami dapat free 1 transfer (pick-up) dari hotel kerana menginap 4 malam. Sebelum sampai hotel, singgah di agen jualan Smile Of Angkor Apsara Dance untuk beli tiket. USD140 untuk 5 orang untuk dinner dan show. Sebenarnya ada yang lebih murah sekitar USD8 sahaja tapi show nya simple gitu. 

Sesampai di Hotel terus check-in dan alhamdulillah kami bisa masuk ke bilik pagi itu juga. Terima kasih. Kalau tidak tentu sangat penat menunggu. 

Masing2 masuk kamar. Misi pertama adalah tidur sehingga jam 12PM. Saya cuba tidur tapi bunyi bising construction work di luar sangat bingit. Saya cuma dapat menutup mata dan baring merehatkan badan. Sekitar jam 1:30PM barulah kami turun kembali untuk ke HRC yang katanya 1 minit saja dari hotel Royal Crown itu. Kami skeptikal.

Ternyata 2 minit! Lol…. sememangnya tidak jauh. 7 Makara Street. Kami luangkan masa lebih kurang sejam di HRC shop untuk pilih2 baju sambil ber-aircond. Cuaca di luar ya ampun…. sangat panas!

Hasil belian kami tinggalkan dulu di kaunter HRC kerana kami mahu jenjalan sekitar CBD. Sight-seeing dan mahu cari makan. Tujuan pertama untuk cari simcard local. Kata teman ku di Siem Reap ~ beli simcard Smart. Di mana ya? Tanya2 dengan orang katanya di sana… di sana…. akhirnya naik tuk tuks aja. Keliling2 dia minta USD5 kerana kami naik berlima. Okay la. Dia bawa ke kedai Smart. Kemudian kami minta dihantar ke restaurant muslim untuk makan tengah hari.

Ini kaki kami.


Driver Tuk Tuks drop kami di Cambodian Muslim Restaurant. Kami minta dia jemput kembali sejam kemudian.


Menu istimewa Cambodia : LEMBU NAIK BUKIT

Macam steamboat lah but sejujurnya saya tak berapa suka. Tapi lauk bukan ini saja kami order telur dadar, mixed vege, dan satu lagi tapi lupa. Cost semuanya dalam USD38.

Seikhlas hati.


Kenyang dan happy.

Pastu driver Tuk Tuks datang. I nego dengan dia untuk round CBD dan I bayar dia USD10. Walawei…. happy sungguh dia. Rezeki…. masa ni tak ramai turis…shoulder season.




Mula2 dia bawa ke Artisan Shop. Buat kain silk dan painting. Cantik juga tapi mahal. Terjerumus beli sehelai baju ala jacket (silk) USD175. Alalalala. Iman tak strong beb!



After keliling-keliling minta drop kat HRC untuk ambil baju yang kami beli tadi. Pastu balik hotel untuk tidur.

Jumpa esok ya. Jam 8am bertolak ke Angkor Wat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: