Jejak Siem Reap 1 – Kemboja Sekilas Pandang

Setiap negara yang saya lawati, saya dalami sejarahnya. Untuk apa merantau jika sekadar suka-suka kan? Sedikit sebanyak kita perlu tahu latar belakang tempat berkenaan.

Jom ke Cambodia. 

Di manakah Cambodia
Juga dikenali sebagai Kemboja.

Sejarah awal.
Pada abad-abad ke-3 hingga ke-5, negeri-negeri keindiaan iaitu Funan dan pewarisnya Chenla bertaut di wilayah yang kini menjadi Kemboja dan Vietnam barat daya. Selama lebih 2,000 tahun Kemboja menyerap pengaruh dari India dan menurunkannya ke atas tamadun-tamadun Asia Tenggara lain yang kini adalah Thailand dan Laos. Tidak banyak lagi yang dipastikan akan negeri-negeri ini, tetapi Funan dan Chenla ada tertulis dalam babad-babad dan rekod peruftian Cina. Adalah dipercayai bahawa wilayah Funan mungkin merangkumi pelabuhan yang dikenali oleh pengkaji bumi Yunani terkemuka Claudius Ptolemy sebagai “Kattigara“. Babad-babad Cina menandakan bahawa kemangkatan Raja Jayavarman I dari Chenla sekitar 690 M disusuli oleh pergolakan yang menyebabkan terbahaginya wilayah Chenla kepada Chenla Darat dan Chenla Air yang dipimpin oleh raja-raja yang lemah di bawah naungan Jawa.

Dari tinggalan negeri Chenla ini bangkitlah Empayar Khmer yang mantap pada tahun 802 apabila Jayavarman II (memerintah c.790–850) mengisytiharkan kemerdekaan daripada Jawa dan menobatkan dirinya sebagai Dewaraja. Baginda bersama para pengikutnya menubuhkan agama dewaraja dan melancarkan penaklukan demi penaklukan yang membentuk sebuah empayar yang gemilang di wilayah berkenaan pada abad ke-9 hingga abad ke-15. 

Ketika pemerintahan Jayavarman VIII, empayar Angkor diserang oleh tentera Mongol pimpinan Kublai Khan, tetapi baginda dapat membeli kedamaian. Sekitar abad ke-13, datangnya sami-sami dari Sri Lanka yang memperkenalkan agama Buddha Theravada ke Asia Tenggara. 

Agama Buddha tersebar dan akhirnya menggantikan agama Hindu dan agama Buddha Mahayana sebagai agama terulung di Angkor, tetapi hanya dijadikan agama rasmi pada tahun 1295 apabila Indravarman III mengambil alih tampuk kuasa.

Empayar Khmer merupakan empayar terbesar di Asia Tenggara pada abad ke-12. Pusat kekuasaannya ialah Angkor di mana terbinanya ibu kota demi ibu kota pada kemuncak kegemilangan Empayar tersebut. Pada tahun 2007, usaha sebuah pasukan penyelidik berbilang bangsa yang menggunakan gambar-gambar foto satelit dan teknik moden sebagainya mencapai kesimpulan bahawa Angkor adalah kota praindustri terbesar di dunia dengan rebakan bandar seluas 1,150 batu persegi (3,000 km2). 

Kota Angkor yang mampu menampung sejumlah sejuta orang penduduk serta Angkor Wat selaku kuil keagamaan yang paling terkenal dan paling elok terpelihara masih dijadikan peringatan akan zaman lampau Kemboja selaku kuasa utama serantai. Biarpun dalam kemerosotan, Empayar Khmer kekal sebagai kuasa unggul di Asia Tenggara sehingga kejatuhannya pada abad ke-15.

Kemboja menjadi negara beraja berperlembagaan di bawah Raja Norodom Sihanouk. Apabila Indochina Perancis merdeka, Kemboja putus harapan untuk menguasai semula Delta Mekong yang dikurniakan kepada Vietnam. Delta tersebut yang dahulunya di bawah taklukan Empayar Khmer sudah dikuasai oleh bangsa Vietnam sejak 1698 apabila Raja Chey Chettha II merestui pendudukan bangsa Vietnam di kawasan terbabit berpuluh-puluh tahun sebelumnya. 

Hal ini masih merupakan titik pertikaian diplomatik di mana masih terdapat lebih sejuta orang kaum Khmer (iaitu Khmer Krom) yang tinggal di kawasan tersebut. Khmer Rouge cuba menyerang berkali-kali untuk menuntut semula Delta Mekong yang sedikit sebanyak menyebabkan Vietnam menyerang Kemboja lalu menjatuhkan Khmer Rouge.

Pada 1955, Sihanouk turun takhta untuk memberikan laluan kepada ayahandanya untuk menyertai politik lalu dipilih menjadi perdana menteri. Ekoran kemangkatan ayahandanya pada 1960, Sihanouk sekali lagi menjadi ketua negara tetapi bergelar putera raja. Sementara Perang Vietnam berlaku, Sihanouk merasmikan dasar berkecuali dalam Perang Dingin. Sihanouk membenarkan komunis Vietnam untuk menjadikan Kemboja tempat suaka dan laluan bekalan untuk persenjataan dan lain-lain bentuk bantuan kepada angkatan bersenjata mereka yang berjuang di Vietnam Selatan. Dasar ini dipandang malu oleh ramai rakyat Kemboja.

Pada Disember 1967, wartawan Washington Post bernama Stanley Karnow melaporkan titah Sihanouk bahawa jika Amerika Syarikat mahu mengebom suaka komunis Vietnam, tentu baginda tidak membantah melainkan rakyat Kemboja dijadikan korban. Pesanan ini disampaikan kepada utusan Presiden AS iaitu Chester Bowles pada Januari 1968.
Akan tetapi Sihanouk secara umumnya menafikan hak Amerika Syarikat untuk membedil Kemboja dan pada 26 Mac Putera Sihanouk bertitah bahawa “serangan-serangan jenayah ini mesti dihentikan dengan segera dan muktamad…” Pada 28 Mac diadakannya sidang akhbar di mana Sihanouk merayu kepada media antarabangsa supaya menghebahkan ke seluruh dunia “pendirian Kemboja yang jelas sekali, iaitu bahawa beta walau dalam apa jua keadaan tetap akan menentang semua bentuk pengeboman di wilayah Kemboja atas sebarang dalil.” Apapun rayuan Sihanouk tidak diendahkan, maka pengeboman diteruskan.

Hasil daripada carian di internet.


Putera Norodom  kondem golongan yang belot (sokong Amerika) atas perjuangannya dengan mengatakan “Cash is King”. And of course the cash is in USD denomination. LOL.

Rentetan perang.

Mula2 kawtim dengan askar Laos
US Operative di Laos, Kemboja and Vietnam
Budak 10 tahun sudah direkrut
Sihanouk loved by his people


Untuk mempastikan Cambodia selamat dari kesan Perang Vietnam – America, Sihanouk berkawan sama dorang. 

Charles De Guille
Sukarno
Mao Tse Tung
Denouncing US action killing innocent ~ Vietnam VS America war
Justifying the reason to bomb Cambodia ~ secretly
Saya sendiri tidak tahu bila US mahu bom….. tiba-tba gedebommmmm
Ini Nixon punya kerja ni


Fast Forward.


TAPI saya hanya melawat Siem Reap yang bermaksud “Kekalahan Siam” (dalam perang berpanjangan). Pada fikiran saya, Kemboja ataupun Cambodia ini adalah mangsa dalam perang Vietnam – Amerika dan penderitaan rakyat tidak berdosa disebabkan kebobrakan golongan yang mahu berkuasa; seperti regim khmer rouge yang dikatakan telah membunuh lebih kurang 1.7 juta rakyat dengan pelbagai cara dalam masa singkat mereka berkuasa (1975 – 1979).

Saya harap sedikit sebanyak anda mendapat gambaran tentang Cambodia ini. Seterusnya, ikuti kisah perantauan saya di sana dalam beberapa posting nanti.

Sampai jumpa.
Entri akan datang : Angkor Wat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: