2 Minggu di Eropah (Spring 2016)

16 April 2016 ~ Sabtu di Kota Kinabalu.

Hari ini hatiku berdegup kencang lebih dari biasa. Sesekali, mata melirik ke bag Tumi bersaiz sederhana yang ku beli murah (daripada biasa) di Outlets LA tahun lalu. Iyalah… manakan tidak, tiga hari lagi kalau tiada aral melintang, empunya diri akan terbang merentasi beberapa lautan demi memenuhi hobi…..

Proses packing ku sudah bermula sejak 2-3 hari lalu. Kenalpasti benda penting saja yang dibawa. Teringat petua seorang packing guru di Youtube : 3 bottoms, 5 tops, 3 shoes…..scarfs, etc…. etc.

Nak ke mana?

ITINERARY  : KUL-LONDON (TRANSIT) – AMSTERDAM (4 DAYS) – NICE (5 DAYS) – MONACO – GENEVA (2 NIGHTS) – ANNECY (3 NIGHTS) – GENEVA – LONDON – KUL

Kali ini, Holland sekali lagi menjadi destinasi pilihan. Sudah beberapa kali menjejakkan kaki di kota yang indah ini, namun kali ini destinasi utama ialah ke Keukenhof Garden (KG) yang terkenal di seantero dunia dengan jutaan bunga tulips yang terletak di daerah kecil Lisse.

Perancangan ku untuk ke KG ini sudah bertahun. Namun selalu saja tidak terlaksana kerana kekangan musimnya. Biasa KG akan dibuka pada pertengahan Mac hingga 20 Mei setiap tahun. Masa terbaik untuk melawat adalah sekitar minggu ke-2 bulan April bila mana bunga-bunga tulips mula berkembang dengan cantik. Bagaimana pun, ini jangkaan saja kerana, biasa terjadi, bunga-bunga itu terkadang awal terkadang lewat juga untuk berkembang. Indikasi paling utama untuk dijadikan ukuran adalah faktor cuaca. Jika cuaca musim sejuk cepat berlalu, biasanya, bunga2 itu akan mekar lebih awal. So untuk selamat, aku set time lawatan ku sekitar 19 April.

Nikmati gambar di bawah… indah bukan? sesungguhnya kecantikan bunga-bungaan tiada taranya. Apalagi aku ni “flowerporn”!

BTW, gambar ini diambil oleh tulipsinholland.com beberapa hari yang lalu. Pokok, bunga semuanya sedang mekar, seolah menanti kedatangan ku ke sana…. amboi…. (sosek-sosek: baru nampak gambar che ta di KG di instagramnya…. nampaknya ITI aku kali ini sama dengan Che Ta…lol)



Tuuuu…. dia. cantikkan? teruja hati keperempuanan ku melihatnya. Tunggulah pula gambar empunya diri ini ya…. 4 hari dari sekarang saya pula yang bakal bergambar sakan di KG ni.
PERSEDIAAN SEBELUM BERTOLAK

Seperti biasa, aku marathon buat research trip aku ni. Tiket kapal terbang aku dah lama beli time MATTA FAIR bulan Sept 2015 dengan Sedunia Travel.Time tu aku dapat price RM2760++ gitu. MAS Airline – Kul – Ams – CDG – Kul. Malangnya route ni dah di abolished oleh MAS so aku diberi route baru yang semakin jauh dan gila. Transit di London dan berkejar ke T5 pula untuk ke Amsterdam dengan British Airways.

Nasib baik aku dah biasa dengan Heathrow Airport dan pernah fly dari T5 yang agak jauh juga dan terpisah terminal dengan T4. Kalau novice traveler…. pasti terkedu juga. Time different untuk flight seterusnya hanya 2 jam 30 minit.

Untuk flight return, dari CDG ke Heathrow T1…. alahai time different juga hanya 2 jam 30 minit. Ini aku tak boleh terima. Time-frame terlalu singkat so untuk selamat, aku beli tiket sendiri dari Geneva ke Heathrow (dalam RM300++). Lagipun, kos itu sama ja kalau aku beli tix train dari Geneva ke Paris. Aku malas dah ke Paris, kecuali kalau boleh merayau beberapa hari. Sekadar transit…. no no no!

Okay…so ikut plan…aku akan landed di Schipol airport around 10.30 pagi pada 20 April nanti. Dari situ belum ada plan. Bukan terlepas pandang tetapi sedang menunggu feedback dari host aku di Holland nanti. Oya… lupa cerita.  Di Holland aku akan tinggal dengan rakan CouchSurfing aku di Zoetermeer South Holland. Dengan baiknya, dia juga telah membelikan aku entrance tix ke KG… Thanks Milan…. (balasannya aku janji masak kan family dia curry ayam)….hi hi hi.

Hari ke lima di Eropah, aku akan terbang ke Nice Perancis dengan Air France. Penerbangan ambil masa dalam 1.40 minit. ETD 9:30am dan ETA di Cote d’Azur sebelum 12PM. Dari airport boleh naik train, bus or taxi ke hotel yang aku book di sekitar Plaza Massena berdekatan dengan Old Town.

Di Nice ini juga beberapa kenalan sedang menunggu ku dan berjanji kalau ada masa terluang akan bawa aku ronda-ronda. Kebetulan, seorang gadis Italy dari Venezia juga akan berada di sana pada masa yang sama dan kami sudah janjian untuk bertemu. Tapi untuk hari pertama, aku memilih untuk berjalan sendirian menelusuri sudut dan lorong kota Vieux Nice ini (old town) sebelum santai petang menikmati pemandangan  di Promenade des Anglais. Beachfront. Cuci mata lettew! Jangan jeles.

Akan berada di French Riviera selama 4 malam. Kos hotel Euro630. Dari sini, aku dah plan untuk buat Day Trip ke Monte Carlo. Yeahhhh… Monaco. Dah lama idamkan untuk melawat negara terkecil ini (selain Vatican City). Untuk detail… tunggu lah review aku nanti ya.

Hari ke-9. Terbang ke Geneva. Why Geneve? nothing special. Mulanya takde niat. Tapi aku nak ke Annecy France so bila dibandingkan semua route, paling mudah dan dekat adalah dari Geneva. By train or bus. Boleh fly juga kalau mahu. Saya cadang guna bus saja. Jauh Annecy ni dari Geneva hanya 40KM saja.

Why Annecy?

Inipun tunggu cerita kembara aku nanti. 


Lake Annecy

Berbaloi bukan?


Ha…. ini route angan2 ke Chamonix…. Montblanc…. banyak angan2 aku ni pada hal limited time





Complicated sangat! Tunggu lah sampai dulu baru aku beli tiket!

Buses From Geneva To Annecy

Akan tidur semalam di Geneva. Hotel dekat dengan Cornavin Train Station. Mak aiiii… mahalnya di Geneva ni. Hotel Single kecil seciput pun RM777 semalam. Macam tidur di Grand Hyatt KL saja!

Esoknya baru bertolak ke Annecy.

Most probably by bus dari Station Gare Routiere.

Urusan membeli tix from Geneve to Annecy ni masih dalam proses.

Tiga malam di Lake Annecy. Dan akan bermalam di Geneva sebelum fly back home route : Geneve – London – Kul.


Wow…. happy sangat. Semoga menjadi realiti untuk si Independent Traveller ini.

Kbai.

Cuti2 Sabah ~ Monsopiad Cultural Village

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: