Bila Saya Berkelana

Huhuhu….. masih adakah yang faham maksud berkelana? Saya pasti old school macam saya pasti tahu tetapi Gen XYZ mungkin “kurang yakin dengan jawapan mereka”. 
Nah… pembaca yang budiman, berkelana maksudnya merantau atau terma sekarang boleh juga digunapakai sebagai “Jalan-Jalan Makan Angin”. Untuk lebih jelas lihat mykamus di link berikut:
Seperti mana yang ramai yang dah tahu, hobi saya adalah berkelana di rantauan. Bukan sekadar untuk makan angin tapi lebih dari itu, saya sangat teruja melihat dunia ini di luar dari kotak pandangan sebagai “Malaysian”. Sedari kecil, saya memasang angan-angan untuk merantau di negara orang, ingin melihat budaya mereka, berkenalan dan yang paling saya suka menyaksikan sendiri landskap dan senibina serta sejarah sesebuah tempat yang saya lawati. Inshallah, sedikit masa lagi, saya akan cetak siri perjalanan saya dalam bentuk buku sebagai koleksi peribadi (sahaja).
Ada kata pepatah mengatakan bahawa hidup ini seumpama sebuah buku. Jika kita tidak pernah keluar dari kelompok persekitaran kita, maknanya kita hanya membaca satu chapter sahaja. Sedangkan, mungkin “buku” kita mempunyai puluhan, ratusan chapter. Dan semakin banyak chapter yang kita baca, sudah tentu semakin banyak ilmu dan pengalaman baru yang kita dapati. 
Ramai yang berkata, “Sayapun minat jalan-jalan bah tapi duit dan masa tiada”.
Ya saya akui. Untuk berkelana ke mana jua pun, perlukan ongkos dan masa. Saya perlu bersyukur kerana, di akhir2 kehidupan saya ini, saya berkesempatan untuk merantau lebih jauh ~ ke tempat2 yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.
Walau bagaimanapun, bak kata pepatah : Hendak Seribu Daya, Kalau Tak Nak Seribu Dalih Juga. Jika memang mahu, kita boleh menabung sikit2 lama2 jadi cukup. Kannnnn? Hi Hi Hi.
Macam saya. 
Bila saya teringin untuk ke suatu destinasi saya akan “search” maklumat tentang tempat tersebut. Habis seluruh dunia maya saya terjah. Maklumat di hujung jari sahaja bermodalkan modem streamyx dan RM100++ per month. Di akhir pencarian maklumat itu, mungkin info saya lebih up-to-date dari penduduk localnya. Hebat tak hebat…….
Biasanya, saya rancang setahun sebelum saya ke suatu tempat. Cari route terbaik untuk ke destinasi pilihan, daftar untuk dapat email alert airlines yang menawarkan tawaran harga rendah. Tentukan aktiviti yang hendak kita lakukan semasa berada di tempat itu dan cari penginapan yang berdekatan dengan apa yang kita nak tuju untuk kurangkan kos pengangkutan. Kemudian cari geng yang berminat untuk “jalanjalan” bersama anda. Jika tiada? Oh… bagi saya tiada masalah kerana saya boleh berkelana sendiri (baca nanti panduan saya untuk travel solo).
Eh eh… selamatkah? awak tu perempuan! You travel alone? Soalan ini biasa kita dengar kerana budaya berkelana solo (esp perempuan) belum menjadi trending di Malaysia.
Pengalaman saya selama ini ok jerrr… Yang penting kita gunakan mulut kita sebaik-baiknya untuk bertanya jika Sesat Jalan! Wahahaha… orang tua2 kita dahulu sudah pesan awal-awal : Kalau sesat jalan tanya supaya dapat balik ke pangkal jalan (jumpa destinasi). Saya pernah tersesat di Kota London. Gara-gara tersalah naik Central London Red Bus. Saya terbawa sehingga route terakhir. Tapi janganlah panik. Bertanyalah. Akhirnya saya naik bus lain untuk balik ke pangkal jalan. Saya juga tersesat balik ke hotel penginapan semasa di Barcelona. Lebih padah  kerana bila saya bertanya, local jawab saya dengan bahasa Catalan. Nah ambik kau…. kau faham? Ha Ha Ha. Last2 hail cab. Naik teksi balik hotel. Tak matipunnnnnnnn…….. wahahaha. Bila kenang kembali tergelak sakan juga. Barcelona ni macam Venice juga. Banyak lorong2 kecil (Calle) yang mengelirukan terutama di Gothic Area seperti Hotel Barcelona Katedral tempat saya menginap.
Pengalaman saya pertama kali naik train sorang-sorang dari Salzburg ke Vienna (Austria) juga agak melucukan. Saya kurang arif kedudukan stesen2nya so saya asyik bertanya kalau saya perlu turun ke stesen itu? Sampai one passenger cakap, “This must be your first time”. I said yes. Tak matipunnnnn…. wahahaha.
Memang dalam masa kita meneroka, kita tidak akan menguasai navigation sesuatu tempat selagi kita tidak “tersesat”. Semua setback tu akan menjadi warna-warni perjalanan kita, dan menjadikan kita lebih waspada dan “makan garam”. Amboi….
Jangan terlebih masin sudahlah.
BTW ~ ini planning saya untuk tahun depan dan seterusnya. Inshallah jika masih ada umur, kesihatan dan keupayaan ekonomi.
Saya akan menjelajahi negara Balkan pula. Terutama di Montenegro dan Crotia. Saya akan menjadikan Istanbul sebagai “base” kemudian, menyeberang ke Greece. Menjadi idaman hati saya untuk menikamati sunset di Oia Santorini. Dari Athens fly ke Dubrovnik…….
Till then. Semuanya sudah tercatat dalam buku merah kembara saya. Beberapa penerbangan sudah saya beli (kerana tawaran murah dari Pegasus Airline). Hotel juga sudah saya book lebih 6 bulan sebelum untuk mendapatkan harga lebih murah. Dan agar saya tidak terbeban mengeluarkan ongkos sekaligus!

Gambar bawah:- Benua ini juga menjadi anganan untuk diteroka. Tapi mustahil untuk tahun hadapan. Cukuplah yang di atas dulu untuk benua Eropah. Nilai mata wang MYR sedang merudum dan sangat tidak kompetitif.
Tapi jika berpeluang, saya inginkan St. Petersburg!

Aura Vladamir Putin menarik perhatianku dan sudah tentulah kerana St. Petersburg antara yang tercantik!

Jom. Sama-sama kita bermimpi untuk keluar dari tempurung dan melihat dunia luar untuk menikmati ciptaan tuhan. Hasilnya, sama ada kita menjadi citizen yang lebih bersyukur atau lebih beriltizam untuk memajukan negara (mendapat ilham).
XOXO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: